Assalamualaikum semua. Saya gelarkan diri saya sebagai Adik. Saya berumur 22 tahun, pemegang diploma daripada Politeknik Malaysia.
Saya sedang berkerja di salah satu sektor swasta sejurus selepas saya tamat belajar lebih kurang setahun yang lepas. Saya adalah anak bongsu daripada sebuah keluarga yang bersederhana. Masih mempunyai rezeki merasai kasih sayang mak dan ayah yang sekarang berumur hampir 70 tahun.
Mak dan ayah masih memikul tanggungjawab pada saya memandangkan hanya saya seorang sahaja anak yang belum mendirikan rumah tangga kata orang, anak Belum lepas.
Saya diserap masuk bekerja sejurus selepas saya tamat praktikal di syarikat yang sama saya menjalani praktikal dan bekerja sekarang. Saya ditawarkan gaji asas sebagai seorang fresh grad bagi diploma.
Sebelum saya tamat praktikal, saya ada memasang niat untuk sambung degree (tak terlalu minat, tapi cuma tak mahu ketinggalan). Tapi, disebabkan syarikat memberi tawaran untuk bekerja saya memilih untuk kerja dengan harapan dapat sambung belajar secara part time.
Kini, sudah setahun saya bekerja. Menjalani kehidupan sebagai pekerja, tidak terlalu susah untuk saya. Saya boleh masih boleh survive dengan gaji yang ada, (masih belum ada hutang bulanan).
Kini, 2020 saya masih belum mendaftar mana mana universiti awam atau swasta untuk sambung degree. Mungkin ada yang bertanya, apa masalah saya?
Masalah saya adalah apabila, rakan sekerja sering bertanya bila saya akan sambung degree (kerana kebanyakkan mereka adalah pemegang ijazah). Jurusan saya bekerja juga mempunyai satu jawatan dimana syarat untuk “jawatan istimewa” itu syaratnya haruslah pemegang degree.
Kata rakan sekerja, saya akan menyesal jika berhenti setakat ini (diploma) kerana saya tak akan boleh berada di “jawatan istimewa” itu kelak.
Mereka sarankan saya untuk meneruskan belajar secara separuh masa. Tapi, bagi saya, buat masa sekarang, saya bahagia bila melihat mak ayah gembira dengan kehidupan saya sekarang. Ada duit, sudah bekerja, mampu belanja mereka sekali sekala apabila pulang ke kampung.
Bila ditanya mendapat mak ayah, mereka tak pernah membangkang saya untuk sambung belajar, tapi kata mereka “mak ayah seronok tengok adik sekarang dah kerja, sekarang degree pun belum tentu ada kerja, dik” . Saya yakin, mana mana ibu bapa pun akan rasa seronok bila melihat anaknya berjaya kan?
Di akhir usia mak ayah, tak ada apa yang saya mahu melainkan melihat mereka gembira, tak perlu pikir untuk mencari duit lagi untuk anak anaknya. Tak perlu termenung untuk melihat nasib anak bongsu mereka kelak.
Bagi mereka, bila seorang anak sudah bekerja, maka berakhirlah penat lelah mereka untuk mencari harta belanja buat anak anak.
Saya pernah google untuk sambung belajar, saya akan mengambil masa selama hampir 8 tahun jika belajar separuh masa. Saya takut, dalam masa 8 tahun tu, mak ayah tidak sempat melihat saya sebagai pemegang ijazah. Saya lebih takut, jika saya akan menyusahkan mereka selama 8 tahun itu.
Oh ya, saya masih belum ada kenderaan sendiri untuk bergerak kemana mana.
Saya cuma mahukan pandangan warga iiumc, kakak kakak, abang abang yang mungkin sudi bagi pandangan kepada saya sama ada patut teruskan dengan degree atau bekerja seperti sekarang.
Saya seorang remaja yang masih mencari tujuan hidup, yang belum pasti arah hidupnya, yang masih lalai dalam membuat keputusan.
– Remaja yang mencari arah (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit