Assalamualaikum semua pembaca, harap semuanya dalam keadaan sihat dan diberkati. Tujuan menulis ni bukan nak memburukkan sesiapa. Mungkin boleh menjadi sebahagiaan dari pengajaran.
Memperkenalkan diri terlebih dahulu, aku ibu kepada empat orang anak, bekerja sendiri. Suami ada degree juga dan kerja swasta. Zaman sekarang ni walaupun perempuan tu surirumah kebanyakan nya semua bekerja dirumah untuk tolong keluarga kan?? Tak kurang jugak la dengan aku.
Belajar sampai degree fashion, last sekali jadi tailor. Mula-mula dulu aku selalu jugak buka jobstreet cari kerja, apply kerja setiap hari, apply kerja gov setiap hari sebab nak kerja, sebab aku fikir nak gaji setanding dengan sijil yang aku ada.
Tapi satu kelemahan diri aku bila tiap kali nak apply kerja tengok muka anak-anak terus rasa nak demam. Aku memang tak kuat nak bagi anak aku orang lain jaga. Tapi bila orang keliling mengata ada degree tapi duduk rumah bla bla bla… sakit jugak la hati kita ni. Kusut sangat kepala fikir mengenai kerja…
Satu hari tu aku dah serabut sangat aku tanya Allah… aku buat istikharah 3 kali dan ketiga-tiganya aku dapat jawapan kerja aku dirumah sambil jaga anak-anak. Bila dah tahu jawapan Allah tu kehidupan aku bertukar semuanya jadi smooth jek…nak menjahit anak tak ganggu, dapat senang bangun pukul 3/4 pagi buat design/ buat pola/ potong kain/ jahit dan aku dapat buat ibadah aku, baca quran aku dapat masak untuk anak-anak dan suami aku.. aku rasa lega alhamdulillah.. insyaa Allah perancangan Allah tu yang terbaik.. itu yang aku pegang..
Jadi selepas dah terdecide nya aku bekerja di rumah, aku pun mula join dropship jual-jual kain pasang…senang je rupanya nak jumpa orang-orang yang buat dropship ni… sebelum buat istikharah aku tak pernah jumpe semua bende ni… kalau ada pun yang berbayar…
Bila dah join dapat la rm5 hingga rm10 untuk kain pasang yang aku jual. Sesiapa yang surirumah nak tambah pendapatan boleh la join dropship jual kain pasang. Tapi satu je yang aku kesal dengan dropship yang aku buat ni, bila orang atas tangkap gambar dan edit sampai lari color kain tu, dropship jugak yang dipersalahkan.
Baru-baru ni aku jual kain memang laku keras kain tu lagi-lagi nak raya ni kan. Mula-mula supplies jual rm9 semeter jadi aku naikkn rm12 semeter free postage untuk customer aku, customer dah bank in duit tengahari… aku pulak tak tengok hanphone sebab nak ambil anak balik sekolah… supplier aku dah beritahu ada customer nak kain tengah tunggu dia bank in. Lepas ambil anak sekolah supplies cakap kain tu da habis… padahal duit customer ada dengan aku…
Tapi alhamdulillah aku dapat customer yang okey.. supplier cakap akan ada batch lain untuk kain tu… so aku dan customer tunggu la.. last-last boleh pulak dari harga rm9 supplies tu naikkan harga… akhirnya customer aku minta balik duit dia… yang buruk nya mesti nama aku kan???
Tapi sekarang aku dah join grup dropship lain.. harap grup ni lagi okey dari grup sebelum ni. Aku cuma surirumah yang nak cari duit sampingan. Aku rasa ramai yang jadi macam aku. Bila dah terkena ni tak mungkin la aku jadi serik. Tapi buat aku dapat lebih pengalaman. Aku pun buat dropship dari kedai kain.
Insyaa Allah aku percaya rezeki tu Allah yang bagi… Jangan aniaya orang, berniaga niat juga untuk sedekah. Jangan bagi harga yahudi. Kalau supplies tu baca luahan aku ni. Aku cuma nak cakap, aku tak nak jadi dropship kau dah.. jual la kain kau sendiri.
Terima kasih yang sudi membaca. Ibu-ibu yang surirumah yang ada diploma/ degree/ master semua dapat membantu keluarga dengan cara mereka sendiri. Pedulikan apa orang nak kata. Kita yang lebih tahu kehidupan dalam rumah kita. Rumah bersepah ke? Baju tak berlipat ke? Mainan anak bersepah ke? Pekak kan telinga dengan mulut manusia. Bukan kita mintak duit dia kan… Akhir kata, majulah ibu-ibu untuk keluarga.
– Puan tailor
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit