Hai semua. Nama aku atie. Aku dah kahwin dan alhamdulillah dah ade anak sorang dah pon. Okay kat sini aku terpanggil untuk buat confession ni sebab baru2 ni adik aku ade cakap die takut nak sambung degree takut xdapat kerja. Well cite aku ni lebih kepada keluhan la, bukan confession ape sangat kan. Okay berbalik kepada isu tadi, wajar ke xwajar ye korang rase adik aku cakap macam tu? Takut nak belajar tinggi2 takut xdapat kerja? Hm kalau otang tua2 dlu mesti pesan kat anak2, belajar rajin2 ye, nanti masuk u dapat keje elok2? Tapi zaman sekarang ni???!
Hm, mase mula2 aku dengar die cakap gitu, nak je aku terus sembur kat die, hoi ko ingat rezeki kerja orang tu ikut mane ko blaja? Kalau belajar takat diploma je dapatla keje hebat2? Ewahhhh. Nasib baikla akak ko ni jenis penyabar dan sopan santun orangnya, so aku nasihatkan je die buatla pilihan leklok, sambung je belajar, tgok kemampuan diri la. Result pon xelok sangat, jangan dok berlagak pening sangat nak sambung belajar mane. Amboiii.
Haaa. Mesti korang pelik kan asal emo sangat aku ni? Okay. Nak dijadikan cerita. Aku ni lepasan degree tapi yela xde rezeki keje kan. Sampai sekarang aku xdapat lagi keje. Hm sedihhh . Laki aku pulak lepasan diploma. Tapi rezeki kerja die alhamdulillah melimpah ruah. Setakat ni dah 2 tempat die kerja. Dulu di kl, di sebuah badan berkanun. Sekarang ni dah tukar balik utara. Badan berkanun jugak. So kira keje gomen la kan. Kira hebat la kan. Diploma tapi dapat keje senang. Yang lepasan degree ni keje menganggur je. Haaa nampak x kaitan kat situ?
**wey aku xmengata lepasan diploma tauuu. Ni contohhh.
Yup aku lah contoh utama yang die maksudkan tu. Belajar sampai degree tapi keje payah dapat. Weyyyyy. Paham x maksud rzeki????! Dah rzeki keje aku xsmpai2 lagi kot. Kalau xkeje ngn gomen langsung pon mane tau rezeki aku kt bisnes ke. Tetibe aku lagi kaya raya dari org keje gomen tu ke. Yang aku ni pon berangan boleh tahan tinggi jugak kan. Hihik.
K sambung pasal adik aku ye. Sekarang ni die tengah join orientasi form 6 di sekolah die. Tu pon sekadar mengisi masa terluang sementara nk tnggu result upu je. Tapi aku rase la form 6 ni macam elok jugak. Hm aku pon xtau sangat sebab aku dulu dak matrik. Sep sket sape dak matrik?? sape2 yang pernah amek stpm boleh tolong bagi komen x psal form 6 ni? Aku pon nak tau jugak. Sebab senang sikit aku nak ajar budak kecik ni. Aku rasa la lagi elok die truskan stpm je dari die bazirkan masa sambung diploma dalam apa2 kos yang sesuai dengan result die. Ke guane??
Aku langsung xkutuk diploma. Tapi aku sangat xsetuju dengan pendapat die nak sambung diploma dalam ape2 kos asalkan ade sijil diploma. Dengan sijil tu bolehla apply keje gred 29. Amboiii ko ingat senang? Baik ko sambung je stpm. Macamla hina sangat kan dah buang uniform sekolah tetibe nak kena sarung balik. Hello stpm sekarang dah nama praU okay. So jangan nak malu sangat balik ke sekolah. Dak stpm sila sokong aku!
Okayla aku rase dah panjang kot menaip. Boleh tahan lenguh jugakla jari jemari halus aku ni. Hm. Untuk semua lepasan spm, buatla pilihan terbaik ye untuk anda dan masa depan anda. Janganlah pikirkan keje sangat. Well keje tu penting, memang sangat penting tapi pendidikan pon penting. N please sangat jangan jadikan hakak2 atau abang2 yang menganggur ni sebagai contoh untuk ko takut nak sambung belajar. Tak dinafikan memang ramai lepasan degree payah dapat keje. Tambah2 kalau nak masuk gomen kan. Sebab ape? Sebab kalau dah namanya degree pangkat ko sah2 gred41. Ce kira kat gomen tu bape ramai gred 41?
Allah dah tetapkan rezeki masing2. Kalau lambat dapat keje, mungkin adela tu sebab kenapa Allah lambatkan. Macam aku, mungkin Allah tetapkan aku untuk jadi housewife ke. But an educated housewife hokayy. Sekurangnya, ilmu yang aku cari selama ni, aku boleh guna untuk ajar anak aku.
– Atie
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit