Degree vs SPM

Assalamualaikum semua. Aku terpanggil nak kongsi dengan korang tentang pasangan hidup. Aku pemegang degree laki aku pulak SPMV sahaja. Kalau ikut padangan orang ramai akan cakap tak sekufu. Tapi tula jodoh kan. Walaupun pernah ada pakwe degree tapi aku tetap tak boleh lupakan pakwe SPM ni walaupun dah banyak kali aku break up sebab nak cari suami yang setanding dengan degree aku ni. Aku nak sampaikan ialah tentang kerja relate pada posmen n kerani tula. Memangla kita nak kerja senang, office hours tapi gaji banyak. Huhu, ingat senang ke nak dapat kerja camni, hahaha..

Dulu aku rasa eksen sangat sebab aku ada degree. Comfirm la aku lagi pandai dari suami aku ni. Jadi walaupun dah kahwin aku selalu pandang rendah pada dia. Pendapat dia awal awal aku pangkah sebab kami ni berbeza aku ni lagu inggeris manjang, dia pulak lagu jiwang manjang. Tambah lagi aku kerja gomen dengan gaji yang lumayan dari suami aku ni. Memang rasa mendabik dada sangat ketika itu.

Suami aku siang malam kerja kerja bawak lori roti. Pendapatan ok juga tapi kerja nya terok. Kesian tengok dia kerja penat sangat. Langsung takde masa dengan aku dan anak anak. Balik rumah membuta jerla. Walaupun gaji ok tak bahagia jugak rasa sebab kerja kejar sales cmtu. Segala hal rumahtangga dia memang tak ambil tahu. Keluar pukul 3 pg balik 9 malam. Korang rasa??

Aku stress sangat sebab semua aku kena handle sorang A to Z. Jadi gadoh manjang. Tak habis gadoh dirumah sambung dalam telefon. Nak balik kampung pun masalah cuti tak sama. Orang balik selalu aku tak balik. Bukan aku tak nak balik sendiri tapi dengan bawak anak2 aku je yang drive. Seriau. Bukan dekat jauh jugak. Macam macam la nyesalnya aku rasa. Kenapa la kawin dengan dia ni. Rasa nak bercerai jer.

Anak tak sihat ke masuk wad ke aku la yang kena cuti jaga sebab aku keja gomen tapi ada ketikanya aku kena outstation. Jadi mak aku la mangsanya sebab dah suami kerja camtu. Nak ajak pergi beli barang dapur le apa ke kirim salam la sebab Sabtu Ahad jarang sangat lah cuti nya. Cuti sehari dia qada tidur jela. Stress sangat rasa bila asik bergadoh memang la rasa nak bercerai je. Perempuan biasala nak pula bekerjaya perasan sangat boleh hidup tanpa suami cehh.. tapi bila semua ko kena buat sendiri of coz la kau rasa camtu kan.

Aku ni hari hari doa supaya Allah bagi kami jalan. Kakak ipar aku dapat baca masalah kitorang sebab kitorang duk dekat dengan dia. Dia push laki aku mohon polis bantuan gomen yang jabatan dia iklankan. Bila tengok gaji separuh dari gaji kerja bawak lori roti tu. Mulanya laki aku ni tak berapa nak. Dah banyak kali dia interview kerja gomen ni haram tak dapat. Tapi kakak ipar aku ni push jugak dia cakap time larat. Bolehlah bawak lori, esok dah 40 ke atas kudrat dah kurang. Aku memang nak sangat-sangat dia tukar kerja. Gaji sikit pon sikitlah. Atas berkat usaha doa dan bantuan kakak ipar laki aku berjaya jadi penjawat awam.

Walaupun kerja shift aku dapat rasa nikmat rumah tangga tu. Dia ada masa untuk aku dan anak anak. Kadang kadang weekend dia cuti. Bahagianya la rasa. Tak gaduh dah pasal balik kampung. Cuti senang nak mintak. Kalau anak tak sihat dia boleh cover time shift malam. Gaji tak banyak tapi aku rasa bahagia. Takde masalah gaji aku lebih banyak dari dia. Asal aku rasa wujudnya suami tu. Biarlah tak dapat roti free pun hari hari. Kita belanja la ikot duit yang ada. Untuk makluman polis bantuan laki aku ni setaraf PMR/ srp je.

Kerja ni bukan semata pasal gaji dan nak setaraf je, tapi biarlah hidup pon bermakna. Apa guna gaji banyak tapi kita stress, tak bahagia, nak tengok anak pun tak sempat. Laki aku cakap sepanjang kerja roti tu dia tak pernah dapat pergi solat Jumaat. Kadang kadang solat fardu berlobang jugak kejar nak agih roti tak habis kena bayar ermmmm..

Tak kisah mana gaji tu tak setaraf dengan kelayakan asalkan ada rasa kebahagiaan tu. Nanti akan datang aku nak share pulak ujian kehidupan fasa le 2 perkahwinan yang aku fikir wajar dijadikan panduan dan inspirasi untuk korang. Syurga tu mahal jadi bukan mudah untuk kita manusia biasa. Hanya dengan ujian Allah beri peluang untuk kita.. Rezeki ni tak sama. Bersyukurla dengam yang sedikit nescaya bila dapat banyak kita akan lebih bersyukur.

– Latifah Mona

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *