Dekat Itu Musuh

Aku ni adalah orang yang selalu dituduh, difitnah dan macam macam lagi sampai suatu masa kebenaran segalanya terungkap didepan mata.

Sikap aku ni lain sikit daripada adik beradik lain… Pendiam je suka buat hal sendiri. Tak suka masuk campur hal orang lain. Maybe sebab tulah orang beranggapan aku macam macam.

Aku selalu dijadikan tempat luahkan perasaan orang juga, tapi aku just diamkan saja sebab tak pandai lah nak nasihatkan orang. Kalau aku cakap kau buat mistake yang sama juga. Alang-alangkan biar terus hanyut. Entahlah. Jujur sangat pun orang tak suka.

Aku nak cerita pasal family abang aku lah dengan isteri dia… Aku rapat je dulu dengan akak ipar aku tu. Tapi tu dulu disebabkan ada lah perkara yang dia tak suka dengan sikap aku ni. Lama-lama dan makin renggang makin hancur.

Awal perkahwinan abang tinggal dirumah mak. Semakin hari semakin kritikal hubungan dalam rumah tu, dorang buat keputusan untuk berpindah.

Sebenarnya, tak ada apa sangat pun. Aku tak masuk campur pun dalam urusan hidup rumah tangga dorang walaupun duduk serumah.

Faham tak.. aku dengan hal aku, Dunia aku. Tak banyak cakap pun. Mungkinlah orang kata nak faham sikap masing-masing tu kene ambik masa. Tapi yang mengeruhkan lagi. Adik beradik yang tak duduk serumah. Entahlah, tapi salahnya bila tempias kene dekat aku.

Sedangkan lidah lagi tergigit inikan pula suami isteri, aku ni cuma halkum je. Ditelan tak kenyang punya. So kemam jela. Ehh gurau.

Sambung balik… So semua salah tu ditunding dekat aku. Orang lain sedap bercakap itu ini tapi aku yang kene tanggung… Sepak terajang tu jadi biasa. Aku pun tak sihat untuk melawan. Jadi aku tak nak buat kerja Tuhan, biar Allah je yang balas. Aku redha.

Bila dorang dah keluar dari rumah tu, masalah tak habis dekat situ je. Bermakna dorang bawa masalah rumah lama ke rumah baru. Bila nak settle kan?

Alhamdulillah, hidup aku makin better lah. Tak ada masalah dah yang melibatkan dorang. Tapi dorang hari hari sampai kini… Masalah sama tak settle. Sikap dan silap yang yang tak nak diubah… Sampai nak bercerai berai. Nau’zubillahiminzalik

So bila balik rumah, abang aku mengadulah pulak masalah dorang tu dekat aku.. aku ni ibarat cermin yang dipantulkan cahaya.

Dah habis aku blah lah.. nasihat pun tak ada function. Ego sama ego tak nak kalah. Masing-masing fikir diri sendiri je betul. Haaa betullah tu sampai nak hancur dah tu.

Jadi dah 6/7 bulan benda tu tak settle. Orang kata 5 tahun fasa pertama perkahwinan tu diuji. Boleh bertahan ke tidak. Dah ada anak pun.

So macam macam kene hadap, satu persatu masalah yang timbul. Aku tahu semua cerita tentang walaupun kaki tangan dia pernah aku makan tapi aku jugalah dicari dijadikan tempat mengadu.

Aku bukan jenis yang macam back up kau, Kalau dah Salah aku akan cakap Salah… Aku bukan jenis orang yang suka tegakkan benang yang dah basah. Kalau aku boleh sound depan, aku sound jer abang aku depan depan. Direct.. nak Terima ke tak nak. Sudah. Aku pun dah penat.

Jadinya ku biarkan je lah dorang.. sebab aku tahu hidup tu ada pilihan dan itu jalan yang kau pilih… Suatu hari tu dan renggang sangat dah otak aku dari permasalahan dorang ni.

Tiba-tiba akak ipar aku Whatsapp dia mintak maaf sebab dia dah buat andaian yang Salah. Sesuatu yang menjadikan hubungan dia dan suami dia renggang disebabkan sihir pemisah. Datang dari keluarga dia sendiri yang tak suka tengok dia happy & bahagia.

Dia tuduh aku, sebab aku ni lain sikit suka buat hal sendiri je. Tak ramai kawan pun. Hidup dengan hal aku je. Tak campur hal orang lain. Aku dengan Adik beradik lain memang berbeza.

Aku bukan jenis banyak mulut, suka mengumpat tu bukan. Aku jenis suka berimaginasi baca buku, novel, layan movie itu je. Jarang nak bergaul dgn orang, sebab introvert, Suka terperap dalam bilik juga. So jauh terpesong dengan apa yang dia sangkakan.

Rupanya dia cerita yang buat sihir pemisah tu datang dari orang yang paling dia percaya dan rapat sekali, iaitu sahabat baik dia sendiri kerjasama dengan musuh yang pernah dia sakiti suatu ketika dahulu. Dia sendiri yang pergi berubat dan buat rawatan. Ustaz sendiri yang cakap dekat dia.

Disebabkan sikap diri dia sendiri yang menjadikan orang lain musuh. Menyakiti orang tanpa sedar, ego sendiri yang memakan diri.

Sekarang aku faham yang kebaikkan kita orang takkan dipandang oleh manusia, tapi bila sekali je kita berbuat silap orang akan lupa semua kebaikkan yang kita pernah lakukan.

Cerita dari Diyana,

– Diyana (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *