Dekat Yang Menyakitkan

Hai semua.. aku salah sorang reader tetap sini. Selalu baca kisah kisah yang orang share.

Jadi hari ni terdetik nak share kisah sendiri. Tak pe kan? Sekadar nak meluah apa yang dah lama bersarang di hati.

Dah setahun lebih aku kawen, baru lagi kan?

Actually aku kawen ni dengan pilihan mak aku yang mana mak aku nak sangat aku kawen dengan orang dekat. Katanya senang kak long boleh balik selalu tengok mak.

Lagipun mak aku ibu tunggal. Ayah aku dah meninggal masa aku tingkatan 2. Masa tu adik adik aku semua sekolah rendah lagi

Sekarang ni mak aku tinggal dengan adik bongsu aku tingkatan 5 perempuan. Ada sorang lagi adik aku tengah study dekat universiti yang ni lelaki.

Aku kawen pun sebab orang kenen kenenkan dan lepas tu dah jodoh maka kawen la kitaorang even masa tu aku dah ada pilihan lain. Tapi tak pe demi mak aku relakan. Chewah

Suami aku ni pun sama macam aku ada tiga beradik dia yang bongsu. Cumanya yang beza kakak dan abang dia semua dah kawen dan ada family sendiri. Abang dia tinggal dekat saja dengan rumah mentua aku dalam 15 minit cam tu. Kakak dia pulak tinggal kat negeri sebelah.

Dekat la jugak kan.. huhu.

Jarak rumah mak aku dan mentua pun dekat saja. Nak dijadikan cerita, sebelum kawen suami aku ada bagi tahu aku nanti lepas kawen kami kena stay rumah mak dia.

Sebabnya selama ni memang dia yang jaga mak dia sejak abang kakak dia kawen. Jauh jugak umur beza dia dengan abang kakak dalam 15-20 tahun macam tu.

Mula mula aku tak nak, ye la sapa saja nak. Tapi bila duk fikir fikir tak de penyelesaian. Aku macam terpaksa rela kena duduk sana. Tempat keje aku dan suami pun lagi dekat dengan rumah mak aku.

Aku ada bincang dengan mak aku,mak aku cakap tak pe la duduk saja la sana dulu nanti dah stabil cari rumah lain. Means menyewa rumah lain.

Mak mentua aku tak de orang nak tengokkan katanya. Umur pun dah 72 tahun tahun ni. Cumanya jenis yang sihat tak de penyakit mungkin sebab selalu berkebun kot.

Suatu hari tu mak mentua aku cakap kat aku ” H tu anak kesayangan mak tau, kalau H duduk dekat tempat lain pun,mak memang akan duduk dengan dia”.

Nampak gaya tak de harapan la aku nak merasa hidup berdua saja dengan suami.

Mula mula aku duduk dengan dia aku happy sangat, ye la orang layan kita dengan baik kan. Lagipun baru kawen. Sampai la aku dapat rasa satu per satu yang tak kena…

Sebagai contoh, dah setahun lebih kawen kami tak pernah pergi berjalan jauh atau honeymoon berdua. Reason utamanya adalah “Mak duduk sorang, tak de orang teman”

Semua ni aku simpan sendiri sebab aku tak nak mak aku risaukan aku kat sini. First, lepas kawen. Hari ketiga terus aku balik rumah mentua sebab kitaorang adakan satu majlis kawen saja.

Mulanya aku pelik kenapa nak kena terus balik sana. Tak boleh ke aku nak stay rumah mak aku seminggu dulu ke.

Tapi suami aku kata tak boleh la macam tu kesian dekat mak dia. Dah dua hari tido rumah abang dia. Mak dia dah resah nak balik duduk rumah sendiri. Padahal rumah abang dia just ada dua orang anak kakak ipar aku saja..

Ok tak pe aku ikut saja la. Dah itu katanya. Lepas beberapa bulan kawen, aku mula perasan. Kalau balik keje lambat dalam pukul 6 macam tu aku dan suami akan singgah solat asar dekat rumah mak aku.

Tapi sebelum isyak kami dah kena sampai rumah mentua. Sebab mak dia keep call tanya bila nak balik. Mak dia takot. Sedangkan sebelah rumah ada saja jiran. Belakang dan sebelah lagi semua rumah ada orang. Bukannya kawasan rumah dalam hutan pun..

Lagi satu aku ada terdengar mak mentua aku tanya “dah makan kat sana ke?” Maksudnya makan kat rumah mak aku la kan, ye la aku pun rindu nak makan masakan mak aku..

Dan suami aku balas “dah makan dah mak”

Terus dia jawab “lain kali kalau nak makan kat sana bagitahu awal awal, tak payah la mak susah susah masak. Ni dah membazir sapa nak makan?”

Padahal rumah ni ktaorang selalu saja makan satu lauk utk dua hari. Maksudnya kitaorang hangatkan dan tak buang pun.

Mak dia macam marah marah, btw dekat rumah ni aku gilir gilir masak dengan mak mentua aku. Sebab terkadang tu apa aku masak tak kena dengan selera dia. Aku pun tak de la reti sangat masak. Tapi tetap jugak masak selaku tanggungjawab.

Sejak dari hari tu,

Kalau balik keje lewat kami just solat asar lepas tu terus rushing balik rumah mentua. Rumah aku tu ibarat persinggahan saja. Kadang aku tak sempat nak berborak panjang pun dengan mak aku. Aku tahu dari raut muka mak dia sedih. Ye aku pun sedih.

Bukannya setiap hari aku balik dalam sebulan ada la 2,3 macam tu. Tu pun yang singgah solat tu saja la.

Sejak aku dah kawen ni aku boleh kira dengan jari berapa kali saja aku tido bermalam kat rumah mak aku. Even aku mintak izin dengan suami aku just untuk aku sorang saja tido sana dan dia teman mak dia kat rumah dia berat nak izinkan.

Aku sedih dengan situasi ni. Sedih sangat. Aku pulak akan mintak izin bila adik aku yang U tu pulang atau pun nenek aku datang stay rumah aku. Tu pun mintak semalaman saja pun. Macam macam sebab aku kena bagi.

Pernah la satu hari tu nenek aku cakap kak long dengan abang long tak pernah ke tido rumah mak?

Aku cakap tak pernah nek,

Sebab mak sana tak de orang nak tengokkan.

Tapi nenek aku bertegas jugak cakap “apa kata malam esok kak long tido sini, nenek rindu cucu nenek. Malam esok nenek nak buat makan makan sikt kita ajak pak anjang sekali”

Aku cuba slow talk dengan suami aku,ok dia pun ada bagitahu mak dia nak tido rumah aku sebab nenek datang.

Malam sebelum aku balik tido rumah mak aku tu, mak mentua aku keep mention yang dia tak selesa nak tinggal dekat abang ipar aku tu sebab toilet kecik. Jadi tak pe saja dia tido sorang saja kat rumah.

Korang bayangkan apa perasaan aku masa ni.. aduh, aku rasa macam benda simple saja pun. Bukan lama pun semalaman saja pun .

Jadi aku amik keputusan untuk bagitahu suami aku biar aku saja la tido rumah mak aku, dia stay rumah dia dengan mak dia. Nampak susah sangat. Sedangkan benda tu tak susahpun. Walaupun masa tu aku terasa sangat.

Bila kakak ipar aku pulang rumah mentua aku pun susah nak lari pergi rumah mak aku. Katanya kena la jumpa dulu raikan orang balik kampung. Takkan terus nak balik rumah mak aku. Bukannya aku tak jumpa pun, biasanya kakak aku balik weekend la dalam dua hari macam tu.

Sempat saja kan nak jumpa. Rupanya mak mentua aku nak aku tolong dia dekat dapur. Ye la anak balik nak masak sedap sedap. Dulu aku ikut saja sekarang aku dah nampak reason dia.

Banyak kali terdetik,

Masa anak anak semua tak de aku la yang duduk dengan mak, tolong mak. Takkan la bila anak anak balik aku jugak yang kena. Aku penat mental. Penat sangat dengan keadaan ni. Sebab aku pun rindu dengan mak aku sendiri. Aku pun nak tolong mak aku.

Oleh sebab situasi yang aku lalui. Aku terpksa menggunakan helah untuk aku balik rumah mak aku. Aku bukan nak menipu cuma aku dah tak tahan. Pergerakkan aku seolah terkawal.

First yang aku buat,

Kalau ada cuti umum aku akan cakap aku bekerja. Sebab suami aku pun jenis bekerja even cuti umum dia tak cuti. Jadi aku gunakan reason tu untuk aku balik rumah mak aku. Aku akan cakap aku pun kena keje. Tapi senyap senyap aku balik rumah mak aku.

Yang kedua aku gunakan annual leave aku semata untuk rehat dan balik rumah mak aku.

Tapi tak boleh bermalam la itupun cukup membahagiakan aku. Dapat jumpa mak,dalam bercerita dengan mak.

Aku tahu nanti orang kata,kenapa tak call saja video call ke..

Sebab jarak dekat,

Perasaan rindu tu tak dapat dipadam dengan call atau video call..

Ke aku saja yang mengada ngada?

Aku terpaksa buat macam tu cumanya aku terfikir sampai bila la aku nak macam ni…

Kadang bila weekend pun,aku tak dapat pulang ke rumah mak aku. Aku cuti dua hari. Suami aku pulak just cuti sehari. Jadi hari suami aku cuti, aku memang duduk rumah mentua.

Sebab kami berdua akan bawak mak ke pasar, atau tanya mak ada apa apa yang nak kitaorang buat. Atau nak kami bawakan ke mana mana.

Begitulah rutin setiap minggu…

Jadinya kalau hari suami aku keje aku cuti aku nak la balik rumah mak aku. Tu pun sebulan sekali belum tentu dapat..

Sebabnya aku kena temankan mentua aku kat rumah. Habis tu dulu sebelum kami kawen tak de orang temankan ok saja…

Lagi satu sejak aku dah kawen ni. Aku jarang sangat dapat pergi kenduri kendara saudara mara dengan tenang..

Kenapa aku cakap dengan tenang?

Kalau aku ada majlis kenduri ke belah aku,mesti suami aku akan tanya. “Mak diorang ajak sekali tak?”

Mula mula dulu memang sedara mara aku ajak, tapi lepas satu incident ni diorang dah tak sebut sangat. Kalau jemput pun diorang just cakap ajak abang long dan kak long macam tu saja.

Kisahnya macam ni..

Mak cik aku buat kenduri kawen anak dia. Which is sepupu aku kawen,dah la sepupu paling rapat. Orang lain dah pergi sehari dua awal.

Tapi aku pergi hari kejadian alasan utama sebab suami aku keje, jadi mak cik aku pun ok saja la..

Dan masa pergi tu bawak la sekali mak mentua aku, baru saja sampai makan makan,terus mak mentua aku ajak suami aku balik. Katanya “dah la jom kita balik, dah siap makan ni”

Masa tu berderau darah aku, tu kan kenduri besar family aku. Sejak aku kawen tu first kenduri besar yang family buat.

Aku pergi salam dengan mak cik aku,mak aku nenek aku semua tengok pelik. Sebab sekejap sangat datang terus nak balik.

Dalam kereta aku diam saja tak bercakap sebab aku sedih gila, tetiba mak dia cakap “apakata kita pergi ziarah Pak Cik Yusuf, dah dekat dah rumah dia”

Sebenarnya rumah tu jauh lagi daerah sebelah,lagi 40 minit perjalanan baru sampai. Aku mati mati ingatkan dia nak balik cepat sebab letih ke penat ke apa ke. Dan suami aku pun ikutkan saja tak bantah pun.

Dan aku pulak yang kena ws personal mak cik aku mintak maaf panjang lebar sebab kes tadi.

Panjang pulak luahan hati aku,

Dulu aku ingat bila kawen dengan orang dekat makin senang makin mudah. Rupanya tak makin makan hati adalah.

Terdetik jugak nak berpisah,aku tahu benda ni nampak remeh tapi tak bagi aku.

Aku dah slow talk dengan suami aku,

Dia pun sebenarnya serba salah dengan aku dengan mak dia.

Dua dua hati dia nak jaga, tapi dia lebih memilih untuk jaga hati mak dia berbanding aku…

– Aini (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *