Dekorasi Rumah

Salam. Aku cuma nak buat luahan perasaan dan hati fasal dekorasi rumah.

Aku perasan lately ni ramai yang suka selfie, share deco rumah masing-masing di laman sosial.

Ada juga yang sangat suka share keadaan rumah dari lorong luar rumah sampai ke lorong belakang rumah. Nak tunjuk rupa bentuk sebenar rumah yang didiami.

Tak kisahlah bagaimana bentuk dan rupa cara perkongsian tersebut, cumanya aku nak tekankan disini mengenai keselamatan. Ada sesetengah orang tanpa segan silu share location rumah di sosial media.

Sudahlah share location, tunjuk pula segala ceruk dalam dan luar rumah.

Installed CCTV pun diberitahu letak dekat ruangan mana. Seolah-olah menjemput pencuri atau perompak datang ke rumah. Itu belum lagi yang berkongsi tempat di mana segala kunci diletakkan.

Lagi satu tahap keselamatan yang tidak dititikberatkan dalam perkongsian dekorasi rumah di laman sosial ialah pintu dan grill.

Teramatlah mengundang bahaya bilamana anda menunjukkan lokasi dan keadaan pintu dan grill yang anda gunakan.

Itu belum lagi yang berkongsi demo “secret trick” buka dan tutup pintu dan grill tersebut jika ada kecemasan.

Untuk ilmu dan didikan orang ramai boleh berkongsi demo tersebut. Cumanya jangan dishare dan mention dimanakah terletaknya pintu dan grill tersebut berserta kuncinya sekali.

Tingkap juga begitu. Tak perlu diceritakan secara details mengenai lokasi tingkap-tingkap tersebut terutamanya tingkap yang tidak disertai dengan grill atau sebarang penghadang.

Seperkara lagi aku nak tekankan ialah bilik tidur. Bilik tidur utama itu privacy suami isteri. Ada adab bilik tidur. Anak-anak pun diajar tentang adab tersebut kan.

Tetapi ibu bapa pula mengexposekan mengenai keadaan bilik tidur utama tersebut di sosial media.

Pernah viral seketika dahulu katil pelaminan punca berlakunya ilmu hitam untuk porak peranda rumah tangga.

Dikatakan pengamal ilmu hitam menggunakan gambar katil tersebut yang ditayangkan di sosial media untuk melakukan perkara terkutuk tersebut.

Mungkin ramai yang tak cakna dan peduli mengenai perkara ini kerana menganggap tak logik atau syirik tetapi beringatlah kita semua, katil ini tempat kita berehat dan tidur dengan selesa.

Nak berkongsi keadaan katil boleh, tetapi kongsikan sewaktu katil tersebut baru dibeli, tengah diassemble dan sudah dipasang cadar baru.

Dalam erti kata, belum disentuh dan belum rasmi tidur. Janganlah posing hari-hari di depan cermin berlatarbelakangkan katil tersebut dikhuatiri mengundang bahaya di masa akan datang.

Nak dihurai lebih mengenai keadaan bilik tidur biarlah ustaz dan ustazah yang berilmu yang menghuraikannya.

Apapun, bagaimana rupa keadaan katil tersebut biarlah kita suami isteri sahaja yang tahu.

Beralih kepada keadaan di dapur. Dapur kadang jadi tempat selamat dan tidak selamat.

Janganlah terlalu obses mengikut influencers diluar sana sehinggakan tidak meletakkan diri kita dalam keadaan realiti.

Dapur sepatutnya luas dan bebas bergerak demi keselamatan diri. Terlampau taksub dengan dapur influencer sehinggakan terlupa ruangan dapur sendiri yang kecil dan sempit.

Beli kabinet dan barangan hiasan yang bukan keperluan untuk diletakkan di dapur sehinggakan ruangan dapur kelihatan sempit dan sukar bergerak bebas.

Fikirkan tentang keselesaan dan keselamatan sebelum berdeko.

Berbalik kepada bab keselamatan. Usahlah berkongsi keterlaluan jumlah harga barangan rumah anda sehinggakan menimbul syak wasangka atau fitnah masyarakat.

Adakalanya mengancam juga keselamatan anda diluar sana disebabkan anda dilabelkan sebagai insan berduit.

Apapun jenis dekorasi dan susun atur rumah yang anda kongsikan di laman sosial,

Janganlah terlalu obses berkongsi sehinggakan maklumat seperti lokasi rumah dan perkarangan rumah dipaparkan di sosial media kerana mengundang bahaya di luar sana.

– Jijah (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc. com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *