Delulu Bertemu Delulu

Siapa dah tengok Martha Scott dalam Baby Reindeer?

Ni aku nak cerita “Martha Scott” kat Malaysia. Ini adalah kisah benar yang diolah sedikit supaya tiada yang kecewa terjun sungai.

Adalah sorang kenalan aku ni, janda anak 5, usia dah 50-an. Aku letak nama dia – Kathy.

Bercerai dulu pon sebab dia pasang scandal yang lebih kacak dan kaya belakang suami dia. Lelaki tu suami orang.

Dua-dua bercerai dengan pasangan masing-masing, tapi sampai sekarang tak kahwin pon.

Kathy ni silih berganti bertukar lelaki. Pilihannya yang pasti hitam manis, tinggi dan berbadan sasa. Suami orang, menjadi keutamaan.

Tapi akhirnya ditinggalkan. Tiada satu orang pon yang bertahan dengan perangainya. Perangai apa?

Delulu dan kuat cemburu. Delulu yang wajahnya rupawan jelita persis model antarabangsa.

Delulu yang kononnya dia berpangkat besar dalam sebuah syarikat.

Delulu yang kononnya dia orang berkepentingan dalam satu organisasi terkenal tanah air.

Delulu pakai kereta mahal harga berjuta.

Delulu rumah banglo dipuncak bukit.

Bila marah, bukan setakat lelaki tu sahaja diganggu, dimalukan, habis seluruh keluarga, isteri, mak ayah, mak ayah mertua, orang kampung lelaki tu diganggu.

Tak cukup dengan itu, berpuluh-puluh laporan polis palsu dibuat melempias kemarahannya.

Sehinggalah suatu hari, Kathy berkenalan dengan seorang jejaka di laman sosial. Az namanya. Kathy jatuh hati.

Semua hantaran Az di media sosial, semuanya memahami isi hati wanita. Az umpama menongkah arus, membantah apa saja perbuatan jijik lelaki dan membela setiap inci keperluan wanita.

Bagi Kathy, Az seorang jejaka yang menepati halwa matanya. Sudahlah memahami isi hati wanita, gambar profile juga bertubuh sasa, hitam manis, tinggi lampai.

Baginya, Az sangat sesuai dengan dirinya yang selalu dirasakan jelita, bagai pinang dibelah dua.

Bermula dengan “hi” di mesej, Kathy dan Az saling meluah rasa. Kathy kerap meluahkan masalah dan rasa hati kepada Az.

Segala masalah dalam hidup, dari bekas suami, ke rakan sekerja, semua diluahkan kepada Az. Sehari, berpuluh-puluh voice note dihantar kepada Az.

Dan Az melayan penuh sabar. Lelaki yang memahami wanita kan. Memujuk, dan menenangkan Kathy setiap waktu. Yang pelik, setiap voice note Kathy, Az hanya balas dengan perkataan bertaip. Tiada voice note kembali.

Di pejabat, Kathy sering menggambarkan dan menceritakan perihal Az pada semua. Betapa bahagianya dia ada lelaki seperti Az melayannya setiap masa.

Di media sosial juga, Kathy sering menggambarkan Az selalu bersamanya. Makan, bercuti, malah pernah menggambarkan Az bermalam di rumahnya. Kononnya bersama anak-anak.

Bagi Az pula, Kathy mungkin menggambarkan lelaki lain, memandangkan Kathy juga sering bercerita mengenai lelaki lain kepadanya.

Dan di suatu hari yang malang, berlaku perselisihan faham antara mereka. Menjerit dan meraong lah Kathy dalam voice note yang dihantar ke Az. Az ambil tindakan drastik untuk blok Kathy sebelum Kathy menggila.

Apalagi, kecohlah di pejabat Kathy mengamok menyalahkan Az dalam setiap yang terjadi. Malah segala malang yang berlaku dalam hidupnya, semuanya dipersalahkan ke atas Az.

Bila kami tanya, pernah jumpa Az ke? Setiap lelaki berbadan sasa dan kulit hitam manis lalu sebelah, dia akan jawab “Ha, Az macam tu lah”.

Kesiankan Kathy, yang hari-hari meracau dalam pejabat, kami pon cari lah siapa Az. Cari punya cari bermula dengan media sosial Az, sehinggalah kami jumpa tempat kerja Az, mengucap panjang kami.

Az rupanya seorang wanita. Wanita berbadan gempal, berkulit gelap. Delulu bertemu delulu. Serba salah kami nak inform Kathy siapa Az, “lelaki” pujaannya itu.

Cadangkan wahai para pembaca. Bagaimana nak approach “Az” dan bagaimana nak memujuk Kathy.

Yang “Az” ni tak tau kenapa dia sanggup menyamar jadi lelaki dan bermain dengan hati wanita. Mungkin kah dia memang suka kaum sejenis?

Atau dia suka perhatian, bila setiap kali menghidangkan dan menyenangkan halwa mata kaum hawa dengan hantaran-hantaran yang membela wanita, berpusu-pusu wanita mengelilinginya walau dalam maya?

Atau dia sama delulu macam Kathy? Sama delulu. Sama gila.

– Penatinta (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

5 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *