Demam Yang Bertukar Menjadi Mimpi Ngeri Sang Ibu

“Kenapa kau ambik Takaful weh, padahal kau baru saja start kerja? kerja sekarang pon tak stabil lagi kan. Takaful tu komitmen kot, dah lah nak kena bayar bulan-bulan, lepastu macam mana nak buat simpanan kalau berhabis kat Takaful?.”

Nama aku Nasuha. Ini soalan yang awal-awal aku dapat dari member bila aku cerita aku ambik Takaful. Waktu tu memang tak jadi penasihat takaful lagi.

Hanya sekadar ambil Takaful saja melalui orang lain. Sebenarnya aku terdetik untuk ambil Takaful lepas 4 siri kejadian yang datang bertalu-talu dan berlaku depan mata aku sendiri.

Cerita 1: Demam berubah menjadi mimpi ngeri seorang ibu

Waktu tu baru saja habis seminggu raya. Yani, kawan sekerja sebelah meja aku datang kerja on-off. Bila ditanya “okay ke?”

Dia kata “okay saja. Cuma kena ambil cuti sebab anak dia Hafiz (anak sulung) seminggu dua ni kerap demam panas sampai jadi sawan.”

Umur baru 10 tahun. Yani cerita Hafiz sebelum ni ada terhantuk kepala kat dinding, tapi dia rasa benda tu tak ada apa sebab Hafiz memang jenis lasak.

Bila seminggu berlarutan, demam masih lagi tak kebah. Bila makin teruk, dia nekad hantar Hafiz pergi hospital.

Sangkanya bila masuk hospital, Hafiz makin pulih. Rupanya tak, nightmare pada Yani sebab keadaan Hafiz makin memburuk. Sangat teruk sampai dimasukkan ke ICU.

Disebabkan kejadian tu, dia ambil cuti sebulan straight sebab nak jaga Hafiz kat wad. Hospital tak dapat detect Hafiz sakit apa, tapi apa yang ada dalam kepala Yani waktu tu Hafiz hidap sakit “tak nampak” sebab kelakuan Hafiz pelik sangat.

Meracau, menjerit, sikap dia berubah macam budak-budak sampai Yani sendiri dah tak kenal Hafiz yang ada depan mata dia sekarang.

Lepas beberapa minggu, Yani maklumkan berlaku jangkitan pada otak Hafiz dan dia dalam keadaan kritikal sebab berlaku pembengkakan pada otak.

Cepat-cepat kami buka tabung kilat untuk bantu dia. Walaupun tak banyak, tapi ada lah untuk bantu cover kos rawatan sikit.

Lepas sebulan rawatan, Alhamdulillah keadaan Hafiz makin membaik. Yani pon dah mula masuk kerja. Aku tanya, Hafiz sakit apa?. Yani jawab Hafiz kena saja (Japanese Enchephalitis – sakit bawaan virus daripada nyamuk).

Paling menyedihkan, Hafiz yang umur 10 tahun berubah perwatakan macam budak berumur 5 tahun.

Tak pandai buang air kecik dan besar kat tandas (selalu kencing/ berak merata sampai perlu dipakaikan pampers),

Selalu merengek dan meracau, tak pandai bercakap (mumbling), pisau dijadikan mainan sampaikan alat² tajam terpaksa dikunci kat tempat yang dia tak boleh capai.

Yani ni single-mother. Jadi, waktu Yani kerja, emak dan 3 adik² Hafiz yang jaga Hafiz setiap masa. Sampai sekarang, Hafiz masih dalam proses recovery. Effect saja pada Hafiz yang paling ketara ialah menyebabkan kecederaan pada otak.

Walaupun fizikalnya sembuh, tapi Hafiz berkemungkinan alami perkembangan otak yang terbantut dan boleh jadi kelainan upaya.

Sampai sekarang, tak ada lagi ubat untuk bunuh virus saja. Rawatan yang ada lebih kepada rawatan sokongan dan mengelakkan komplikasi yang lebih teruk.

Dalam keadaan Yani as ibu tunggal, menyara kesemua anak sorang diri ditemani mak sebagai penguat, aku nampak dia sangat struggle untuk survive.

Gaji yang ada cukup makan saja untuk sara keperluan hidup. Ditambah dengan keperluan perubatan Hafiz yang mendesak, hidup dia berubah 360° dalam sekelip mata saja tanpa disangka dan dijangka.

==========================================

Aku tak dapat bayang kalau mak ayah dan keluarga aku sendiri terpaksa hadapi keadaan tu bilamana aku sakit nanti. Dengan saving aku yang tak berapa nak ada, apa saja yang aku boleh bagi pada diorang in case benda tu terjadi pada aku?.

Aku teringat, emak menangis bila aku kata aku buat medikal kad dengan tujuan tak nak susahkan mak jaga aku sakit nanti. Dia kata selagi dia mampu dan kuat, dia nak jaga aku depan mata.

Dengan ayat macam tu, lagilah membuatkan aku tak menyesal untuk ambil medikal kad.

Sebab aku yakin, apa-apa yang jadi pada aku, dia akan perah segala kudrat 4 kerat dia sampai ke tulang belulang dan provide the best treatment untuk sembuhkan balik seketul Suha ni.

Sedangkan dia bertekad nak jaga aku waktu sakit mahupun sihat, apa alasan aku untuk bertangguh dari provide perlindungan yang ampuh untuk diri aku sendiri.

Sebab at the end of the day, mom will always being a mom. Mereka tak kisah penat, menangis, dan berhempas pulas untuk anak² atas rasa tanggungjawab.

Jadi it is my responsibility untuk beri shield yang kukuh yang mampu menghalang mereka dari menghabiskan segala simpanan haji, persaraan, keperluan mereka untuk aku.

Sebab aku tahu perkara tu aku boleh halang hanya dengan bayar sedikit caruman saja setiap bulan melalui takaful.

Guna/tak medikal kad, belakang cerita sebab aku yakin andai sesuatu perkara buruk terjadi pada aku, merka tak perlu lagi berkorban seumur hidup untuk merawat aku sahaja.

Dengan hanya berpegang pada kepercayaan itu, aku yakin aku mampu hidup dalam keadaan yang lebih tenang. Aku percaya sampai satu fasa dalam hidup kita, wang yang banyak terkumpul dalam bank bukanlah satu keutamaan lagi.

Cukuplah sekadar kita ada jaminan keselamatan atas diri dan keluarga kita maka ianya sudah cukup untuk membolehkan kita hidup dalam keadaan tenang.

– Nasuha (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *