Demand & Supply Media Sosial

Saya seorang isteri yang telah berkahwin hampir 7 tahun lamanya. Dikurniakan dua anak lelaki yang comel.

Kehidupan bekerjaya suami isteri di tambah zuriat yang sihat apa lagi yang dikehendaki untuk seorang bernama seorang wanita.

Namun demikian, cinta sejati yang kita harapkan berpanjangan bunga-bunga cintanya diduga dalam episod yang ku kira sangat menyakitkan.

Suami saya pada mataku sangat sempurna dari segi nafkah zahirnya tetapi hampir sahaja 1 tahun tidak menyentuh saya.

Saya bersangka baik mungkin dia kepenatan dan saya tidak pernah memaksa sehingga baru-baru ini saya meminta dia penjelasan.

Dan si dia mengaku hilang “selera” dek kerana tubuh badan saya sudah gemuk dan tidak lagi menarik seperti di awal perhubungan.

Cliché tetapi inilah kenyataan. Kenyataan seorang ibu, seorang isteri kena hadap demi menjaga seorang lelaki dalam perkahwinan.

Tatkala badan kepenatan lantaran kerja di pejabat ditambah pula beban kerja rumah kadang-kadang si isteri selalu alpa dengan kecantikan diri sendiri.

Saya cuai menjaga kecantikan, saya selalu makan tengah malam sebab memasak lauk kegemaran suami yang tiba-tiba craving di tengah malam

(saya kira sepatutnya saya kena ikat perut agar badan sentiasa cantik dan tidak ikut si dia yang lapar di tengah-tengah malam).

Saya mula down dan salahkan diri sendiri sebab tidak menjaga makan minum dan jarang bersukan hingga badan semakin gemuk.

Kemuncaknya si dia terkantoi rajin masuk apps dating Tinder, Instagram, Tik Tok,

Di apps itu ramai perempuan-perempuan genit dan cantik – 90’s kid yang bisa meruntun jiwa sang jantan seperti si dia yang dahaga kan isteri sebelah yang sepatutnya cantik2 seperti orang lain.

Si dia sehingga kini tidak tahu saya telah mengetahui belang miangnya. Bukan main dia mengaku single kepada kenalan chatnya.

Bermula dari itu, saya mula melakukan senaman, masak makanan sihat untuk keluarga.

Perlahan-perlahan badan semakin langsing tetapi saya buat semua ini bukan kerana dia. Sesungguhnya rasa cinta itu telah pergi.

Sungguh saya terasa hati bila mana orang yang kita cintai hanya berubah disebabkan perubahan tubuh badan sehingga lupa dia kepada pengorbanan dan hidup susah senang bersama.

Para isteri sekalian yang diluar sana, sesungguhnya dunia media sosial kita terlalu banyak supply perempuan-perempuan cantik dan hot yang boleh mengambil tempat kita bila2 masa.

Orang yang kita sangkakan akan sayang kita rupanya goyah iman dengan permainan mata dengan melayan perempuan-perempuan cantik di media sosial.

Demand dari sang lelaki sentiasa ada dan supply dari perempuan-perempuan cantik sentiasa ada.

Sesungguhnya cinta sejati hanya kepada Allah SWT. Saya redha dengan ketentuan Allah dan ketika ini saya hanya menjalankan tanggungjawab kerana memikirkan anak-anak.

– Puan resah (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *