Demi An4k-An4k

Lately aku banyak terbaca atau tengok post atau video yang mana menceritakan seorang Wanita yang mempertahankan rumahtangganya demi anak-anak.

Membuat aku terpanggil untuk berkongsi pengalaman dan perasaan aku sebagai seorang anak yang pernah melalui fasa dimana mak aku bertahan demi anak-anak.

Ceritanya, Bapak aku mula buat perangai since aku darjah 5 tapi hanya kantoi dengan mak aku bila aku dah form 4. Tapi sebelum kantoi dengan mak aku, bapak aku kantoi dulu dengan aku dulu, masa tu aku form 2.

Bertapa luluhnya hati aku bila bapak aku kantoi tapi aku diamkan sahaja sebab aku takut parent aku bercerai masa tu.

Actually, bapak aku pun tak tahu yang dia dah kantoi dengan aku masa tu. So sepanjang 2 tahun aku telan rahsia tu seorang diri walaupun pahit aku paksa diri aku telan semuanya.

Bila dah kantoi dengan mak aku, family kami jadi tunggang langgang. Parent aku selalu bergaduh. Aku terpaksa telan lagi semua tu seorang diri. Aku dijadikan tempat meluah perasaan bagi mak.

Aku paksa diri aku dengar sebab aku kesiankan mak aku yang tak ada sesiapa untuk dia meluahkan rasa walhal hati sendiri dah remuk.

Masa tu hari-hari aku berdoa untuk parent aku bercerai sebab aku dah tak tahan nak hadap semua tu.

Aku pernah luahkan kepada cikgu yang paling aku percaya tapi akhirnya aku menjadi topik membawang paling hangat dibilik guru. Dalam kelas pula aku topik perlian cikgu.

Semuanya aku telan sendirian dan benda ni hampir membinasakan hidup aku.

Sampai satu tahap aku sudah tak ada hala tuju. Air mata dah kering dan hati sudah tidak punya rasa.

Aku give up semua, aku dah tak rasa nak kesekolah, aku dah tak ada rasa sayang pada parent aku dan paling sadis aku terfikir give up untuk hidup.

Sebab aku fikir mungkin dengan cara itu mampu menyelamatkan rumahtangga parent aku dan menyedarkan mereka.

Tapi Allah masih sayangkan aku, DIA titikkan rasa kasih dan sayang aku buat adik-adik dan aku hanya bertahan demi adik-adik saja.

Alhamdulillah, bapak aku berubah 3 bulan sebelum aku SPM tu pun sebab duit dia banyak kene scam. Tapi bendanya takkan pernah sama lagi.

Kasih sayang aku pada parent aku dah tak sama macam dulu. Bertahun aku berusaha nak sayang balik parent aku terutama bapak aku.

Dan yang paling sakit bila benda ni mentally damage aku sampai ke hari ni. Orang mungkin Nampak aku happy tapi hakikat aku umpama kaca yang telah pecah dicantum Kembali, bila-bila masa sahaja akan berderai.

Jadi nasihat aku kepada Wanita yang bertahan demi anak ni, ikhlas aku cakap bercerai la seawal mungkin sebelum anak-anak kamu terima nasib aku. Kalau anak tu masih kecil lagi bagus sebab dia tak tahu apa-apa.

Sebab kesan kepada anak-anak kamu bukan sehari dua tapi membawa sampai ke tua.

Kalau kamu betul-betul sayangkan anak-anak fikirlah guna logic akal bukan guna hati kamu yang masih mencintai suami kamu tu.

Even andai kamu bertahan tapi rumahtangga kamu tak ubah seperti karipap berinti oksigen. Diluar Nampak cantik dan sedap tapi didalam penuh oksigen dan intinya cumalah sebesar tahi hidung.

– PakmaBakawali (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *