Demi Masa Depan

Assalamualaikum semua, nama aku Embun Hijau, berusia sekitar 20 an, sedang melanjutkan pelajaran di sebuah universiti. Dilema ini seperti sudah aku boleh ramal dan bakal tercetusnya masalah suatu hari nanti.

Ceritanya bermula apabila aku mengenali seorang lelaki yang juga sedang melanjutkan pengajiannya. Kami jarang sekali berjumpa, dan berhubung melalui aplikasi WhatsApp sahaja.

Teman lelaki aku ni agak baik, rajin dan menghormati orang tua, keluarga aku pun minat dengan karakter lelaki ni.

Kami berdua mengharapkan hubungan yang terjalin antara kami ini, adalah suatu hubungan yang serious dan bukan sesuatu yang sia-sia.

Kami menyayangi antara satu sama lain. Agak sudah lama kami kenal, dia menyatakan hasratnya mengimpikan isteri yang boleh duduk di rumah, menjaga dan mendidik anak-anaknya. Aku terkedu dan berfikir panjang selepas dengar hasratnya.

Tiap kali berbincang perkara ini, kami berdua pasti akan berperang saudara, bagi aku ianya boleh dikira agak teruk jugaklah, haha.

Macam mana perang tu boleh terjadi? Hasrat teman lelaki aku tu sangatlah bertentangan dengan apa yang aku minat.

Aku minat bekerja, bersosial jumpa orang dan paling penting ada income sendiri. Walhal, dia taknak bakal isteri dia bekerja. Memang sangat opposite kan.

Rentetan itu, berperang besar lah cerita dia kalau dua dua nak menangkan pendapat masing-masing and taknak kalah pula tu.

Haha adoii.

Okay, selit cerita bonda aku. Sebab bonda aku pun meruapakan watak dalam cerita ni. Bonda aku berasal daripada keluarga yang agak susah, senang cakap orang kampung lah.

Mindset bonda aku, anak dia dapat kerja bagus, itu sudah dikira berjaya. Yang duduk rumah jaga anak je kira macam membazir lah belajar tinggi-tinggi berhabis duit.

Ibu mana yang nak tengok anak dia tak berjaya kan? Mestilah nak tengok anak berkerjaya, hidup senang. Bonda aku nak aku bekerja lah lepas habis belajar nanti.

Banyak kali beliau pesan, kerja elok² dulu, barulah fikir untuk berkahwin. Yup, aku pun berharap kisah hidup aku pun indah macamtu.

Dapat kerja bagus – kahwin – kerja sampai pencen.

Monthly, boleh lah aku hulur dekat bonda aku, since bonda aku pun dah tua, pendapatan beliau mengharapkan daripada anak-anak saja.

Beliau kelihatan seperti tidak mengharapkan duit daripada anak-anak, tapi jauh sudut hati beliau, beliau teramat gembira kalau anak-anak hulur duit.

Impian dan cita-cita aku memang nak membahagiakan kedua orang tua aku selagi hayatnya masih ada, aku nak mewahkan mereka terlebih dahulu. Aku kalau boleh nak jugaklah bagi duit setiap bulan hasil daripada kerja keras aku.

Aku nak balas jasa baik insan insan yang susah payah besarkan aku, bagi duit dikala aku tengah sesak dekat universiti dan sediakan yang terbaik untuk aku. Tapi, bila fikir balik, mampu ke aku balas jasa orang tua aku?

Kalau aku teruskan hubungan dengan teman lelaki itu, pasti aku tak dapat bahagiakan bonda aku sebab aku tahu bonda aku akan happy kalau aku kerja, dan jika sebaliknya beliau pasti akan sedikit kecewa (yang dipendam).

Ada suatu ketika, aku uji bonda aku dengan aku mengeluarkan statement aku nak duduk rumah lepas berkahwin, laju je bonda aku jawab, kenapa sambung belajar kalau dah tahu tak nak kerja.

Huhu tersentap, lalu aku pergi beredar, bunyi kicauan burung-burung yang mengganti susana sepi tadi.

Dalam masa yang sama, aku sangat sedih, bila bonda aku cakap macamtu.

Untuk makluman readers, aku tak minat dan tak berkecimpung dalam bidang bisnes, samada online ataupun offline. Jadi, hanya keluar bekerja pilihan yang aku ada untuk memuaskan hati bonda aku satu hari nanti.

Aku dalam dilema, aku nak teruskan hubungan dengan teman lelaki aku, atau aku tinggalkan dia demi membahagiakan bonda aku?

Jikalau aku meneruskan hubungan ini, seolah-olah aku sendiri sudah mencorak apa yang bakal terjadi in future. Tapi, kalau aku tinggalkan dia, macam mana pulak?

Hati masih sayang, sayang pula nak putuskan hubungan ini, sebab dia teramat baik dan aku sangat selesa dengan dia. Huhu… Kalau korang kat tempat aku, korang buat apa?

Maafkan kalau cerita aku agak berterabur dan terima kasih sudi baca kisah aku. Aku sangat buntu dan minta pendapat dan pandangan readers semua. Terima kasih semua…

– Embun (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *