Demi Sahabat

Aku orang biasa, berkerjaya sebagai penjawat awam. Aku grad dari universiti terkemuka tanah air.

Atas sebab ingin berbakti kepada orang tua aku mohon bertukar untuk berkhidmat ke negeri sendiri setelah berpuluh tahun merantau di ibu kota.

Siapa tak suka balik ke tanah tumpah darah sendiri, begitu juga aku.

Anak- anak happy walaupun dalam proses adapt kehidupan baharu.

Bagi aku campaklah dimana pun, jika pandai bawa diri inshaAllah perkara yang baik-baik akan mengiringi kita.

Persekitaran kerja yang kondusif membantu juga perkembangan emosi yang baik sebenarnya. Alhamdulillah, hubungan aku dengan rakan sekerja juga baik.

Kerana cepat pick up, perubahan proses kerja tidak menjadi masalah kepada ku, sememangnya aku sejenis suka belajar sesuatu baharu.

Dalam masa beberapa tahun, aku ada beberapa kawan baik yang layak bergelar sahabat meminjamkan bahu untuk aku berkongsi suka dan duka.

Ye, aku sejenis susah percaya pada seseorang, bila dah percaya kawan tu macam adik- beradik lagaknya.

Hanya dua sahabat yang aku ada waktu tu. Aku sangat berhati-hati memilih kawan untuk aku gelarkan sahabat.

Aku berpegang pada kata-kata, kawan tak ramai tapi ada. Salah aku kerana terlalu percaya, bak kata pepatah rambut sama hitam hati lain-lain.

Kisah aku bermula apabila aku membawa ayahku berubat dengan seorang ustaz akibat gangguan (berkaitan sihir) yang dihadapi ayah.

Dipendekkan cerita, ustaz memberitahu aku pun sebenarnya disihir ditempat kerja oleh kawan sekerja( sampai kesudah ustaz berahsia tentang pelakunya).

Separuh jiwa aku tidak percaya, namun aku dinasihati agar berhati-hati dalam menerima makanan daripada sesiapa pun waima sahabat atau orang yang dikenali. Biasalah, nature di pejabat berkongsi rezeki itu biasa.

Sungguh, aku tiada suspect yang ingin di cam tapi hati aku ingin bersangka baik dengan bilangan sahabat yang aku ada.

Cuma daripada hint yang diberikan aku dapat agak siapa, cuma aku kirimkan doa paling indah buatnya supaya dia tahu dosa syirik yang telah dilakukan. Kalian mesti tertanya-tanya mesti ada tanda- tanda kita disihir.

Ye pembaca budiman, memang ada tandanya sebab syaitan fungsi dia melemahkan manusia.

Seingat aku, lama juga aku jadi pemarah dengan anak-anak dan suami (kesian anak-anak aku), aku ingat aku stress kerja. Nasib baik suami aku paham aku macam mana sebab aku bukan jenis pemarah.

Paling ketara aku jadi low self confidence, bila kau jumpa orang jadi macam pemalu nk tegur orang dan nampak kau pemalu dan sombong sangat.

Bila berada di tempat kerja aku rasa mengantuk teramat walaupun aku dah cukup tidur malamnya (aku syak paras kolesterol aku naik lagi pada awalnya).

Aku tak faham kenapa aku jadi macam tu. Paling tak tahan aku paling tak suka pandang cermin sebab rasa muka sangat lah tak cantik dan kusam macam si tua. Bila aku imbas kembali banyak yang aku tak sedar, ada perubahan pada aku.

Aku juga mengalami masalah kegatalan badan dan alat sulit kronik, bila waktu tengah malam. Kepelikan juga, ubat dan antibiotik telah dicuba, hanya mengurangkan gatal sahaja. Sudahnya, akibat terlalu mengantuk aku tertidur.

Setelah menjalani beberapa sesi rawatan dengan ustaz tersebut, banyak perubahan positif (dengan izin Allah).

Nasihat aku, banyak- banyak mengaji al-Quran, tahajud dan solat hajat. Allah bagi ujian sebab Dia sayang. Aku percaya jika kita ikhlas dalam persahabatan jangan sesekali dengki dengan apa yang orang lain ada.

Allah pemilik segala yang ada di dunia ini, sebesar zarah yang ada dalam hati mu Allah Maha Mengetahui. Aku pun tak menuduh sesiapa, sebab aku ada Allah, yang menjaga aku setiap waktu.

Sampai sekarang, aku pahat kemas cerita ini kerana bagi aku musuh paling bahaya adalah teman rapat kita.

Akhir kalam, semoga aku dan pembaca semua dilindungi Allah selalu. Harap pembaca doakan aku dipermudahkan segala urusan.

– Insan biasa (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *