Aku Erzaha, boleh digolongkan dalam golongan broken family sebab mak ayah aku bercerai masa aku kecik lagi.
Dijaga oleh seorang ayah yang rajin bekerja dan ditinggalkan oleh mak yang sanggup pergi tinggalkan 4 orang anak hanya untuk seorang lelaki.
Perit, sakit dan pahitnya hidup segala aku telan selama 23 tahun.
Sampai sekarang pon mak aku tak amik kesah pon pasal kami adik beradik. Sakit atau demam ayah saja yang setia merawat dan bertanya khabar. Tapi aku redha.
Semenjak mak pergi tinggalkan kami, segala tanggungjawab ayah yang galas. Abang sulung masa tu baru berusia 15 tahun. Dialah yang sentiasa tolong ayah menjaga adik adik.
Memasak, kemas rumah, basuh baju adik adik. Kehidupan kami amat daif masa tu. Rumah yang kami tinggal pun bapa saudara ayah yang bagi sewa. Bertampalkan zink dan dapur yang hampir runtuh.
Banyak kisah pahit yang kami lalui. Ayah bekerja sebagai petani. Setiap bulan mesti ayah akan berhutang dengan kawan kawan atau adik beradik dia sebab wang selalu tidak mencukupi.
Betapa ayah menebalkan muka untuk memberi kami makan. Akan aku ingat sampai akhir hayat aku jasa dan pengorbanan ayah.
Banyak hinaan yang kami terima kerana kemiskinan kami. Kalau tiada wang mesti ayah akan berhutang tepung di kedai runcit depan rumah.
Tahun berganti tahun, mak muncul untuk mengambil kami dari ayah. Kehidupannya senang. Punya sebuah kereta, alat solek, handbag branded.
Dia cuba untuk ambil aku dan adik bongsu aku tinggal bersama dia. Anak yang mana tak rindukan maknya.
Berkali kali kami berdua merayu dengan ayah untuk ikut mak balik tapi ayah marah.
Ya, masa tu aku tak mampu berfikir lagi apa yang telah mak buat pada kami. Bermula dari itu, ayah berminggu minggu tidak bercakap dengan kami.
Tapi biasalah, air dicincang takkan putus. Kami kembali rapat dan mesra dengan ayah. Mak pergi dan tak muncul lagi.
Bagi aku biarlah dia hendak kemana pun, pergilah. Aku mula belajar redha dengan hidup aku. Cukuplah adik beradik aku dan ayah yang ada disisi ini.
Aku kini 24 tahun, tinggal setahun saja lagi untuk tamatkan pengajian. Kehidupan kami alhamdulillah semakin baik. Kakak aku seorang cikgu, abang aku lecturer dan abang aku sorang lagi engineer.
Dari sini aku dapat lihat sedara mara kami yang tak pernah muncul masa kami miskin sudah pandai bertanya khabar.
Mak aku juga sudah pandai menelefon bertanya khabar. Mungkin sebab dia lihat anak anak sudah senang.
Mak aku berubah mejadi orang susah sekarang. Tinggal bersama kekasihnya hinggan terhasilnya 2 orang zuriat. Tanpa bernikah.
Kereta dijual, pakaian biasa biasa sahaja dan rumah yang menanti roboh. Kakak dan abang aku selalu kirimkan duit kepadanya tapi semuanya diberikan kepada suaminya yang penagih dadah.
Sekarang ayah dah tua. Syukur dia dapat merasai kesenangan dari anak anaknya.
Namun, perangai mak aku tak pernah berubah. Tidak boleh ditegur nanti dia sumpah kami ni anak derhaka. Dah banyak kali aku kena. Tak apalah aku redha.
Untuk mak, tiada sekelumit dendam pun dihati ini untuk mak. Nama mak tak pernah tertinggal dalam doa Erzaha. Cuma ada sedikit rasa tawar jauh dilubuk hati ini.
Untuk ayah, terima kasih untuk tanggungjawab dan usaha membesarkan kami. Bergembiralah ayah dihari tua ini. Akan aku jaga ayah hingga ke akhir hayat.
P/s : Coretan ini hanya luahan hati aku. Hargailah ibu bapa yang masih ada. Coretan ini bukan untuk aku minta dihujat atau dikecam.
Ini sahaja cara aku selesa untuk meluahkan tentang kehidupan aku. Tidak semua kawan kawan sekeliling kita yang mampu faham dengan kisah hidup kita. Jadi ini sahaja platform yang mampu aku luahkan.
Sekian…
– Erzaha (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit