Demi Sebuah Rumah Dan Ex Husband

Aku sebenarnya tak tahu nak mula cerita dari mana. Aku cerita dekat sini bukan niat nak aibkan sesiapa, tapi aku cerita sebab aku nak aku, anak aku, family aku, ex husband and ex family in law aku plus orang yang membaca cerita aku ni ambil cerita ni sebagai pengajaran.

Aku dengan ex husband aku dah bercerai genap 2 tahun. Dan kami Allah anugerahkan seorang anak. Aku kenal ex-suami sejak form 4 lagi. Aku bukan kahwin dengan dia kenal sebulan dua, aku kahwin dengan dia lepas bertahun-tahun kawan.

Masa aku study dulu, aku pernah ber couple dengan ex suami aku masa aku matriks sekejap, then kami break sebab aku sambung study luar negara. Lepas aku balik malaysia, aku contact balik ex suami aku, sebab masing-masing tak ada calon, dicampur saki baki dulu pernah couple, kami ambil keputusan berkahwin.

Aku berkahwin dengan suami memang senang sangat. Mak abah aku bukan jenis jual anak. Walaupun aku bakal doktor, mak abah tak letak hantaran tinggi pun, mak abah aku tak nak susahkan keluarga ex suami aku. Sebab memang aku sedia maklum keluarga ex suami bukan orang senang. Aku terima ex suami aku dengan keluarga dia seadanya. Aku tak demand apa pun, awal kahwin kami sewa di kawasan perumahan kos rendah sebab masa tu ex suami kata dia nak tolong keluarga.

Percaya atau tak, rumah aku tak ada katil, ada tilam sahaja sebab kami betul-betul nak berjimat sebab nak tolong keluarga ex suami aku. Aku awal-awal okay, tak bangkang sebab bagi aku memang anak lelaki wajib tolong keluarga. Ex suami aku anak bongsu, kalau ikutkan abang-abang dengan kak exsuami aku kerja bagus-bagus juga. Tapi bak kata ex suami aku, abang dan kakaknya jarang membantu mak ayah di kampung.

Konflik bermula bila tak sampai 3 bulan kahwin, mak mertua aku mengadu pada ex-suami aku, katanya keluarga aku pandang hina keluarga ex suami aku. Sepanjang aku dalam keluarga aku, tak pernah lagi aku dengar mak abah aku hina orang, tapi bila dengar dari ex suami aku yang ex mak mertua aku menangis-nangis bercerita sebab sedih di hina keluarga aku, aku jadi percaya. (Bila aku ingat balik, Ya Allah, berdosa betul pada mak abah sebab percaya cerita begini).

Tak lama lepas tu, timbul isu ex mak mertua aku nak rumah sendiri sebab rumah duduk sekarang ni rumah sewa. Jadi ex suami aku yang masa tu masih lagi HO buatlah personal loan sebanyak RM170000 untuk nak bina rumah mak ayahnya dekat kampung. Masa tu kenduri sambut menantu tak buat lagi sebelah ex suami aku sebab kami tak cukup duit.

Aku cakap pada ex suami, tak perlu buat pun tak apa, aku tak kisah sebab aku tak nak hutang banyak-banyak just untuk satu hari yang lepas orang balik dari kenduri orang tak ingat pun baju yang aku pakai/ lauk yang kami hidang/ doorgift yang kami bagi atau pelamin yang kami duduk. Aku pagi suka bersederhana.

Jadi masa tu ada tiga isu timbul, mak aku hina ex mertua, nak rumah dan kenduri. Selang beberapa minggu suami aku ambil loan, duit RM 160000 dia beri pada ex-ayah mertua aku. Tak silap 10k suami aku ambil untuk rumah kami dan benda-benda lain.

Kisah bermula, kenduri aku sebelah ex suami memang sangat meriah, lagi meriah dari rumah aku. Mungkin sebab anak bongsu atau mungkin sebab anak dan menantu doktor, jadi mak mertua aku buat sangat meriah. Aku terkejut sebab sepanjang persiapan aku jarang balik dengan exsuami sebab kami sibuk sebagai HO. Kami balik 2 hari sebelum kenduri. Terkejut bukan kepalang. Tapi aku follow je la lead mak mertua aku.

Dalam masa nk berkenduri tu, mak mertua aku sebenarnya ada bagi hint untuk aku tolong suami aku tambah-tambah sikit personal loan dia untuk buat rumah tu, tapi bila aku bagitahu ayah dengan mak aku, memang marahlah ayah aku.

Sudahnya masa tu ayah aku carikan rumah dan suruh aku beli supaya aku ada ‘excuse’ untuk tak ambil personal loan untuk buat rumah tu. Masa tu aku perasan, mak mertua aku macam marah juga la aku sebab tak buat macam yang dia nak. Tapi sebab ex suami aku tak cakap banyak pun pasal loan tu, jadi aku abaikan sajalah.

Special sikit pasal rumah tu, rumah tu saudara mara ex suami aku juga yang buat. Aku tak tahu mana silap atau mungkin family ex mertua aku confident yang aku akan ambil personal loan untuk tambah rumah tu, rumah tu tak siap sepenuhnya. Dapur tak siap, anjung tak ada, masa ex mertua aku masuk, memang rumah tu macam terbengkalai.

Aku pun masa tu naik hairan macam mana duit RM160000 untuk rumah kampung tak cukup. Duit tu bukan untuk beli tanah, tapi memang untuk bina rumah sahaja. Sebab kalau kawasan rumah mak aku, RM 160000 boleh beli rumah teres satu tingkat yang ada 3 bilik. (Ini ikut tahun tu -2014)

Aku ni memang Allah beri rezeki dapat anak cepat, aku bunting pelamin. Jadi masa segala konflik ni jadi, aku tengah pregnant. Aku kalau balik dari rumah ex mertua memang senang sangat air mata tumpah sebab apa yang aku rasa, exmertua aku tak pernah bersyukur pengorbanan aku dengan exsuami.

Masa zaman tu, gaji HO campur dengan elaun baru RM 3700++ tak sampi RM 4k. Suami aku memang pakai kereta aku, tak pun dia pakai scooter yang dia beli masa mula kerja. Dia selalu cakap, “kita ringankan mak abah, nanti Allah ringankan kerja kita”. Aku awal-awal memang ok saja, aku redha, tapi bila aku sedar yang ex mak mertua aku langsung tak kisah pasal preparation kami untuk nak dapat anak, tak kisah kami makan pakai cukup, dari situ aku dah mula bengang dengan ex mak mertua aku.

Aku memang perasan, even ex suami aku anak bongsu, tapi abang kepada ex suami aku ni boleh dikatakan anak kesayangan ex mak mertua aku. Pernah sekali aku balik, aku nampak ada lauk dekat dapur, lauk tu mak mertua aku langsung tak hidangkan dekat aku dengan suami, lepas tu banyak kali ex mak mertua aku cakap, dia tengah tunggu abang ex suami aku balik kampung nak makan. Kesudahannya, abang ex suami aku tak balik pun. abang ex suami aku dengan isteri pergi ke Melaka masa tu.

Jadi fast forward, aku sangat stress dengan ex mak mertua aku. Macam-macam isu timbul. Macam macam perkara jadi. Isu dapur tak siap tu, ex mak mertua aku tiap kali balik je mesti akan bising sebab tak ada ‘kabinet’ dekat dapur. Aku dengan ex suami memang plan nak beli, tapi masa tu bajet kami terhad sebab nk sambut anak 1st kami. Last-last kakak sulung ex suami sponsor dapur kabinet.

Lebih sedih bila aku dengar sendiri dari mulut ex mak mertua aku merungut “orang lain rumah cantik luar dalam ada anjung, kita rumah tak cantik tak mcm orang lain”. Aku masa dengar tu, memang menahan sedih. Bila ex mak mertua aku tak ada depan aku, aku terus menangis depan suami aku sebab aku rasa tak tahan sangat. Aku rasa aku deserve untuk dapat yang baik dari suami aku, tapi ex mak mertua aku tak habis-habis nak perah ex suami aku.

Bila ex suami aku tak dapat bagi, dia cuba nak dapatkan dari aku. Akan ada babak-babak ex mak mertua aku merungut-rungut dekat dapur nak itu ini, tapi depan ex suami aku, ex mak mertua aku akan cakap, jangan susahkan aku. Tapi belakang ex suami aku, ex mak mertua aku akan bising sebab bagi dia aku tak tolong anak dia nak sedia kan itu ini.

Sejujurnya masa aku berkahwin dengan ex suami aku, aku tak pernah menabung, in fact duit bank aku sikit-sikit aku korek sebab nak tolong ex suami aku.

Kisah aku pregnant ni pun, banyak betul air mata aku jatuh. Aku pregnant bunting pelamin, truth to be told masa aku dapat tahu aku pregnant aku risau sangat sebab masa tu aku baru nak mula kerja HO. Aku risau aku tak dapat nak balance kan antara kerja dengan anak. Aku masa awal dapat tahu pregnant, masa tu aku okay lagi dengan ex mak mertua, aku ceritalah pada ex mak mertua.

Aku ingat kan dia sukalah sebab selalu in law ni mestilah suka nak dapat cucukan, korang tahu tak apa perkataan yang keluar dari mulut ex mak mertua aku? “Kenapa tak ambil perancang masa awal-awal ni?” Ya Allah, masa tu aku terkejut sangat, aku cuba husnuzon dengan ex mak mertua aku. Aku ingat lagi masa aku salam tangan ex mak mertua aku, masa nak balik tu dia pesan jangan kecoh-kecoh dekat orang aku pregnant sebab menantu anak kesayangan ex mak mertua aku tak pregnant lagi. Takut nanti biras aku sedih dan kecil hati.

Tak habis dengan tu, aku bersalin tak cukup bulan sebab aku sibuk. Anak aku lahir masa 35 minggu. Aku masa tu posting medical. Antara posting yang paling stress dan paling busy. Ramai kawan-kawan aku yg pregnant sama dengan aku, semua bersalin tak cukup bulan. Sedih memang sedih, bila kau terdengar sendiri ex mak mertua kau boleh tanya dekat ex suami kau, samada pernah terlanjur sebelum kahwin ke sebelum ni. Wallahi aku bukan perempuan macam tu.

Mak abah aku walaupun bukan orang masjid, tapi aku tahu berzina tu haram. Aku sedih sangat. Macam tu sekali ke ex mak mertua aku pandang aku. Masa ni aku ingat semua yang dia tanya tu maybe sebab dia memang tak suka aku atau sebab dia malu… Tapi rupanya ada sebab lain.

– Anne (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *