Untuk part I, (https://iiumc.com/demi-sebuah-rumah-dan-ex-husband/).
Maaf, sebab cerita kali lepas tergantung. Aku nak sambung sebenarnya, tapi banyak benda aku kena fikir. Ye, ada sebab kenapa aku cerita dekat sini.
Macam aku cakap dulu, cerita ni bukan nak aibkan sesiapa, aku cerita sebab nak jadikan cerita aku ni sebagai ‘Sebuah Kisah Klasik Untuk Masa Depan’. Sebab anak aku lelaki, aku tak nak salah didik anak aku nanti. Aku harap, kalau satu hari nanti aku buat silap, anak aku akan tegur aku dan jangan buat aku hanyut atas nama ‘Syurga Dibawah Telapak Kaki Ibu’.
Untuk pengetahuan, lepas jadi perkara ni, hidup aku memang nak fokus pada anak aku. Aku tak terfikir lagi calon ke atau nak bersuka ria ke dan bagi aku apa yang aku lalui ini banyak sedarkan aku beberapa perkara yang aku selalu terlepas pandang.
Sambung balik cerita, lepas anak aku lahir, ex-,mak mertua aku nak sangat jaga anak kau. Masa tu isu aku dengan ex-mak mertua aku tak settle, tapi aku anggap mungkin ini yang terbaik nak jernihkan balik keadaan. Masa tu pun anak aku ada banyak masalah.
Anak aku prem, jadi anak aku dapat masalah kuning lebih dari sebulan. Tak dengan itu, anak aku dapat angin pasang. Angin pasang anak aku sampai ke celah kelangkang sahaja, jadi kalau angin pasang naik, kadang-kadang anak aku akan nangis berpanjangan dan tak dapat nak buang air besar.
Masa tu konflik juga sebab rumah ex-mak mertua aku yang ex-suami aku buat tu jaraknya 45 minit dari hospital kami. Masa tu aku dengan ex-suami HO lagi, hospital kami pun boleh tahan busy walaupun hospital daerah.
Awalnya aku dah cari pengasuh, aku cari isteri kepada staf aku sendiri. Kebanyakan staff nurse atau doktor tempat aku lebih suka hantar kepada isteri staff sebab selalunya rumah mereka ni dalam kawasan hospital. Jadi kalau anak demam, sakit dan sebagainya senang nak kami pantau. Lagipun hantar pada orang yang kenal, insha ALLAH terjagalah anak kami.
Sebulan ex-mak mertua aku jaga, memang ok. Ok aku dekat sini maksudnya tak ada isu berbangkit. Masuk bulan kedua yang mana anak aku pun dah nak masuk 5 bulan, isu pun timbul.
Aku memang dari awal tak setuju nak ex-mak mertua aku jaga anak aku bukan sebab apa, aku tak nak kacau aktiviti dia nak ke kelas mengaji, nak belajar agama,nak ke rumah anak yang lain. Sebab aku tahu, kalau ex-mak mertua aku jaga, di campur aku dengan ex-husband HO lagi, di campur dengan jadual kerja tak menentu, memang aku tahu mak mertua aku takkan dapat nak ke mana-mana.
Ex-mak mertua aku ni aktif la juga sebab ex-bapa mertua aku ni kerja kerajaan dulu. Sangatlah aktif dengan aktiviti persatuan, aktiviti rukun tetangga dan aktiviti merewang.
Masuk bulan kedua, aku ingat lagi ex-mak mertua aku minta aku dengan ex-husband untuk hantar anak aku dekat jiran sebelah rumah dia. Katanya kalau aku hantar, dia bolehlah ke kelas mengaji yang dah tertinggal dan sebagainya. Sebab mak aku pun jenis suka ke kelas agama, jadi aku masa tu rasa bersalah sebab buat ex-mak mertua aku tak dapat nak dalami ilmu agama dalam usia lanjut macam tu.
Jadi aku ingat lagi, malam tu aku cakap pada suami, untuk hantar pada jiran sebelah ex-mak mertua aku. Ex-suami aku tak berkenan sangat sebab katanya jiran sebelah rumah tu tak jaga kebersihan sangat, suami dia pun merokok. Tak tahu macam mana, esoknya ex-suami aku tanya balik pada aku, aku ke atau ex-mak mertua aku yang minta.
Sebab malam tu memang aku cakap, ex-mak mertua aku nak pergi ke kelas mengaji dan memang ex-mak mertua aku yang minta. Ex-suami aku masa tu muka macam nak marah, aku pelik. Dan barulah aku tahu, ex-mak mertua aku cakap pada ex-suami aku, bukan dia yang nak, tapi aku yang memandai-mandai. Lagi di katanya, aku yang tak bagi ex-mak mertua aku jaga anak aku.
Allahu, aku masa tu memang confused sekejap. Yelah, sebab masa dia cakap tu dekat dapur, masa tu pun aku baru balik kerja, penat tak payah nak cakap, jadi aku ingat mungkin aku tersalah dengar ke ape lah. Jadi aku pun direct terus minta maaf pada ex-suami aku dengan ex-mak mertua aku.
Tapi tak lama lepas tu aku perasanlah, (aku ni sebenarnya observant) yang jaga anak aku selalu bukan ex-mak mertua aku, ex-ayah mertua aku. Aku pernah sekali ni, saja lah balik kerja nk buat kejutan konon balik awal. Aku duduk dekat luar rumah lama, memang aku perhati ex-ayah mertua aku yang jaga anak aku. B
ila aku masuk rumah, baru ex-mak mertua pegang anak aku, then dia pass anak aku dekat aku. Aku memang sejenis yang tak kan pegang anak kalau balik kerja, aku mandi dulu then baru pegang. Kuman dari hospital ni bahaya sikit. Jadi bila ada drama sebabak dekat situ, ex-mak mertua aku ni bising la sebab aku tak nak pegang anak. Aku diamkan aje.
Jadi konflik kedua bermula bila isu ex-suami aku tak nak hantar dekat pengasuh. Aku kan cerita sebelum ni, ex-suami aku ada scooter je, aku yang beli kereta. Jadi sepanjang dekat rumah ex-mertua, kami ulang alik naik kereta yang satu tu. Kalau sebelum ni tak susah sangat sebab ada kereta dengan scooter, tapi sebab rumah jauh jadi kenderaan kami scooter sahaja.
Bayangkan kalau aku normal shift sampai pukul 5, ex-suami aku pula extended shift sampai pukul 9, memang aku akan tunggu dekat hopital sampai ex-husband aku habis kerja. Kami bukan apa, masa tu nak jimat minyak. Dugaan bertambah lagi bila aku dapat tahu ex-suami aku stress dan MIA kerja sebulan. Aku rasa aku ni tak cukup prihatin mungkin, aku tak sedar ex-suami aku MIA.
Sampai sekarang aku pelik macam mana aku percaya dia datang kerja bukan sekejap tapi sebulan. Aku dapat tahu ex-suami aku MIA bila MO jabatan ex-suami aku mesej aku tanya mana ex-suami aku. Masa tu aku menag down gila, macam orang gila cari ex-suami aku.
Aku ingat lagi, masa aku tengah round dengan MO aku, aku burst, aku menangis depan dia. Last tu, MO aku bawa aku jumpa Pakar yang jaga HO, then aku ambil EL sebab nak cari ex-suami aku. Kemudian aku berbincang dengan ex-suami aku. Aku dapat tahu ada sesuatu terjadi dekat jabatan dia bekerja, buat dia down dan rasa tak layak nak bekerja. Aku pujuk ex-suami aku.
Aku kemudian ambil keputusan untuk tangguh HO aku, sebab aku fikir suami aku ni tiang utama keluarga aku. Kalau suami aku rapuh, macam mana aku dengan anak-anak nanti. Masa tu memang fokus aku ex-suami dengan anak. Aku ingat lagi ada orang cakap dekat aku, sekarang aku tolong ex-suami, esok-esok ALLAH tolong aku masa aku nak buat balik HO aku.
Aku tak resign, tapi aku ambil cuti, aku ambil Cuti Menjaga Anak. Aku ambil cuti setahun. Aku beritahu ex-suami, aku cakap dulu masa aku belajar luar negara, aku ada kumpul duit. Lagi pun duit rumah masa tu aku tak bayar penuh lagi sebab masa tu tengah bina lagi.
Duit kereta aku pun tak mahal, aku pakai myvi 1.3 masa tu. Jadi segala duit hutang aku, aku guna duit tabung aku. Even masa ex-suami aku tak kerja, aku ada la tolong-tolong bayar mana yang tak cukup. Aku anggap ni dugaan Allah pada aku.
Masa ni, aku banyak reflect diri aku. Bila aku start jadi suri rumah tangga, aku banyak fikir. One of it – Aku dari kecil sampai besar, aku tak pernah kena uji yang berat-berat.Mak ayah aku alhamdulillah senang. Mak ayah aku happy. Aku di kelilingi keluarga yang baik, kawan yang baik, persekitaran yang baik.
Aku tak pernah di uji dengan penceraian ke, kematian ke, kelaparan ke, rusuhan ke, hilang tempat tinggal ke, atau kekurangan apa-apalah. Alhamdulillah aku serba cukup. Aku belajar Alhamdulillah, aku tak pernah diuji dengan kepayahan nak belajar, habis UPSR masuk asrama bagus, habis SPM aku dapat JPA ke luar negara.
Allah aturkan aku sampai aku rasa aku malu nak minta lebih. Jadi di sinilah aku nampak kesalahan aku yang pertama, aku tak berdoa lebih. Aku ingat, kali terakhir aku berdoa nangis-nangis dalam sujud terakhir aku bila aku nak final exam MBBS. Bengkak-bengkak biji mata. Tapi lepas aku kahwin, aku bahagia, even datang konflik itu ini, aku kurang berdoa.
Aku ingat hidup aku dah sempurna sebab dah berkahwin dah ada anak. Aku pun dah ada gaji sendiri, aku pun tak perlu nak minta dari orang. Dekat sini aku sedar aku dah lama tak menangis. Ye aku marah dekat ex-mak mertua aku, tapi aku tak pernah menangis dalam solat lepas aku kahwin.
Fast forward, ex-suami aku kadang pergi kerja, kadang tak pergi sebab depression. Memang ada MC, tapi kadang-kadang MIA juga. Masa ni aku tak cerita lagi pada mak ayah aku, aku fikir tak bersedia lagi. Plus minus ex-suami aku tak bagi aku cerita. Aku masa tu pun stress juga, masa ni aku dah start sedar.
Aku tahu kalau nak keluarga bahagia, aku dengan ex-suami kena banyak doa. Kami masa ni dah start sembahyang berjemaah. Actually sebelum tu lagi kami memang dah start berjemaah, tapi kali ni sebab ex-suami aku kadang-kadang tak pergi kerja, jadi dapatlah cukup 5 waktu bersama. Sampai lah masa raya, datang lagi masalah.
Sebenarnya kalau ikut kata ex-mertua aku, sebabkan ex-suami aku yang buat rumah tu, jadi satu bilik memang untuk ex-suami aku. Rumah tu ada 4 bilik, satu untuk ex-mertua aku, lagi dua untuk siapa-siapalah nak duduk. Aku kan dah duduk rumah tu hampir 2 bulan, jadi banyak lah barang aku, barang ex-suami aku dengan anak aku dalam bilik tu.
Malam raya tu, masa kami balik, ex-mak mertua aku bagi ex-kakak ipar aku dan keluarga duduk. Aku asal-asal tak kisah sangat sebab keluarga ex-kakak ipar aku ramai, lagipun kan dia yang buatkan kabinet idaman ex-mak mertua aku.
Jadi isu bila almari kami patah, baju aku, anak aku dan ex-suami aku yang bergantung yang aku dah siap cuci dan basuh dilonggok-longgok. Mainan anak aku patah. Lagi parah malam tu aku dengan anak aku tidur atas carpet je.
Anak aku masa tu 6 bulan. Aku geram bukan sebab apa, aku tahu ada 2 tilam besar untuk lepak-lepak kot tak cukup katil ke ape ke yang memang dah sediakan, semua pun ex-kakak ipar aku tapau. Start dari situ ex-suami aku punya depression makin menjadi-jadi. Aku jenis kalau aku geram, aku malas nak melayan.
Aku tak marah mengamuk ke ape ke, aku senyap then aku tak layan. Bila barang patah, baju berlonggok macam tu lepas raya, ex-suami aku bengang-bengang, aku diam aje. Aku malas nak ambil port sebab somehow aku dapat rasa kalau aku bersuara pun nanti last-last aku kena fire balik. Tapi bila aku malas nak ambil port, ex-suami aku pula naik bengang.
Raya tahun tu, aku tak balik rumah mak ayah aku sebab aku tak cukup duit plus aku tak nak mak ayah aku tahu yang aku ada konflik. Aku ni hati tisu, anak bongsu mungkin. Jadi aku takut nanti aku balik, aku menangis, habis semua benda aku cerita. Jadi aku bagi alasan dekat mak ayah aku sibuk tak dapat balik cuti.
Mak ayah aku pelik, sebab aku ni bukan the only anak yang kerja doktor. Zaman kakak dengan abang aku yang kerja oncall 36 jam pun, kakak dengan abang aku dapat balik. Kalau tak raya pertama kedua atau ketiga, atleast dalam bulan raya dapat lah balik. Tapi aku ni, langsung tak balik.
Jadi satu hari ayah aku buat kejutan, datang rumah aku. Jauh juga la utara selatan. Bila aku kenang balik, betapa besar pengorbanan mak ayah aku, aku sedih sangat. Sanggup aku percaya mak ayah aku ni macam-macam.
Masa ni, ayah aku dapat tahu, ayah aku tak marah. Tapi nampaklah muka ayah sedih sebab aku sikit pun tak share dekat mak abah. Aku ni jenis tak simpan rahsia dengan mak abah. Sampai crush aku pun mak aku tahu. Segala makneka pasal diri aku, aku tak pernah sorok dengan mak abah. Masa ni abah aku dah start teman ex-suami aku jumpa pakar psikiatri sebab ayah aku nak bagi moral support dekat ex-suami aku.
Sebenarnya, masa ex-suami aku sakit, ex-mertua aku orang pertama yang tahu. Tak pernah even sekali datang rumah kami nak teman ex-suami aku, paling kurang datanglah masa perjumpaan dengan pakar psikiatri. Aku pernah menangis telefon ex-mertua aku minta teman ex-suami aku pergi tempat kerja, bagi semangat, tapi tak pernah sekali pun datang.
Pakar psikiatri aku ni orang Islam, entah kenapa hari tu dia rasa ex-suami aku pelik. Jadi ayah aku yang dah lama alami asam garam kehidupan ni, bawa ex-suami aku ke Darul Syifa. Aku ke Darul-Syifa.
Sebelum pergi aku google dulu, sebab aku ni tak percaya sangat benda-benda macam ni. Bagi aku semua ni tahyul. Bagi aku, aku yakin wujudnya makhluk halus, tapi aku tak yakin benda-benda ni akan kacau hidup manusia especially hidup aku.
Untuk yang ada masalah, tak kisahlah masalah rumah tangga, anak, ibu bapa, boss ke ape ke renung-renungkanlah ayat 22-23 surah Al-Hadid.
Sampai sekarang aku berpegang, walau macam mana orang nak sakitkan aku, nak hantar kemudaratan kepada aku, tak akan sampai kalau bukan Allah yang izinkan dan ini semua atas kuasa Allah.
– Anne (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit