Demi Mu Gigi

Salam semua.. Tajuk pun dah boleh agak. Asyik baca kisah cinta, rumah tangga dan masalah keluarga.. Bosan lah pulak. Meh aku nak sembang pasal gigi.

Ya, gigi ni benda yang paling orang selalu ignore kesihatannya, tetapi bila sakit, baru menyesal.

Kalau budak-budak lagi, gigi tu reput dan dibiarkan coklat sampai hilang keyakinan budak tu nak bercakap sebab asyik tegur, “Ehhhh..Gigi kena gigit tikusss…” dan sewaktu dengannyalah.

Mak aku selalu bising pasal gigi dari aku kecik lagi. Mesti pesan suruh gosok gigi sebelum tidur waima malas macam mana pun tapi selalunya tak lah sebab perangaiii kan… Kan dah tulah.

Aku nak cerita tentang kisah aku kehilangan gigi. Hanya sebatang gigi tapi membuatkan aku menyesal sangat.

Ada orang memang dilahirkan gigi cantik tersusun. Ada orang giginya habis rumpong semua.

Jadinya aku nak kisahkan tentang aku, yang kehilangan gigi yang lebih sakit dari hilangnya suami atau cinta sejati (fyi, aku dah cerai 2 kali.. Tapi sakit gigi ni lebih sakit.. Siyes wehhhh).

Kenapa aku kata tentang gigi?

Asalnya aku buat rawatan akar (RCT) di sebuah klinik swasta, tetapi rupanya doktor tu tak check x-ray aku betul², gigi tu ada 4 akar, tapi yang dimatikan hanya 3 akar..

So satu akar tu lagi bagai hidup segan, mati tak mahu.

Maka berlaku infection yang sangat menyakitkan sehingga aku refer ke klinik pakar pergigian di hospital kerajaan.

Hampir setahun doktor cuba selamatkan gigi tu, tapi akhirnya terpaksa juga dicabut. Makanya, aku tanya, apa alternatif lain untuk gantikan gigi aku tu..

Aku tak leh wehhhhh… Aku sayang gigi aku seperti aku menyayangi diri aku dahhh..

So doktor suggest buat bone analysis untuk tengok aku suitable tak buat implant gigi. Alhamdulillah, aku lulus.

Maka doktor refer aku kepada pakar periodontik dan pakar implant untuk buat implant gigi.

Sambil-sambil tu, aku riki juga kos di swasta, antara 5-10k yaaaaa…

So aku pilih hospital kerajaan sebab kosnya antara 3-4k… Ya, itulah harga sebatang gigi. Lebih mahal dari mas kahwin tau.

Setelah beberapa bulan analysis, buat bone graft, akhirnya 5 hari lepas.. Dah tanam besi bahagian dalam gigi.

Ya, besi titanium ya. Tu baru first stage. Sakitnya tahap gaban wehhh.. Lagi sakit dari beranak normal. Siyessss…

Aku dah bersalin normal, czer dan operate buang hempedu. Still takleh lawan sakit gigi pasang implant.

Sekarang ni proses gusi nak mold dan menerima besi itu, dan fasa healing ni antara 10-14 hari, dan 3-6 bulan untuk observe sebelum boleh pasang besi bahagian atas dan crown gigi.

Maka, pengajaran dari kisah aku, anak² aku sejak kecil lagi, aku dah bawa jumpa dentist 6 bulan sekali.

Weh, aku spend memang banyak kat gigi sebab sekarang aku lebih fokus nak sayang diri aku, anak² aku daripada nak berlaki. Biar takde laki dari takde gigi.

Pengajarannya, jagalah gigi korang weh. Korang takkan hargai gigi tu masa ada, tapi bila dah hilang. Menyesal pun tak guna dah.

Pasang implan, selain mahal dan menyakitkan.. Masih ada risiko.

Gigi ni macam hubungan suami isteri juga, Allah beri peluang 2 kali, gigi susu dan gigi kekal.

Dah cabut gigi kekal, buatlah macam mana pun.. Takkan sama dengan gigi asal. Maka jagalah gigi anda macam anda jaga diri anda.

Doakan aku cepat sembuh dari sakit gigi ni dan doakan implant ini berjaya.

Ramadhan kareem dan selamat berpuasa semua.

– Enamel Terluka (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *