Assalamualaikum dan salam sejahtera admin dan rakan-rakan. Terima kasih sekiranya sudi siarkan pendapat saya sebab saya harap melalui perkongsian ini akan ada rakan-rakan yang mengingatkan saya kembali sekiranya saya khilaf. Saya miss N in her 3.0 series dan saya seorang cikgu. Saya berpendapat isu cikgu Azizan patut direfleks bersama sebagai seorg guru dan pendidik. Dan sy harap suatu hari nanti ada orang yang akan ingatkan saya dari melakukan kekhilafan
Jom refleks
Adakah kita berhak menggunakan kekerasan kepada orang lain?
Apakah hak kita untuk menggunakan keganasan kepada orang lain? Diri sendiri? Fatwa hati? Justice? Adakah kekerasan sahaja yang mampu memberi keadilan?
Dalam islam kalau orang tu mencuri hukuman dia potong tangan. Tapi boleh ke kita ambil tindakan sendiri? Sedangkan dalam islam pun u need to provide saksi. Which means ada prosedure. Ada SOP (standard operation procedure)
keganasan hanya membiakkan keganasan
Cikgu adalah pendidik. Talk about role model. Kalau cikgu dah tunjukkan it is ok to use violence as long as awak lebih berkuasa (dalam kes ni lebih dewasa, cikgu dan dia murid) so awak boleh mengambil tindakan menggunakan keganasan, maka dia pun akan register dalam diri dia yang kalau dia ada kuasa (dalam pandangan manusia) maka dia boleh gunakan keganasan kepada org yang lebih lemah.
Contohnya, kalau dia kuat dia boleh guna keganasan pada org yang lemah. Kalau dia kaya dia boleh guna keganasan kepada org miskin.
A child vs an adult
Hidu gam, ajak kawan hidu gam, bully. Mulanya ingatkan budak sekolah menengah. Sekali budak 11 tahun. He is too young. Belum baligh lagi. EQ dia sedang berkembang. Dia rasa hidu gam tu best n dia nak share dengan kawan lain. Kan kita juga yang ajar sharing is caring? Tak ada cara lain ke yang lebih sesuai untuk ajar dia hidu gam tu salah kerana ia memudaratkan dan ia juga salah disisi undang2? adult vs a child, x ke macam senior buli junior jugak ni? Tahu tak dikepala lah adanya otak. Dan gegaran otak mampu memberi kecacatan otak, nerves malah maut. Lempang lagi la.. boleh merosakkan gegendang telinga. Malahan trauma.
Tidakkah dia berhak untuk mendapat teguran yang lebih berhikmah?
Law is law
Kalau bertindak ikut suka hati sendiri dapat menegakkan keadilan maka x perlulah law and even police kan? Pada view sesetengah orang budak hidu gam salah maka boleh pukul dia. Pada pandangan dia pulak tiada orang guide dia betul2, cuba memahami dia, maka boleh la dia bertindak sesuka hati juga sbb hidup ni tak adil?
Law exist to protect both sides.
Dalam kes ni budak tu silap besar. Kalau ikut SOP, mungkin dia mampu berubah sedikit demi sedikit. He learnt his lesson
Dalam kes ni cikgu tu salah sbb guna kekerasan. Kalaulah mak ayah dia x bawa ke perundangan adakah cikgu akan sedar yang kita tak lebih berkuasa n boleh zalimi anak murid dengan lesen title cikgu?
Tak adil? Dalam dunia ni mmg x kan ada keadilan yang terbaik. Cth org membunuh 1 kampung. Denda paling kuat pun hukum bunuh (qisas). adakah sama satu nyawa dia dgn 1 kampung and the damage he have done?
Keadilan sebenar di akhirat nnt. Walau sekecil zarah akan dapat balasan yang setimpal
Every child matters
Yang ni paling sedih. Setiap orang ada hak masing2 kan. Kalau mak ayah dia khilaf dalam mendidik dia siapa lagi yang boleh diharapkan? Cikgu kan? Tapi cikgu menyakiti dia pula instead of guiding. Now who should he turns to?
Dia baru 11 tahun. Perlu lalui lagi jauh dalam hidup yang berliku. Now dia tersilap sbb dia memang belum cukup bijak. Belum cukup wise. Traumatised.. macamana masa depan dia nnt?
Adakah dia akan pilih jalan senang which is berubah kepada yang lebih baik
Atau give up dengan kemanusiaan yang hanya menyebelah satu pihak dan terus hanyut?
Renungkan…
Miss N
– miss N
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit