Dendam dan Kemaafan

Hi, nama aku Nadia (obvioulsy, bukan nama sebenar, kekeke), umur 26 tahun sekarang.

Aku nak cerita pengalaman aku dengan cikgu bahasa inggeris ketika aku berumur 9 tahun.

Aku harap cerita aku boleh membantu orang di luar disana dan juga sampai kepada cikgu Nur (pun bukan nama sebenar).

Aku seorang budak perempuan yang sangat baik, tak banyak bercakap dan ikut saja arahan.

Bersekolah di sekolah rendah kebangsaan, berdekatan dengan Gombak Giant, berdepan sebuah aparment sederhana.

Cikgu bahasa inggeris aku ketika itu bernama Nur. Seorang cikgu yang tegas. Aku pun dah lupa rupa dia macam mana.

Suatu pagi indah, sedang belajar bahasa inggeris. Aku ingat lagi belajar topik Past Tense dan Present Tense. Cikgu Nur sedang menulis dekat papan hitam, guna kapur. Masa tu, whiteboard x ada ya adik2.

Nak dipendekkan cerita, cikgu Nur suruh buka buku dan salin nota. Ketika dia sedang sibuk menulis dekat papan hitam. Aku pun keluarkan cepat-cepat buku nota tetapi dirampas oleh budak lelaki. Okay kita panggil dia Nazrul.

Nazrul tak mahu memberi buku nota aku walaupun aku meminta dengan baik. Dia mula mengagah aku dengan mengangkat buku tersebut tinggi (Ya, aku juga pendek).

Daripada tenang, emosi aku bertukar menjadi sangat marah. Sampailah aku meletup dan menjerit, “BAGILAH BALIK BUKU TU!”

Cikgu Nur segera berpusing, dengan suasana kelas yang tak berapa nak diam , dan juga gelagat aku dan si Nazrul ni. Dia datang dan bertanya apa yang berlaku.

Aku pun mula ingin menjelaskan apa yang berlaku, “Nazrul ni! Dia ambik buku saya!” PANG!!! Pipi kiri aku hangat terasa. Aku macam tak percaya apa yang berlaku. Suasana kelas terus diam sepi.

Cikgu Nur mula menyambung penulisannya. Mata aku mula bertakung dan maka mengalirlah air mata.

Nazrul menjadi serba salah dan memulangkan buku aku. Mulut dia berkata sorry tanpa kedengaran suara. Aku segera duduk ke meja dan mula membuka helaian di buku nota aku.

Pipi aku masih lagi rasa kebas dan panas. Malu tidak usah dikata, memang sangat sangat malu.

Sudahlah aku ni budak yang pendiam dan pemalu, maka aku betul-betul rasa seperti penjenayah. Pelajar yang lain, yang tidak tahu menahu, berbisik antara satu sama lain.

Mereka merasakan akulah yang salah. Kalau tak, kenapa cikgu tampar? Pada waktu itu, Aku betul-betul benci dengan cikgu Nur dan geram pada Nazrul.

Pada waktu rehat, Nazrul datang kepada ku bertanya, “Kau okay ke?”. Aku pun berkata, “Kau lah ni! Kenapa ambik buku aku?” Sebal aku rasakan. “Ala sikit je tu, biasalah kena lempang. Aku pun kena juga”.

Aku terdiam, oh dia pun kena tampar sekali. Ah, mana adil. Dia memang layak, tetapi aku ni?

Tak lama selepas tu, ada Hari Guru. Semua pelajar dikehendaki beratur dan bersalaman dengan setiap guru.

Ketika aku bersalaman dengan guru guru lain, aku hanya tersenyum saja. Tak lama selepas itu, aku ternampak kelibat cikgu Nur. Rasa marah tiba-tiba muncul.

Ketika turn aku bersalam dengan Cikgu Nur, cikgu Nur memandang aku. Muka nya macam ingin mengingati sesuatu tetapi aku salam tangan nya dengan laju lalu berlalu ke cikgu yang sebelah. Tahun depannya, aku pindah sekolah.

Nah, begitulah permulaan kepada cerita ini. Saban tahu, ketika aku berkongsi cerita ini dengan kawan-kawan Universiti, pasti rasa marah memuncak kembali. Ketika bercerita dengan adik-beradik, aku tanpa sedar memarahi cikgu Nur.

“Kalau aku jumpa cikgu Nur, memang aku nak lempang dia balik” terasa betul diri dianaiya ketika itu. Walhal ramai saja cikgu yang pernah memarahi dan merotan sebagainya. Tetapi, itu lain. Itu memang aku yang salah. Tetapi yang ini?

Kenapa cikgu Nur tampar saya? Cikgu tak nak dengar dulu ke penjelasan saya? Kenapa begitu senang cikgu menampar budak kecil macam saya.

Apa salah saya? Kenapa cikgu tidak pernah tergerak untuk memujuk atau meminta maaf kepada saya? Cikgu Nur sedar tak?

Beberapa tahun lepas aku terdengar satu ceramah. Kita digalakkan memaafkan semua orang supaya senang urusan kita di padang mahsyar itu nanti.

Aku pada mulanya dengan rasa gembira, haa aku memang dah maafkan semua orang. Kalau di fikirkan kembali, tiada siapa yang buat salah dengan aku.

Aku bukanlah orang yang pendendam. Tiba-tiba aku teringat kisah cikgu ni. Sudah lama aku tidak bercerita mengenai kisah ditampar ini.

Selang dua hari, aku bercerita dengan rakan ku mengenai ceramah itu dan kisah ku ditampar. Ketika sedang bercerita dengan rancak, hati aku terdetik.

Benarlah, aku masih berdendam. Masih memarahi. Aku tidak dapat memaafkan cikgu itu. Sejak daripada hari tu, aku cuba memaafkan cikgu Nur.

Minggu bermakan minggu, bulan memakan bulan. Tahun memakan tahun, mulut aku kata maaf. Tetapi kenapa hati aku rasa sakit lagi?

Kenapa masih rasa marah apabila teringat? Aku pun meluahkan kepada kakak ku.

Kakak aku pesan, mungkin aku harus sedekahkan yaasin dan al-fatihah kepada cikgu nur dan meminta kepada Allah untuk melembutkan hati aku.

Aku juga harus menyedekahkan yaasin dan al fatihah pada diri aku juga. Aku pun buat. MashaAllah, jujur aku kata. Hati aku sangat tenang.

Aku mula bersangka baik kepada cikgu nur. Cikgu Nur datang ke kelas pada hari kejadian, wajahnya tidak seceria seperti selalu. Mukanya seperti kusut mempunyai masalah.

Mungkin selepas kes tampar tu, malam-malam berlalu, dia teringat pada aku, rasa bersalah pada aku?

Cuba mencari aku, tetapi dia lupa atau tidak jumpa.

Maka, cikgu Nur. Ini adalah mesej saya kepada cikgu. Walaupun sebab cikgu, saya benci dengan topik Past Tense dan Present Tense dan sampai sekarang memang lemah betul dengan topik bahasa inggeris ini yang satu haha.

Saya nak katakan, saya maafkan cikgu. Apa yang berlaku, sudah dimasa silam. Saya tak perlu tahu pun apa yang berlaku pada hari itu hingga membuatkan cikgu nur berkelakuan begitu. Itu tidak penting lagi.

Yang penting, saya nak bergerak ke depan. Saya tidak mahu berdendam. Saya maafkan cikgu kerana Allah S.W.T. Semoga cikgu baik-baik saja dimana saja cikgu berada.

Dan kepada Nazrul, jangan risau. Aku tak pernah dendam pun dengan kau. Kau pun budak mentah lagi.

Lagipun, sejak kes tampar tu, kau dah tak kacau aku lagi kan.

Kini aku menaip cerita ini, tetapi aku hanya tersenyum sahaja daripada mula sampir akhir. Sedikit pun tiada sekelumit amarah.

Kepada pembaca yang diluar sana yang mungkin mengalami apa yang aku rasa, mungkin dengan sedara mara, mungkin dengan kawan-kawan, bahkan dengan ibubapa masing2.

Aku nasihatkan, cubalah. Ikhtiar lah. Maafkan lah mereka. Sesungguhnya, MEMAAFKAN individu lain merupakan tanda-tanda orang bertakwa dan antara sifat tertinggi bagi mereka yang beriman.

Aku tahu susah. Saya tahu keperitan tu. Maka.. aku juga doakan semoga Allah lembutkan hati anda semua dan memberikan ketenangan yang anda semua berhak <3

– Nadia (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *