Salam, oleh kerana hangat diperkatakan tentang cikgu azizan dan ada yang setuju dan ada yang tak setuju, sy tergerak hati pula nak kongsi pengalaman saya dengan guru2 ni, sy menyokong yang kata murid sekarang memang manja sebab saya anak cikgu, dan keluarga sy pun bnyk berkerjaya sebagai cikgu,
Sy nak cakap diri sy ni baik takdela baik mana, nakal jugak, ponteng sekolah, lompat pagar pergi CC, x siap kerja sekolah tu benda biasa, so kena rotan, lempang tu perkara biasa, tapi sy sikit pun tak dendam dengan cikgu2 sy sebab sy tahu sy salah, cuma ada pengalaman buruk sy dgn cikgu2 sy, dn sini sy nak berkongsi,
Pengalaman pertama di sekolah rendah,
Masa tu sy budak baru masuk ke sekolah rendah islam baru, masa tu darjah 4, sy akui sy mmg nakal, tapi skdr nakal x siap kerja sekolah and tak bawak buku, yang paling sy x boleh lupa smpai skrg sy pernah dipulaukan oleh guru2 sy, hnya sebab satu guru math sy, perempuan, entah kenapa, sy mmg tak faham dia ajar math, ada suatu hari tu, dia suruh sy bangun and jawab soalan, dan sy x dpt nk jawab, terus dia amik buku nota sy dn campak buku tu kt muka sy, smbil tu dia maki hamun and tengking sy, sy hnya mampu diam, x berani melawan, yelakan, budak2, lepas dari peristiwa tu dia langsung tak endahkn sy , hatta sy dh siap kerja sekolah pun dia amik buku sy dan lempar luar kelas, dan bila sy x faham n tanya dia buat2 x nmpk, seolah2 sy ni x wujud,
sy tak tahu kenapa dia dendam sgt kt sy, and benda ni sy x cerita pun kt parents sy, cubit dn kena rotan dgn cikgu masa sekolah rendah mmg dah biasa sgt sy kena, dan sikit pun sy tak rasa trauma, cuma peristiwa kena lempar buku kt muka tu je yg smpai skrg sy x leh lupa, dn lepas tu sy desak parents sy utk sekolah ke sekolah rendah biasa, tapi sejak daripada tu, mmg sy trauma, and langsung tak minat math smpai la skrg umur sy 24tahun, sifir pun hafal sifir mudah je, sy dh cuba utk belajar math, untuk minat tapi mmg tak lepas,
Pengalaman kedua masa sy di form 6, sy x dpt mana2 tawaran lanjutkan hatta sy punya result spm sy okay, disebabkan Math sy tak kredit, sy x dpt diterima di mana2, so untuk jimatkan kos, sy masuk form 6 di sebuah SMKA , kat sini sy bertemulah dgn satu teacher ni, first glance mmg sy aggp dia ni sebagai ibu, sbb dia sgt open and friendly, tapi lama kelamaan sy dpt perasan satu perangai dia, bila dia x sukakan seseorang tu, dia akan cari and usaha sepenuh nya untuk jatuhkan orang tu, dia akan burukkan individu tu dn hasut org lain supaya benci dn pulaukan dia, kawan2 seangkatan form 6 dgn sy ramai yg kena, tapi yang aneh, bila dia dh puas hati budak tu dh kena teruk, baru dia akan buat2 baik, mmg dasar talam dua muka,
Dia jugak sering mengapikan2 kami kata yg guru2 lain sering kata kat kami n pandang serong kt kami sbb kami amik form 6, padahal sebenarnya takde pun, tup tup,
Sy tak sangka sy pulak jadi mangsa seterusnya, sy pun tak pasti apa salah sy yg sy buat smpai dia begitu membenci sy, and oleh kerana sekolah sy tu sekolah asrama penuh, jadi minggu balik sunat, sy stay asrama, sy dan member sy (satu form) x balik so lepas jumaat kami bertapa di Cyber cafe smpai malam, entah mcm mana, ada barua teacher ni gi Ngadu kt dia yg kami lepak kat cc, okaylah, sy terima, sy salah, dn dibawak ke bilik guru disiplin, sy dn kawan sy kena first warning, sbb Sebelum ni sy x pnh buat apa2 kes,
Tapi bila dia dpt tahu sy lepas, dia x puas hati, then terus dia korek2 cari kesalahan sy melalui budak2 perempuan satu form, and ada satu haritu, sy tidur dlm kelas smpai asar, nk dkt maghrib baru balik, so sy x pergi surau, just solat kt dlm kelas, lalu dia fitnah kata sy x solat asar dn bawak kes ni kt guru disiplin, sy hnya berdiam diri and x def diri sy, sbb sy mmg tak pandai melawan kata org2 lebih tua dari sy apatah lagi guru,so sy iyakan jela, sy mmg dari kecik diajar supaya jangan menjawab bila guru2 sy marah , end up sy kena rotan, tak ckup dari tu, sy dipulaukan oleh kawan2 sy, hasil hasutan teacher kt kawan2 sekelas sy, cikgu perempuan pun pulau kan sy buat sy mcm x wujud dlm kelas,
Then, tu tak habis lagi, dia cerita pasal tu kt satu sekolah, and demand jawatan sy dilucutkan , then dia cari lgi kesalahan sy yg sering balik lmbt ke asrama, dn boleh kata sy kerap balik rumah ( sy akui mmg sy suka balik ), so nama sy pun disebut dipublik dn jawatan sbgai pengawas pun dilucutkan, tapi sy terpaksa lalui bbrp bulan yg memeritkan, dipulau kawan2, guru, dn dipandang serong,
Sy boleh je nak balas dendam kt teacher tu, tapi sy x buat mcm tu, shnrnya bnyk lgi yg dia aniayai sy, cuma sy x cerita kt sini sbb panjang sgt, depends utk pembaca utk judge mcm mana, tapi sy tahu jenis guru yg mmg beri hukuman denda utk mendidik atau skdr utk memenuhi nafsu amarah dia, sy tak kisah sy ditampar, disepak terajang kalau utk mendidik sy, tapi skdr utk menjatuhkan maruah sy, mmg sy boleh beza, nak nak memang terang lagi suluh mmg niat dia nak jatuhkan seseorang,
Point sy kat sini, bukan semua cikgu tu beri hukuman sbb nk mendidik, sesetengah hnya utk balas dendam kat anak murid, dn sy tahu ramai yg ada pengalaman yg sama mcm sy dn setuju apa yg sampaikan ni, dan sy menyokong tindakan cikgu azizan, dan smpai skrg sy masih berdendam x kan memaafkan teacher tu sebab dh memalukan dn mengaibkan sy di public, luka kena tampar boleh baik, tapi once dh kena public shaming, smpai bila2 boleh ingat, luka dn malu dia lebih teruk dari kena tampar,, kalau betul dia nk didik sy, tak perlu dia memperbesarkan cerita mcm sy ni rogol anak dara orang je, fitnah dn mengaibkn sy dpn kawan2 sy dn guru,
Korang nilailah sendiri, sy tahu guru tu manusia biasa yg buat salah dn silap, tapi andai kata betul niat utk dia mendidik, sy tak kesah, , tapi kalau skdr utk melepaskan dendam dia, jumpa lah di padang masyar kelak, sy tahu sedangkan nabi maafkan umat, tapi sy bukan nabi, dan maruah sy yg tercalar takkan dpt ditebus smpai bila2,
Sekian nukilan dari sy
– Ex Form 6
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit