Dendam Halus

Hai assalamualaikum semua pembaca.

Aku sudah bertunang dengan pilihan keluargaku. Selepas kami bertunang, kami mula berkenalan dan bercinta. Aku tidak pernah bercinta.

Dialah satu satunya lelaki yang hadir dalam hidup aku.

Dia baik, pemurah, bertanggungjawab juga seorang yang tegas.

Dia seorang duda yang kematian isteri dan anak akibat covid-19. Tetapi statusnya bukan satu masalah bagiku kerana usianya yang sebaya denganku.

Namun, ada beberapa hal yang membuatkan aku terfikir, adakah perkara itu normal bagi seorang lelaki. Pertama, dia sangat kuat cemburu.

Habis semua nombor kawan-kawan lelaki aku di tempat kerja mahupun rakan kolej dahulu disuruhnya buang.

Katanya, selepas menjadi tunangan orang aku tidak perlu ada contact dengan mana-mana lelaki yang bukan ahli keluargaku. Dia juga begitu.

Katanya dia telah membuang segala hal yang berkaitan masa lalu dan hanya fokus kepada aku.

Pada mulanya, aku terima tetapi menjadi satu masalah apabila aku memerlukan rakan-rakanku pada waktu genting.

Dia dan aku berhubungan jarak jauh ya gais. Aku di utara tanah air, dia pula di barat.

Nak dijadikan cerita, sahabat baik lama (lelaki) aku semasa di kolej dm fb aku untuk bertanya khabar.

Sebelum aku membalas dm rakan aku, aku meminta izinnya dan dia mengizinkan aku. Sejurus selepas itu, dia terus memberitahu aku dia mahu tidur.

Aku membalas dm tersebut lebih kurang setengah jam. Aku berikan nama rakanku sebagai Helang.

Helang bertanya khabar dan meminta pandanganku mengenai masalah tunangnya yang ingin putus. Kata Helang, aku satu-satunya sahabat baik yang dia ada dan dipercayai dari dulu sampai sekarang.

Selepas aku ucapkan selamat tinggal kepada Helang, tunangku terus menghubungi aku dan memarahi aku kerana melayani Helang mengenai masalah peribadinya.

Dia katakan yang dia akan hubungi rakan perempuanya dan membuat perkara yang sama dengan apa yang aku buat. Ini adalah perkara kedua yang aku kurang gemar padanya.

Setiap perkara yang aku buat tetapi dia tidak suka, dia akan “lakonkan” semula. Katanya lagi supaya aku rasa apa yang dia rasa.

Jujur, aku rimas dan fikirkan masa depan aku dengan dia mungkin akan membuatkan aku hidup dalam ketakutan dan tekanan.

Aku takut andai aku tersilap pilih pasangan hidup. Betulkah apa yang aku fikir?

– Teratai (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *