Dendam Yang Menyakitkan 

Assalamualaikum dan greetings to reader iium. Nama aku Zara (bukan nama sebenar) Kalau admin post confess aku ni, aku mengharapkan pendapat dari semua. Bukan hinaan dari orang lain. Ingin aku tegaskan, apa yang aku tulis ni bukan nak hina orang yang paling aku sayang. Aku cuma taktau dah nak luahkan kat siapa apa yang aku rasa. Harap2 korang faham lah ea. Dan cerita ni panjang sangat. Harap korang sabar jelah baca luahan aku ni. Haha

Aku bukan student di mana mana universiti dan sewaktu dengan nya. Cuma aku suka jadi silent reader kat page ni. Hehehe. For starting, aku cuma perempuan biasa yang takde apa apa harta kecuali mak, adik beradik dan seorang suami. Kenapa aku tak mention ‘ayah’? Sebab aku takde ayah yang sah.

Nak bagi korang faham, aku dilahirkan secara tidak sah. Means, masa aku dilahirkan dulu, mak ‘ayah’ aku tak kahwin lagi. Lepas aku dah masuk 7 bulan (baby lagi) baru mak ‘ayah’ aku kahwin. Dan yang buat aku pelik, nama aku dalam surat beranak di binti kan nama ‘ayah’ aku. Aku tahu patutnya tak boleh tapi dalam kes aku ni, aku pun tak faham macam mana boleh terlepas di bintikan nama ‘ayah’ aku.

Hidup aku macam biasa. Bahagia sebab aku dibesarkan dengan nenek dan makcik pakcik yang sayang dan manjakan aku. Mak aku sibuk kerja 24jam so aku kurang rapat dengan dia masa kecil. Ada satu hari, masa umur aku 8 tahun, aku ingat lagi pagi tu mak aku menangis macam orang gila sampai ambik pisau nak bunuh diri. Nenek, atuk dan makcik aku tenangkan dia. Aku tak tahu kenapa dia jadi macamtu. Bila ditanya, baru aku tahu rupanya mak aku mengamuk sebab dia dapat tahu ‘ayah’ aku ni ada perempuan simpanan even masa tu family kitorang tak kaya mana pun.

Lepas dah tenang semua dan masa tu aku pun tak berapa faham apa yang jadi, semuanya kembali normal. Tapi, beberapa bulan lepas tu, aku tengok dengan mata aku sendiri. ‘Ayah’ aku pukul, tampar, pijak badan, tarik rambut mak aku dari tingkat atas sampai bawah. Alasan nya, mak aku tak bagi dia kahwin dengan betina murahan tu sebab masa tu, ‘ayah’ aku langsung tak bagi nafkah kat kitorang anak beranak. Dia banyak habiskan duit kat betina tu. And kejadian tu di rumah nenek aku.

Bila aku nampak, aku jerit. Aku merayu kat ‘ayah’ aku jangan buat mak aku macam tu. And suddenly, he comes to me and said, “Kau jangan masuk campur lah, anak binatang!” Sampai sekarang, aku terbayang2 cara dia jerkah aku dan cara dia dera mak aku. Aku terdiam dan nenek aku mula masuk campur. Tapi, dengan nenek aku sekali kena maki seranah dari dia. Mak aku dah lembik lepas dibelasah dengan suami dia tu. Benda tu jadi masa aku masa kecil and what do you think? Yes. Aku dendam dengan dia sampai sekarang.

Hidup aku mula berubah. Dari jadi seorang kanak-kanak yang periang, mudah mesra dengan semua orang. Aku jadi seorang pendendam dalam diam. Aku jadi manusia yang suka perhatikan apa yang orang lain buat dan aku suka kumpul segala bukti kesalahan orang2 yang aku tak suka. Pelik tapi tu kenyataan nya.

Lepas kejadian tu, dia nekad nak kahwin jugak dengan betina murahan tu sampai sanggup buat IC palsu dan diorang kahwin kat area Perlis. Tak silap aku lah. Hidupan aku, adik2 aku dan mak aku mula berubah. Dari kitorang hidup sederhana sampai kitorang rasa susah. Aku yang masa tu baru berumur 9 tahun, kena mula berdikari. Belajar memasak, kemas rumah walaupun tak sempurna. Aku paksa diri aku sebab aku taknak mak aku bertambah letih. ‘Ayah’ aku? Dia seronok gembira dengan betina tu kat rumah lain. Bila balik rumah, dia asyik mengamuk jahanamkan barang2 kat rumah dan pukul2 mak aku.

Mak aku sangat kuat. Dia kuat sebab anak2 dia masih perlukan dia walaupun suami dia dah dera dia separuh nyawa. Sampai lah aku dah masuk 13 tahun, baru ‘ayah’ aku berubah. Dia cuba nak dapatkan balik perhatian dari kitorang adik beradik. So far, dia dapat dari adik2 aku tu pun makan masa sampai aku 15 tahun. tapi dia tak dapat perhatian dari aku sebab aku masih tak maafkan kesalahan dia. Bila mak aku dan adik2 aku terima dia, dia buat hal lagi.

Bila dia tengok mak aku kerja dan tolong dia bayarkan bil air, bil api dan astro, dia lepas tangan. Dia tak kerja almost 3 years. Mak aku yang kena kerja separuh mati untuk bayar rumah sewa, bil2 semua, barang dapur dan duit belanja sekolah untuk aku dan adik2 aku. Dia bagi alasan, dia tak boleh kerja sebab mata dia kabur tapi tiap tiap malam minta duit kat mak aku sebab dia nak lepak dengan kawan2 dia. Bila tak dapat, dia akan ambik kad bank mak aku dan keluarkan duit ikut suka hati dia. Macam mana aku tahu? Yes sekali lagi dia buat depan mata aku.

Sampai lah aku dah masuk 17 tahun dan aku jadi heartless dengan dia. Aku belajar betul2 dan alhamdulillah keputusan SPM aku lulus dengan cemerlang. Aku bawak diri ke KL sebab aku tak sanggup dah tengok betapa hipokritnya dia. Aku dapat kerja yg aku suka dan alhamdulillah gaji aku dalam 1k ke atas. Duit yang aku dapat hasil usaha aku, aku hulur kat mak aku dan adik2 aku. Lelaki tu? Masih tak kerja dan harapkan duit mak aku.

One day, aku cakap dengan mak aku, pakwe aku nak masuk meminang dan nak kahwin dengan aku. Aku nampak mak aku gembira sangat sebab dia risaukan aku duduk berdua dengan kawan baik aku kat KL. Semuanya berjalan dengan lancar sampai satu hari masa aku kat office, mak aku tiba-tiba whatsApp aku dan dia minta maaf. Aku tanya kenapa dan mak aku bongkarkan rahsia. Rupanya aku anak tidak sah taraf. Aku terduduk, tak boleh fikir apa2 sampai aku tak sedar aku menangis teresak2 kat meja aku. Officemate semua risaukan aku sampai manager izinkan aku balik untuk tenangkan fikiran.

Aku ajak pakwe aku jumpa. Kitorang pergi makan kat satu mall. Masa ni aku berlakon macam takde apa yang jadi tapi dia dapat tangkap cara aku bercakap lain dari sebelum tu. Aku luahkan semua dan aku tanya dia. Dia sanggup ke nak kahwin dengan anak yang tak sah taraf macam aku ni? Sedangkan dia dari keturunan yang baik2 dan berada. Aku nampak muka dia berubah tapi alhamdulillah dia terima aku seadanya.

Alhamdulillah, aku dah jadi isteri orang. Aku ingat lepas aku kahwin, semua akan okay dan ‘ayah’ aku tu akan jadi suami bertanggungjawab lepas dia tak tunaikan nafkah dan tanggungjawab dia sebagai ayah dan suami selama 6 tahun. Tapi rupanya tak. Dia mula kawal hidup mak aku dan aku sedangkan selayaknya suami aku yang kawal hidup aku. Dia tak bagi mak aku kerja, tak bagi mak aku whatsapp dengan kawan2 dan macam2 lagi dia buat. Kat aku pulak, dia suruh aku buat loan then duit loan tu bagi kat dia. So dari duit tu, dia akan buat satu business untuk aku. Tapi, aku tak buat pun sebab aku tahu nanti duit tu ke arah lain.

Satu hari, masa aku kat rumah mak aku, aku tengah kemas rumah dan aku terjumpa resit dari kedai judi, resit hotel murah, dan beberapa kertas atas tulisan dia dekat almari ruang tamu. Aku tunjuk kat mak aku dan mak aku nangis. Patut lah selama ni duit tak cukup kat dia. Rupanya buat benda lain. Aku suruh mak aku buat tindakan sebab dia dibodohkan bertahun2 dengan suami dia tu.

Dua minggu lepas, mak aku terus terang dengan dia yang mak aku nak bercerai sebab dah taknak sama sama berdosa dengan apa suami dia dah buat. Mak aku dah lama tawar hati dengan dia cuma taknak buat tindakan je. Aku ingat lelaki tu akan insaf atau minta maaf, tapi dia ugut mak aku, nak buat kecoh kat sini. Patut lah semalam dia asah parang pastu pandang aku dan adik2 aku lain macam. Mak aku takut dia akan apa-apakan kitorang. So mak aku terpaksa cakap lembut2 dengan dia dan mak aku terpaksa tipu sampai kena cakap yang mak aku sayangkan dia lagi. Baru lelaki tu tenang dan simpan parang yang dia asah tu.

Sekarang ni, aku tak boleh terima bila aku dapat tahu dia ugut kat mak aku macam2. Aku penat, aku bosan dan aku dah muak dengan semua ni. Mak aku terseksa dengan dia. Suami aku nasihatkan lelaki tu tapi lelaki tu ugut macam2 pulak. Aku takut kalau aku yang tak boleh sabar dan aku buat sesuatu kat dia atas sebab dendam yang makin teruk ni. Apa aku kena buat supaya mak aku boleh buat tindakan dan mak aku bebas dari lelaki tak guna tu? Tolong lah bagi pendapat bernas.

Terima kasih sudi luangkan masa baca confess aku. Harap ada yang bagi pendapat yang membolehkan aku buat tindakan kat dia.

– Zara

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit