Assalamualaikum, saya Mimi mempunyai dua orang anak. Yang pertama hasil daripada bekas suami (anak perempuan berumur 4 tahun). Yang kedua hasil dari suami sekarang (anak lelaki berusia 4 bulan).
Suami saya sekarang sangat2 rajin berkerja mencari duit untuk keluarga, sedia kan tempat tinggal dengan baik, makan pakaian semua terjaga elok, dari nafkah semua ok,
Tetapi dia sangat tegas dengan anak perempuan saya. Katanya untuk mengajar menjadi seorang yang berguna bila dah besar nanti.
Cerita dia bermula begini saya duduk berdekatan dengan rumah mak saya, setiap minggu mesti mak saya whatsapp saya minta izin untuk berjumpa dengan anak2 saya.
Untuk lebih lanjut, mak saya duduk bersama makcik saya. Dulu sebelom saya berkahwin dengan suami saya yang sekarang ni, saya duduk bersama mak dan makcik saya jadi mereka dah terbiasa melihat dan menjaga anak perempuan saya.
Jadi bila saya da berkahwin mereka mula rindu kan anak perempuan saya kalau tak dapat jumpa dan tengok tak sah.
Makcik saya ni terlampau manja kan anak perempuan saya sangat sampai anak saya menjadi degil tak dengar kata dan nak dekat makcik saya saja. Sampai kan mak saya merupakan nenek kepada anak perempuan saya dia tak nak sangat.
Itu antara sebab-sebab suami saya tak bagi anak perempuan saya pergi ke rumah mak saya.
Nak dijadikan cerita suami saya langsung tak membenarkan anak saya pergi ke rumah mak saya. Cuma benarkan mak saya datang ke rumah saya sahaja untuk berjumpa dengan anak2 kalau rindu.
Setiap kali mak saya whatsapp saya cakap nak berjumpa dengan anak2, bawak ke rumah dia dan dia taknak ke rumah saya,
Saya jadi mati akal tak tahu nak cakap macam mana, saya tak nak sakit kan hati mak saya, kadang saya takut nak baca whatsapp saya tknak luka kan hati mak saya.
Saya tak nak buka aib suami, saya tak nak mak saya tahu suami saya tak membenarkan. Saya tak nak mak saya dan keluarga benci suami saya.
Sebenarnya mak saya ok saja cuma makcik saya suka cucuk2 mak saya supaya anak saya datang ke rumah sana, so mak saya ni jadi terikut2 cakap makcik saya. Saya tahu dia ada buruk2 kan saya dan suami dekt mak saya.
Kalau boleh saya tak nak ada apa2 masalah pun dengan mak saya. Setiap kali saya ajak suami berbincang mengenai hal ni mesti bergaduh, dia kata pergi lah anta anak ke sana tapi kalau perangai dia berubah dia tak nak ckap apa2.
Saya takut suami tak nak ambik tahu tentang anak saya lagi, saya tak nak suami saya tak sayang dekat anak saya lagi, suami saya sangat tegas dengan anak saya.
Saya buntu sangat2 sekarang, saya lahir kan anak perempuan saya, saya tak pernah merancang saya akan mengandung luar nikah, pernah jugak terpikir nak gugur kan tapi saya pilih untuk jaga dia sampai dia besar.
Dulu saya membuat kesilapan yang sangat besar sampai boleh mengandung dan terpaksa berkahwin dengan lelaki yang kaki pukul.
Ya saya mengaku itu kesilapan saya. Perkahwinan saya dahulu cuma bertahan setahun sahaja, sebab saya di torture mental dan fizikal sehingga saya mengalami d3ppression.
Sekarang saya asyik terpikir saya nak bagi mak saya jaga anak perempuan saya. Tapi saya tak nak lepas kan tanggungjawab saya sebagai seorang ibu.
Saya tak nak anak saya dah besar dia pertikaikan kenape saya lepas kan tanggungjawab.
Demi menjaga hati kedua belah pihak, hati saya sakit dn stress. Kesian dekat anak perempuan saya.
Saya tak minta semua ni berlaku, Allah memberi saya rezeki seorang anak perempuan yang cantik dan bijak. Saya tak sanggup nak lepas kan anak saya. Bekas suami dah tak ambik tahu tentang anak.
Ya saya tahu saya kena mendengar cakap suami, tetapi hati seorang ibu macam mana?
– Mimi (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit