Assalammualaikum dan selamat sejahtera.
Nukilan ini mungkin ringkas tidak sepanjang yang lain. Tapi lebih meluah apa yang terbuku di hati.
Aku dah bertunang lama. Dugaan tunang berat sangat.
Ada tempoh dari bahagian aku yang macam ragu-ragu pasal pernikahan dan tanggungjawab yang dia boleh beri, dan ada masa dia juga sebaliknya.
Tapi jauh dalam sudut hati, hati aku masih teringat dan nak dia walaupun jauh mana aku pergi.
Aku penat. Aku dah bekerja. Tapi disebabkan untuk buktikan tunang yang aku betul-betul serius, aku sanggup berhenti kerja yang gaji sedap dan dekat sangat dari rumah termasuklah rakan-rakan kerja yang ok.
Hati aku berkecamuk sangat bila sampai usaha aku dah tahap ini,
Bila ada kesalahan apa-apa tak kisah sekecil mana aku perlu mendengar ceramah yang panjang, ungkitan yang kadang hal remeh, rajuk berpanjangan termasuklah kata-kata minta putus yang tak pernah berhenti.
Aku dah dalam fasa aku tawar hati nak kerja, cuma fikir nak kahwin tapi dalam masa yang sama aku nak bunuh diri. Bunuh diri sebab aku sedih bila kena tuduh ada lelaki lain sebab cemburu dia.
Cemburu dia yang dari seawal baru berapa hari ‘couple’ dah mula keterlaluan, tapi waktu itu aku tak nampak sebab sayang dan layankan sahaja. Kalau aku tahu, aku dah tegur dan bertegas dari awal.
Setiap kali gaduh, makian, hinaan tak pernah terlepas. Bila aku cuba betulkan tuduhan atau kata-kata yang salah dari dia, aku dituduh menjawab.
Tapi aku manusia biasa, ada masa aku ‘meletus’, tapi disebabkan terlampau tertekan dan tak tahan aku cuma matikan data internet dan berdiam diri. Aku dianggap ‘melarikan diri’.
Kalaulah dia tahu kata-kata dia pedih sangat dan beri kesan pada aku sampai tahap nak bunuh diri,
Mungkin dia akan faham kenapa aku cuba ambil pendekatan diamkan diri dan hadir balik macam tiada apa berlaku sebab tak nak keruhkan keadaan.
Cuba untuk jelaskan apa yang dirasa kepada dia termasuklah minta tolong ahli keluarga dia, tapi keadaan bertambah teruk.
Apa aku minta cuma kekuatan doa untuk diri aku, dan minta sangat-sangat doa dilembutkan hati kepadanya.
Mungkin kedengaran agak tak masuk akal sebab masih nak ‘stay’ tapi aku sentiasa bersangka baik hanya Allah pemilik hati dan segalanya tidak mustahil.
Kalau nukilan ini sampai kepadanya, semoga Allah permudahkan urusan pernikahan kita dan diselamatkan dari dugaan yang berat dalam pertunangan.
Saya dah tak kuat untuk melangkah atas dunia lagi.
– Bunga Hati (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Doa aje tak cukup cik.
Ko nak bunuh diri sebab gangguan mental dari seorg lelaki psiko?berbaloi ke mati sebab dia…kelak nanti ko diazab utk bunuh diri beribu thn dlm neraka .Ko masih ada ugama..ada mak ayah..ko nk mati sebab dia???Apa ko dpt
Tuhan dah bg red flag dari awal psl keburukan dia tp ko tetap ikut perasaan nak teruskan konon syg.
Ko tak syg diri ko sebab tu ko biar je jd mangsa penderaan mental lelaki tu
Belajarlah utk self love.Ko sebenarnya 1000 kali lbh bahagia kalau tnpa dia.
Pi terapi jmpa kaunseling.mental ko dh rosak teruk angkara jantan sialan
Love yourself first.. klaw sbelom kawenlg dah buat prangai mcm ni, bayangkn lah kalu awk dah kawen dgn dia nt.. jgn cari ‘bala’.. tempoh bertunang itu adalah utk mngenal diri pasangan.. ha, sekarang dah nmpak ‘true color’ dia, n yet u still nk teruskn.. mngkin bole bayangkn apa yg akn jd kat awk dlm 5, or 10 or even 20 thn akn dtg.. klaw dah sanggup nk tanggung ‘risiko’nya, teruskan lah dgn nilai ‘kasih-sayang’ awk tu, n don’t blame anybody, if u suffers soon. Wallahu a’lam.
Perbaiki hubungan awak dengan Allah. Baiki solat, baca AL quran, zikir, selawat, banyakkan istighfar, tambah ilmu agama.
Buat solat taubat dan sunat istikharah sebelum tidur. Minta Allah tunjukkan jalan keluar terbaik.
Tiap malam bangun buat sunat tahajjud.
Rakaat pertama baca AL Fatihah dan al Kafirun
Rakaat kedua baca Al-Fatihah dan al ikhlas
Dalam sujud terakhir baca doa nabi Yunus 40kali dan doa dalam hati.. lepas solat teruskan baca zikir doa nabi Yunus ulang2 sampai subuh.
Allah ada.
Hanya Allah yang boleh bantu kita.
Minta pada Allah tunjukkan jalan keluar terbaik.
Pada saya jika sebelum bernikah pun dia dah buat kita stress, sedih. Kahwin nanti pun sama. Awak akan lebih stress. Sedih. Kahwin nanti awak akan lebih sengsara. Sikap suka cemburu keterlaluan, cacian, hinaan dah menunjukkan sesuatu yang tidak baik. Dan semua itu akan berterusan walaupun dah kahwin dan lebih teruk . Mungkin dia akan naik kaki tangan pada awak. Sebab kalau dia nak berubah. Sebelum kahwin dia berusaha berubah.
Pada saya Allah dah tunjuk pada awak dia ada akhlak yang tidak baik. Pilihlah seseorang yang ada agama dan akhlak yang baik.
Cinta pada manusia hanya pinjaman sementara.
Sampai waktu manusia akan pergi.
Cinta pada ALLAH kekal selamanya.
Jangan cinta manusia lebih dari cinta Pada ALLAH.
Semoga dipermudahkan urusan sahabat.
jgn binasakan diri kamu hanya kerana lelaki yng belum tentu menjadi suami kamu, klu dah nampak banyak redflag, sgt baik untuk kamu undurkan diri, sebelum ‘malapetaka’ yg jauh lebih besar selepas kamu menjadi isteri dia, saya setuju, sayangilah diri kamu dahulu, tunang kamu ni ada ciri2 narsistik, jadi tlong fikirkan masa depan kamu, jgn takut untuk membuat keputusan kerana diri kamu punya hak, harga diri dan maruah.
let him go, for your own peace
Bukan niat nak menghasut tapi saya ada lalui fasa yang sama cuma saya belum sampai ke next step dengan dia. Tapi perasaan sayang tu dah mendalam. Percaya la, itu tanda tanda untuk kita sebaiknya jauhkan diri dari orang macam tu. Lama lama akan makan hati dengan orang macam ni and honestly boleh kacau mental. Makan masa jugak saya nak pulih and still dalam recovery phase sebab kecewa dengan dia. Dia sangat kuat cemburu, control hidup saya even dengan cousins pun tak boleh bergaul, bila marah guna bahasa yang kasar sedangkan saya cuba control tone and bahasa saya and banyak lagi red flags. Orang macam ni kena dia sendiri yang ada initiative untuk berubah. Kalau kita paksa dia berubah, dia akan put the blame on us balik. Dia takkan dengar pendapat kita sebab pada dia, apa dia buat tu semua betul. Dari kacau mental baik lari je dari dia. Seumur hidup tu bukan waktu yang singkat