Dengki

Assalamualaikum pembaca IIUM Confession. Terima kasih kepada admin sebab sudi siarkan cerita aku ni. Nama aku S. Bukan pelajar UIA, dan sedang melanjutkan pengajian dalam bidang professional di salah sebuah universiti penyelidikan di Malaysia ni. Bismillah, tujuan aku untuk confess dalam IIUM confession ni bukanlah untuk mengaibkan sesiapa. Tapi sekadar untuk meminta pendapat dan nasihat daripada masyarakat umum tentang masalah yang aku hadapi sekarang ni, sebab aku dah buntu takda sapa sapa yang aku percaya untuk dengar masalah aku ni.

Benda ni adalah masalah dalaman yang aku hadapi sejak sekolah menengah. Ikhtiar terakhir aku selepas bermacam macam usaha yang aku buat adalah doa ibu. Tapi, masalahnya sekarang adalah, aku tak dapat nak terangkan dengan mak aku tentang masalah aku ni sebab benda ni ada kaitan dengan keluarga belah mak aku.

Benda ni bermula semata-mata sebab ayah tak boleh nak tanggung aku belajar. Dia abaikan aku, tak bayar duit sewa bas pergi sekolah sampai mak terpaksa minta tolong dengan mak dia- nenek aku, hutang duit bas, etc. Dan perkara ni berlanjutan sampailah satu saat nenek dapat idea supaya anak dia yang lain tolong tumpangkan aku duduk rumah dorang, hantar ambil aku pergi sekolah. Pada masa yang sama aku tolong sikit sikit buat kerja rumah. Tapi, lama kelamaan, aku tak rasa pun sebenarnya yang dorang ni nak tolong aku sebab aku rasa sepanjang aku duduk rumah tu, aku dah jadi macam maid. Sebab apa? Kawan sekelas aku tegur, muka makin cangkung, badan makin kecil, etc. sampai satu saat ada kawan yang suggest supaya aku laporkan masalah ni dengan cikgu. Tapi aku tolak sebab aku nak jaga maruah keluarga. Lagipun aku fikir, dorang dah tolong aku macam macam. Sekolahkan aku. Bagi aku makan. Bagi tempat perlindungan, etc..

Aku sayang semua ahli keluarga aku. Tapi kemuncak kepada masalah aku ni bila adik mak aku declare yang aku ni cucu emas nenek. Dan dia mula tunjuk belang bila aku dah tamat STPM dan dapat tawaran temuduga untuk masuk dalam program ijazah sarjana muda yang berprestij di Malaysia ni. Walhal, masa tu aku tak rasa pun dapat temuduga tu bagus sangat. Tapi sebab happy sangat, bapak dah belikan tiket bas untuk pergi interview tu. Kakak sepupu aku pun happy gila gila dan dah ready untuk uruskan aku pergi temuduga tu. Masa tu dia tak kerja lagi. Tapi bergelar mahasiswi di salah sebuah universiti awam. Takda apa apa. Sara hidup pakai duit scholarship. Tapi dia yang bukan main excited sambut aku pergi stesen bas dan bawak aku round round uni dia. Dalam banyak banyak orang yang tegah aku tak tengok pun wajah aku yang minta simpati semangat dan dorongan untuk pergi temuduga tu, kakak sepupu aku tu jugak lah yang paling bersemangat untuk dorong aku teruskan perjuangan aku untuk masuk uni. Sepanjang sembilan jam dalam bas, perjalanan untuk pergi ibu negeri di mana uni yang konon konon aku nak masuk tu conduct interview, aku menangis tak henti henti sebab apa yang aku expect daripada makcik dan pakcik (anak anak nenek yang hmmm) aku tu dorongan dan bukanlah saiko semata mata. Paling sedih, makcik yang selama ini aku puja, aku sayang, sikit pun tak tengok wajah aku lepas dapat tahu aku nak pergi interview tu daripada nenek yang bukan main seronok dengar berita tu. BTW, makcik ni adalah orang yang sama dengan orang yang aku tumpang rumah dia tu.

Sekarang aku cuti semester. Aku tak tahu nak buat apa. Lepas apa yang dah jadi. Tiap kali aku balik. Aku cuba sembunyikan perasaan yang macam macam dalam diri aku, kecewa, sedih dan benci pada dorang. Sebab aku sayang dorang. Aku expect kata maaf yang takkan pernah kunjung tiba. BTW, macam macam benda aku dah hadapi dalam rumah tu. Fitnah daripada adik sepupu aku. Etc. Tapi aku malas nak panjang-panjangkan confession ni. Balik kampus nanti aku nak belajar dengan tenang dan lupakan semua bebanan perasaan yang dah lebih setahun aku hadapi ni. Eh, dah masuk lima tahun kot sejak aku duduk rumah tu. HAHA tu ja nak cakap. Terima kasih sudi luangkan masa baca confession ni. Doakan aku eh. Assalamualaikum.

– S.

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit