Dentist Oh Dentist

Aku cuma ingin kongsikan cerita…

Aku seorang yang takut dentist, mengapa?

Pada mulanya aku tak takut pun, tetapi satu kejadian menukar pandangan aku kepada ‘dentist’.

Sekitar umur aku 9 tahun, aku dibawa oleh mama ke klinik gigi, untuk tampal gigi yang rosak, akan tetapi hari tu, nasib tak berapa baik, aku dapat seorang Dr, yang garang.

Biasalah budak budak merengek sikit, aku kena marah, dan masa kena marah tu, entah macam mana aku nampak darah dalam mulut aku. Aku terkedu.

Selepas kejadian tu, aku mula phobia dentist, tapi aku kena uji lagi sekali, tahun 2016 aku sakit gigi geraham, aku tahan, aku lebih rela makan panadol. Sakit pun hilang.

2018, aku pratical, aku sakit dimana panadol pun tak berkesan. Aku ke klinik kesihatan, tapi memandangkan aku OKU  di rujuk aku ke hospital besar.

Aku ke hospital besar, aku pesakit pertama, aku masuk bilik rawatan 2 pukul 8 pagi.

Aku disambut dengan seorang Dr perempuan,dia tanya aku ‘takut ke?’, dan aku cakap ye saya takut.

Dia mulakan rawatan, lembut je, tapi setelah sejam gigi aku degil tak keluar, beberapa orang Dr mula datang dekat aku, ada yang pegang kepala, ada yang bersembang, ada yang uruskan gigi aku, sumpah selesa walaupun masa tu aku kena bedah sikit buang tunggul degil.

Semasa proses tu, aku juga dibenarkan pejam mata, dan pasang lagu. Masuk pukul 8 pagi pukul 12 baru siap.

Sejak dari tu aku hilang rasa takut dengan Dr gigi. Lepastu aku memang recommend diorang untuk kawan kawan aku yang juga takut dentist.

Kadang kadang aku beranikan diri juga ke tempat lain, boleh lah not bad.

Tapi ku sangka panas hingga ke petang rupanya hujan di tengahari.

Hari ini, aku, papa, dan sepupu (adik) (angah) (kakak)

Bercadang untuk ke hospital besar, memandangkan semua jenis ‘takut dentist’

Kakak dan angah berfungsi sebagai peneman.

Aku masuk bahagian klinik pergigian semua Dr baru, tak ada dah Dr hari tu, semua Dr baru.

Aku dipangil ke bilik rawatan 1,aku dibius, dan diminta tunggu diluar, agak lama sampai hilang kesan ubat.

Apabila masuk  bilik rawatan aku maklumkan,

‘Kesan ubat bius saya sudah habis’

‘Dia suntik aku dos ke dua’

Lepastu dia tarik gigi, aku angkat tangan, dan bagitau, ‘saya rasa sakit’.

Lepastu Dr tu cakap, itu bukan sakit, itu rasa tekanan. Aku redo, aku pejam mata.. Sekali lagi aku diarah buka mata, kaki aku tidak lagi mampu lurus.

Mungkin kerana ‘feed up’ Dr tersebut tukar dengan Dr lain.

Sekali lagi, dalam nada merayu.

‘Tolonglah Dr, saya rasa sakit, saya rasa semua tu’

Aku dapat suntikan ketiga, tapi hanya pipi aku yang kebas.

‘Sakit dr, sakit’

Sumpah sakit masa di tarik….

Dia tak percaya, dia terus berusaha untuk tarik. Aku dah sebak, nak menagis, tapi aku jenis sakit macam mana pun, aku exciden ke, jatuh tangga ke aku tak akan menagis depan orang. Itu semua  memalukan bagi aku.Tapi hari ini ego aku kalah.. Kalah teruk.

1,2,3

Aku meraung sekuat hati, satu klinik dengar, bukan bilik tapi klinik, nobody tenangkan aku. Cuma yang ada nurse pegang tangan aku tarik tepis tangan Dr.

Dr ‘give up’ dia panggil papa masuk, Allahu umur 22 dengan muka tak malu, aku peluk papa sesungguh hati..

Yang si papa nie cakap,

‘Cepat sikit habis nagis, kesian ramai orang tunggu’

Ceh.

Dr cakap tangan aku sejuk, tandanya aku takut, tapi badan aku berpeluh walaupun dalam tempat sejuk. Aku peluk papa tak lepas.

Dan Dr kata, mungkin saraf ada masalah tu yang ubat bius tak jalan, dia bagi ubat dan nanti cabut balik.

Selepas 2 minit, papa pimpin aku keluar, duduk atas wheelchairs, tu pun hampir jatuh, aku rasa kaki aku hilang.

Aku tengok adik, eh adik pun menagis, dia dapat ubat bius lebih dari 4,tapi dikuatkan semagat sebab esok dia dah pergi asrama.

Rupanya dia keluar bilik rawatan cakap.

‘Angaaaaaah sakit’ lepas tu sambung menagis. Eh okeylah dia menagis tak ada suara.

Balik rumah, papa arahkan semua tidur,sebab masing masing sebak masa dalam kereta. Aku cuba tidur tapi, aku pejam mata je rasa ada orang pegang gusi,sumpah terbayang bayang.

Papa demi bahagiakan anak anak pergi beli ayam 2 ekor, mama masak bubur..

Balik rumah nak buka mulut pun takut, sudahlah sakit separuh muka, telinga dan lidah.. Balik tu pening tambah nak muntah pula.

Akhirnya,  aku tidur, tu pun sebab mama mengaji dekat sebelah, sumpah pejam mata je terbayang ada someting dalam mulut.

Malam pula muka aku bengkak, jangankan gosok gigi, kumur pun aku dah seram, tapi aku gagahkan juga kumur, tengok berus gigi pun aku sebak.. Terbayang rasa sakit..

Mama kata nak report… Tapi aku larang, aku kata biarlah mungkin baru belajar, semua orang buat salah, mungkin lepas nie dia lagi pandai..

Aku harap aku tak fobia dentist lagi, tapi sejak semalam sampai hari nie, kalau papa sebut je

‘Nanti dah surut bengkak, kita cari klinik lain okey’

1,2,3 aku sambung melalak balik,

Kepada pesakit cilik yang ada masa tu,

Hakak minta maaf dik, bukan niat nak menakutkan tapi masa menagis tu dah hilang kewarasan…

PERCAYALAH TAK SEMUA DENTIST MENAKUTKAN, ADA SAHAJA YANG OKEY.

– Bayang (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *