Thanks iium confession sebab approved post nie.
Lately ramai orang cerita pasal suicide. Pasal artis kpop yang bunuh diri. Pasal depression. Pasal pos-pos agama tentang depression/mental illness. Well aku dah baca hampir kesemua yang lintas di timeline aku, macam tu jugak dengan komen-komen. Apa yang menarik perhatian aku, ada si fulan ni komen “Bebudak depress ni tak boleh disentuh bab agama, sensitif katanya.” , dengan emotikon ketawa. Aku baca komen dia aku termenung panjang. Then aku menangis, entahlah, aku rasa nak menangis. Aku rasa serabut sangat baca komen dia. Aku rasa bercampur-baur. Even sekarang aku mention benda ni semula pun tangan aku sejuk, mata aku bergenang, tapi aku tetap nak tulis confession ni. Aku terganggu, dan aku perlu luahkan apa yg aku rasa.
First thing yang terlintas dalam kepala aku bila aku baca komen yg seakan macam tu, dengan emotikon ketawa pada setiap post depresi, komen-komen yang sempurna, aku rasa selama apa yg aku rasa ni betul. Dunia ni bukan tempat untuk orang macam aku. Masyarakat persenda, ya, setiap pos depresi yang aku nampak hanya persenda manusia terhadap orang macam aku. Label us everything, kurang iman, jauh dari tuhan, termakan hasutan syaitan, hidup tak tenang sebab tak solat, nabi tak mengaku umat (if selfharm atau suicide),ahli neraka tak bau syurga, acah teruk, attention seeker, macam-macam… Funny ke mental illness ni? Part mana yang kelakar ya? Orang yang cederakan diri sendiri tu nampak kelakar ke?? Orang yang perlukan support tu nampak kelakar ke? Atau orang yang bersedih kerana orang lain bunuh diri tu nampak kelakar? Orang yang ada niat untuk bunuh diri tu pun kelakar ke? Aku cuba cari part mana yang boleh buat aku ketawa macam korang… Sebab setiap kali aku rasa suicide thought aku tak pernah nak senyum apatah lagi ketawa. Realiti nya, aku rasa terseksa.
Some of us trying to help you understand what is depression look like, tapi yang aku nampak hanya ignorant. Sombongnya pertegakkan apa yang dia tulis. Sombong kerana kitorang ni pilih jalan bodoh katanya. Sikit-sikit nak bunuh diri, generasi lembik, kena ujian sikit dah rebah, dah nak selfharm. Sebab ni lah aku dah berhenti spread awareness. People wouldn’t listen, cakap lah apa pun, diorang tak akan faham, tak cuba untuk faham, dan tak beri peluang pada diri untuk faham. Jadi cukuplah kalau aku katakan kat sini, no one care, just suicide the only way. Sama macam kes kpop artis tu. No one care, No one, termasuk doc psikiatri dia sendiri.. ‘Siapa cakap, kau ada Allah. dia tu biarlah, dia kafir’. Depending on Allah 100% itu perlu, tapi jangan terlalu bodoh, setiap pertolongan Allah itu jugak melalui manusia, ciptaan-ciptaan Dia. Apa fungsi korang selain persenda kan orang? Ya, tolong orang lain. Hidup ni bukan kau sorang, bukan kau sorang. Kalau kau bahagia, kau normal, kau waras, kau berilmu, kau banyak pahala, then tolongla manusia jahil yang ada penyakit gila macam kami ni. Why persendakan? Aku tertanya kenapa orang suka buat kelakar benda yang langsung tak kelakar. Sebab korang sihat ke?
Aku dah ada depresi dari sekolah rendah. Aku selfharm dari aku darjah 3. Cubaan bunuh diri dari aku tingkatan 1. Aku hidup dalam keadaan yang orang takkan sangka aku ada depresi. Walau aku stay dengan mak ayah aku, tapi diorang tak pernah tahu apa-apa sehinggalah aku dah besar ni pun tetap diorang tak tahu. Aku tak pernah buka cerita dekat sesiapa pun sebab setiap kali aku cuba, hanya dengan berkias pun orang tak boleh terima. Orang tak faham bila aku cakap, aku rasa kosong. Hidup ni tak ubah macam satu perjalanan yang panjang, sebab aku nak suicide aku takut Allah tak sayang aku, jadi cukup aku tunggu Dia yang matikan aku. Setiap hari aku hanya ikut flow. Aku tak mengharapkan apa-apa, apa yang ada aku guna, apa yang ada aku pakai, apa yang ada aku makan, orang tinggalkan aku, aku terima, orang buang aku, aku tak kisah, sebab hidup ni cuma hidup. Aku tak rasa seronok dalam apa benda yang aku buat, orang buat, atau apa-apa pun. Jiwa aku tak ada rasa. Orang cakap aku cuma buat-buat, cuba jadi heartless, berkali aku cakap yang aku memang rasa. Orang hanya balas dengan ketawa. Kadang aku terfikir, hidup diorang terlalu bahagia sampaikan aku cuba cerita sesuatu yang buat aku sesak pun mereka ketawa.
Aku klinikal diagnose, bukan acah-acah depresi. Aku faham apa yang orang rasa bila dia dalam kesakitan yang tiada orang peduli. Kadang aku cemburu dengan orang yang ada sakit fizikal. Orang ambil tahu, orang sayang, bila mati orang sedih. Orang doakan setiap hari. Tak ada sesaat pun moral support yang kurang. Bila dah mati, orang puji. Orang cerita kebaikan-kebaikan. Orang sanjung. Aku terfikir diri aku. Orang nampak aku masuk klinik psikiatri pun orang heboh cakap aku gila. Orang jauhkan diri. Orang takut dengan aku, kononnya orang macam aku tak boleh fikir waras. Orang judge. Bila di ruang ambil wudhu, orang nampak parut selfharm, orang perli. Seakan aku solat Tuhan pun dah tak terima. Jadi aku berhenti. Aku tak pergi lagi ke klinik. Aku sorok ubat. Aku berhenti berkawan sebab aku takut orang takut dengan aku. kalau mati agaknya, berbakul orang keji. Jadi betul, Aku cuma ada Tuhan. Betul apa yang society kata, orang macam kami memang hanya ada Tuhan. Jika ada orang bunuh diri, ingat satu benda, bukan salah dia lagi bila dia cuba cari jalan keluar, tapi orang tolak dia masuk ke dunia dia semula dengan cara yang lagi teruk. Berkali dia relapse, orang tetap ketawa dan ignore.
“Allah tak akan uji hambaNya lebih dari kemampuan hambaNya.”.
Aku pegang, aku simpan ayat ni. Cuma aku masih belum sembuh walau dah 15 tahun aku hidup dalam keadaan macam ni. Orang tak akan persoalkan apa-apa selagi kau senyum, ketawa dan hidup macam orang lain walau hari-hari kau, kau hanya harapkan mati dari hidup.
– JH
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit