Depresi: Aku Mungkin Akan Jadi Pembunuh

Kalau confession ini disiarkan, semoga penulisan aku menjadi manfaat kepada yang membaca.

Aku Puan Tuna. Umur aku tahun depan dah nak masuk 50. Kerjaya aku nampak hebat di mata orang. Berjawatan besar dan handle ratusan pekerja.

Peers and colleagues pandang tinggi. Ramai yang jeles sebab aku sama level dengan bos. Diorang ingat gaji aku 5 angka.

Hakikatnya, nak beli perodua Myvi pun aku masih berkira tak cukup duit walaupun dah hampir 10 tahun kerja kat sini. Gaji aku kekal ciput sama je dengan Junior Eksekutif.

Sejak akhir-akhir ini aku diserang peer pressure yang teramat perit. Tak pernah aku rasa perasaan sebegini.

Aku asyik bandingkan gaji dan status aku dengan beberapa orang Manager yang sama level dengan aku.

Mereka baru je join syarikat dan gaji diterima 3 kali ganda lebih tinggi daripada gaji aku. Manakala gaji Assistant Manager pula jauh lebih tinggi daripada gaji aku sebagai Managernya.

Aku jadi sedih bila tengok salah seorang tu baru je kerja tak sampai setahun, dah boleh keluarkan sebiji kereta baru dengan harga lebih RM230k. Kau boleh agak kan gaji dia berapa?

Baru-baru ni, aku hampir bunuh kucing yang aku bela. Aku lilit leher dia dan cekik dengan tali handbag.

Aku sedar apa aku buat. Tapi aku geram giler dengan dia sebab dok mengiau-ngiau 24 jam tak kira siang atau malam.

Korang pernah tengok cerita Ahmad Albab yang menangis tak henti kan? Ha! Camtu lah bising dia.

Aku tak pernah sangka boleh buat camtu kat makhluk hidup. Aku berjiwa lembut. Nak pegang kucing pun takut. Nak gaduh pun tak berani.

Aku bersikap pemaaf dan akan hindari situasi bertegang lidah atau pergaduhan sebab tak nak siapa pun tercedera fizikal dan emosi.

Sebenarnya, depresi aku bermula sebaik saja aku join syarikat ni. Bos aku ni perfectionist. Setakat kena maki hamun, dipanggil bodoh, digelar babi, dapat warning letter berkeping-keping, verbal warning usah disebut la.

Inilah achievement reward yang menjadi kebanggaan aku setiap tahun. Orang lain naik stage dapat duit dapat selempang dapat pingat dapat trip ke luar negara. Aku? Itulah dia.

Akibat deraan mental sebegini, aku jadi low self-esteem. Aku start jadi bisu. Otak aku freeze tak boleh berfungsi. Aku stammered apabila bercakap. Aku malu dengan keadaan aku.

Dulu aku dihormati ramai orang dek kebijaksanaanku. Aku dikenali seluruh Malaysia dan Asia. Kisah kejayaan aku selalu masuk akhbar, majalah dan tv. Tapi kini, aku hilang semua tu.

Semasa PKP, aku hampir bunuh diri. Aku juga berperangai pelik suka marah2 dan lakukan mental torture kepada staf aku. Sebab tu staf start memandang serong dan takut dengan aku.

Ada staf yang personally jumpa aku, bagitau, dia takut setiap kali dengar suara aku atau nampak kereta kancil aku kat parking. Menggigil dia kata.

Dari situ aku tersedar yang there’s something wrong about myself. It’s not good. Aku kena keluar dari tempat ini dan kembalikan diri aku yang sebenar.

Aku buat keputusan untuk resign tapi sebelum tu aku ambil pelbagai kursus untuk kembalikan diri aku. Aku ambil kursus NLP dan kursus communication untuk bantu aku perbaiki masalah teknikal dan emotional aku.

Aku start jaga kesihatan dari segi jaga pemakanan dan mula berjoging seminggu sekali. Tu pun terpaksa curi-curi masa. Sebab aku ni perlu kerja 24/7.

Sabtu Ahad adalah hari kerja untuk prepare report and presentation. Isnin hingga Jumaat pun kerja. AL dan MC pun kerja. Mati nanti je mungkin bos terpaksa la korek kubur aku dan bagi task.

Aku sebenarnya makin jauh dengan family. Ya la kan. Weekend kena jadi family bos. Weekday pun handle bos. Company trip, dinner atau family day tak pernah lagi dibenarkan bawa family.

Yang boleh hadir hanya staf dan bos seisi keluarga yang terdiri daripada datuk, nenek, anak, menantu, cucu, cicit semua akan hadir ditaja sepenuhnya transport, accommodation dan meal. Domestic dan local. Manakala kami, hanya dibenarkan datang single.

Kata bos, company ni bukan milik dia. Milik kami semua. Tapi… hurmmm. Tengok pakaian, transport, barang kemas, hadiah birthday yang ada kat tubuh badan diorang pun kita boleh nampak company bayar semuanya atas nama Management expenses.

Aku pemegang maklumatnya. Sebab tu tau. Budak2 Finance ada macam2 cara nak adjust bagi jadi.

Apabila aku dah start buat perbandingan keadaan aku dengan staf lain serta keluarga bos, aku makin depres. Aku dah hantar resignation letter. Tapi bos pujuk sampai nangis2 katanya tak boleh hidup kalau aku pergi.

Aku sorang je boleh buat kerja dan dia perlukan aku sangat. Bos janjikan nak bagi aku macam-macam untuk balas jasa aku.

Aku ni pulak jenis lembut hati. Hati aku ni apa hal la lemah sangat. Suka sangat tolong orang walaupun orang tu hancurkan hidup aku. Susah betul jadi pemaaf ni.

So, perancangan seterusnya, aku nak kumpul duit sikit. Nak buat bisnes jual nasi lemak di depan rumah. Then, aku nak resign sekali lagi.

Cuma, buat masa ni, aku terpaksa minta husband aku hantar kucing tu somewhere sebelum aku betul-betul terbunuh dia secara sedar atau tak.

Kat minda aku ni dah set nak letak racun dalam kibbles dia. Selain itu ada juga niat beberapa kali nak langgar bagi dia mati, tapi dia cepat perasan. Jadi, aku kena pastikan perkara yang trigger aku tu berada jauh supaya aku boleh bertenang sedikit.

Aku terpaksa luahkan kat sini supaya aku boleh move on. Aku tak boleh luahkan secara face to face sebab aku malu kelemahan aku diketahui orang. I am a proud person.

Di luar, aku sentiasa tersenyum. Cuma bila aku terlalu dibebani tugasan, aku akan start shouting dan marah2. I don’t like myself to be seen that way.

Korang, doakan aku kembali sihat. I need positive support from my circle.

Aku usaha solat tahajjud setiap 4 pagi juga solat taubat. Sebab aku nak belajar kawal diri aku.

Cuma, apabila aku being triggered, aku takut aku terbuat benda yang aku sendiri akan menyesal.

Semoga aku sentiasa dalam lindungan Allah.

– Tuna (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *