Depresi Bukan Gila, dan Aku Hampir Bun*h Diri

Nama aku Ixora dan aku ada depresi ringan yang berniat nak mati setiap hari.

Orang kata kalau nak tau stress atau depresi kena cek dengan doktor. Tapi aku tak cek pun. Diri aku sendiri dapat rasakan aku stress, depresi dan ada anxiety.

Beruntungnya aku dikelilingi kawan-kawan, adik beradik dan saudara mara di kalangan doktor perubatan, jururawat, nutritionist dan dietitian.

Jadi aku sangat terdedah dengan banyak bidang ilmu kesihatan dan rawatan samada moden mahupun alternatif.

Kenapa aku tak cek dan dapatkan pengesahan doktor secara rasmi?

Sebabnya, aku jenis takut nak hadapi kenyataan. Dan kalau aku tahu aku sakit, aku akan betul-betul sakit dan tak boleh teruskan kehidupan.

Aku cari jawapan kepada masalah yang aku hadapi melalui pelbagai bahan bacaan serta soal jawab bersama mereka di kalangan pasukan kesihatan dan perubatan.

Hakikatnya aku memang ada penyakit lain yang aku tak buat rawatan pun. Aku in denial.

Umur masih panjang walaupun doktor di HSD pernah sebut kalau aku tak buat operation in 2015, nyawa aku bagai di hujung tanduk.

Depresi bukan gila tapi aku ada sejarah keluarga di mana mak aku dulu ada masalah emosi. Ini disebabkan mak aku ada masalah dengan abah aku.

Mak aku selalu sakit dan abah aku stress sebab terpaksa hantar mak aku ke hospital atau klinik hampir setiap hari. Cuma tak warded di hospital saja.

Dulu aku tak faham kenapa mak aku macam tu. Tapi sejak abah aku meninggal, aku faham puncanya.

Aku pula ada sejarah physical dan mental torture sejak kecil kerana didera oleh mak aku secara fizikal dan mental.

Aku pernah jadi bisu dan ada penyakit dalam perut sebab kena dera. Tinggal tak m4ti saja.

Aku benci mak aku sejak kecil sampai umur aku 40an. Tahun 2013 barulah aku berdamai dengan mak aku, belajar memaafkan dan terima dia.

Sikap aku juga tak baik. Aku mewarisi sebahagian sikap mak aku yang mulut jahat dan buruk sangka dengan orang.

Aku cuba ubah perlahan-lahan sebab aku bertuah di kelilingi kawan-kawan yang bantu aku ke arah perubahan emosi dan spiritual.

Ujian kerjaya aku juga berat. Walaupun aku budak pandai, ada diploma dan degree. Belajar free sebab dapat biasiswa dari zaman sekolah rendah sampai umur 40an aku terima daripada syarikat swasta dan kerajaan negeri.

Tapi, aku SUSAH dapat kerja. Aku menganggur lepas grad dan terpaksa lompat kerja dan karier aku tak ke mana.

Aku pernah buat bisnes. 15 tahun lepas, aku terkenal di seluruh Malaysia dan luar negara kerana kejayaan aku dalam bisnes.

Muka aku masuk tv, surat khabar dan majalah setiap bulan. Semua free dan aku sering dijemput beri ceramah di syarikat swasta dan jabatan kerajaan.

Bayangkan company luar negara direct contact aku untuk offer buat kerjasama bisnes. Tapi sekarang aku dah tutup syarikat sebab tak pandai kembangkan bisnes.

Sekarang aku bekerja. Kat tempat kerja ni, aku hadapi depresi yang hampir buat aku gila dan seringkali nak mati. Tak sanggup nak teruskan kehidupan. Bila sedar aku ada perasaan yang teruk tu, aku mula cari jalan keluar.

Walaupun aku ada ilmu agama yang kuat, ia tak cukup untuk bantu aku atasi masalah mental ini. Jadi, aku ikuti pelbagai kursus kejiwaan untuk rawat diri sendiri.

Apa yang buat aku trigger di tempat kerja ni?

Bos aku selalu marah, maki hamun, sebut ayat negatif dan buat aku down. Ayat “bodoh”, “lembap”, “tak guna otak”, “itu pun tak tau” dan macam-macam lagi jadi santapan rohani aku setiap hari.

Aku rasa sangat sedih sebab aku rasa akulah punca dia bersedih dan stress bila team aku tak perform. Aku rasa loser sangat sebab tak boleh handle team aku yang seramai 20 orang tu.

Bayangkan seorang exec kena buat tugas CEO. Aku kena manage team, buat tugasan eksekutif, decision making, strategic planning. Ahaa.. cam gitulah.

Aku korbankan masa dengan bekerja dari jam 5 pagi sampai 3 pagi, sebab nak cover kekurangan aku dan nak buktikan aku tak bodoh. Tapi tetap tak jadi apa.

Sabtu Ahad adalah hari kerja. Hari raya puasa dan raya haji aku makan megi saja sebab tak sempat nak masak.

Public holiday memang tak wujud dalam jawatan aku ni walau dah gazet. Annual leave pun tak layak. Cuti aku burn gitu saja. Setiap kali minta cuti, aku kena siasat macam penjenayah yang curi harta syarikat.

Siap kena bodoh sebab tak urus kerja dan cuti dengan baik. Walaupun aku kena mental torture teruk kat sini, tak pernah lagi aku ambil MC atau EL. Entah kuasa apa yang buat aku boleh bertahan kat sini.

Selama kerja kat syarikat ni, aku memang tak jenguk parents aku. Dan aku rasa loser sangat setiap kali mak aku telefon aku terpaksa bisik-bisik bagitau tengah meeting dan tengah bizi. Sedih.

Birthday bos dan family dia aku sambut siap berkampung bagai nak buat party. Tapi birthday mak aku, aku terpaksa buat-buat lupa dan wish bila dah berbulan lewat. Sedih.

Orang kata aku gila stay sini. Ye lah, gaji pun gaji exec basic nett takde elaun takde OT tapi buat kerja CEO. Apa yang buat aku tunggu kat sini pun aku tak tahu.

Sebenarnya aku dah tender resignation. Tapi bos baru aku minta aku untuk stay. Dia kata dia tak boleh hidup tanpa aku. Dia sanggup hilang 10 orang lain daripada hilang aku.

Bila bos aku pandai psiko dan pujuk aku, cair gak.

Aku kesian kat dia sebenarnya. Sebab dia pernah meluahkan banyak kisah hidup dia dengan aku semasa mula-mula dia join. Kami ada emotional bonding dan karakter kami serupa.

Kenapalah aku jenis ada rasa kesian kat orang tapi orang tak kesian kat aku ek?

– Ixora (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *