Part I, (https://iiumc.com/depresi-dan-aku/).
Assalamualaikum, sebenarnya tujuan aku menulis previous post adalah nak encourage orang membantu orang lain yang develop stress, anxienty dan depression tapi ada sesetengah yang marah aku. My bad.
Ada yang tulis, alah setakat pillow talk, hear and hug tak adanya kau tu depression. Terima kasih, struggle dengan diri sendiri yang lost dan tak nak orang lain rasa benda yang sama dengan aku pun kena hentam. Hahaha. Aku menulis lepas aku refer semula dengan doktor untuk nilai tahap mental aku dan aku tak cerita details setiap procedure sebab doktor cakap boleh apply hear and hug pada orang yang rasa useless, loser dan rasa nak mati untuk bagi dia rasa ada orang sayang dia, bagi dia rasa peoples need her/him.
It better to prevent than cure kan? Jadi aku rasa itu satu langkah yang aku boleh buat, supaya kita jadi orang yang alert. Bila kes bunuh diri,bunuh orang,kelar anak jadi lepastu kita akan salahkan orang lain, haa..itulah suami dia tak tolong, kenapa tak cerita dengan kawan dan tahu rasa nak mati?dah tau depres kenapa tak luah? Macam kalau aku sendiri tak sedar aku dah depresi, sekurang-kurangnya orang ada ilmu boleh tolong aku. Kalau suami aku tak tolong, mungkin aku dah develop to another stage. Aku pun tak tahu.
Aku minta maaf kalau tulisan aku langsung tak menolong orang lain. Sampai sekarang no one tau aku pernah dapatkan rawatan kecuali suami aku, aku rasa loser sebab aku jadi mak yang tak boleh kawal anak aku tantrum dengan dahsyat dan aku rasa useless aku belajar untuk degree akhirnya aku duduk rumah jaga anak tanpa kerja walaupun suami aku izinkan aku kerja, aku dilema nak kerja bila anak aku sakit since lahir dan tak ada pengasuh nak handle dia tambah dia tantrum maha dahsyat aku takut orang tak bertanggungjawab cedera atau bunuh dia.
Jadi aku duduk rumah jaga anak-anak aku, aku mula develop depression since aku melayan toxic peoples di socmed. Iya, salah aku melayan dan selalu rasa hidup aku tak indah, tak seronok, tak ada aset, tak ada kawan, tak berguna langsung. Cuma duduk rumah bangun pagi buat rutin sama lepastu tidur, esok bangun buat rutin sama.
Sepanjang aku follow up dengan doktor, kami ada jumpa keluarga yang handle ahli keluarga mereka depresi supaya aku ada kekuatan nak lawan mainan otak aku. Malam-malam aku dan suami akan bangun taddarus sama-sama, dan akan taddabur kitab supaya aku selalu rasa aku kena move to another stage dari rasa diri aku loser,useless dan lonely.
Dari perkongsian hari tu, aku tahu ramai yang tengah struggle dengan hidup sendiri dan sangat perlukan bantuan untuk fight sama-sama hilangkan negative vibes. Aku mula dengan kecilkan circle aku, mula remove toxic peoples araound aku, aku tak terlibat dengan komunikasi yang downkan aku macam ‘eh,bljr tinggi-tinggi, duduk rumah je?’, ‘suami kerja bagus, ada rupa, ada aset,makin tua makin orang suka, tak takut kena sondol ke duduk rumah je?’ dan komunikasi yangbuat aku lagi useless nak teruskan hidup.
Terima kasih untuk doakan aku dan suami, aku sangat terharu dengan doa-doa insan yang aku tak kenali. Aku minta maaf kalau aku tak membantu bila tulis perkongsian lepas, aku cuma nak orang rasa hidup kita lebih baik, lebih indah sebenarnya. Tolong tukar circle untuk kekal positive.
Maafkan aku yang khilaf :'(
– Aku Sha
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit