Assalamualaikum bagi yang beragama islam dan salam sejahtera kepada nonmuslim. Aku terdetik nak tulis kisah hidup aku mana tahu ada yang nak bagi nasihat kata-kata semangat untuk aku teruskan hidup dan pulang kepada pencipta kita dengan cara yang betul.
Aku nak mulakan kisah ni dengan zaman kanak-kanak aku sampailah umur aku sekarang ni 19 tahun. So, childhood aku was nice tapi semenjak meningkat umur macam-macam benda jadi.
Aku dan beradik aku semua jenis kaki pukul bila naik angin.. Kitorang kalau gaduh mahu jadi “WWE” lah.. Takde maknanya kau perempuan ke abang kau tak pukul kau. Memang kena pukul.
Jadi dulu-dulu masa kecil kalau gaduh kitoreng tend to bertumbuk bagai aku pun tak tahu kenapa.. Bila pikir balik zaman tu aku rasa ya Allah kalau la boleh undur balik masa aku lari je laa dari diorang tapi aku pun sama aku lawan balik.. Dah la aku ni perempuan hmm.
Disebabkan kitorang kalau gaduh akan bertumbuk aku jadi mcm boy2 sikit sebab nak pertahankan diri adik-beradik jenis gila2 belaka. And at one time masa tu aku rasa umur aku 10 tahun ke? Ke umur 13? Aku lupa laa aku tak ingat.. Tapi aku rasa that time aku tak masuk sekolah menengah lagi..
Nak dijadikam ceritanya aku gaduh dengan abang aku sebab bilik kitorang kena share tandas.. And one time aku bengang gila dengan dia sebab dia guna tandas dengan tidak berhemah.. Aku malas nak cakap dia buat apa, nanti aku bukak aib dia pulak.. Nanti Allah buka aib aku.. Aku tak nak..
So, masa tu dia tengah tengok tv and aku yang kepala serabut tengok tandas macam tu..cakap laa kuat2 sindir dia macam kata dia buat ini ini kat tandas..
So apalagi bila dia dengar tu.. Perghhh dia tolak aku kuat-kuat sampai jatuh aku kat almari.. Nasib almari tak pecah.. So wwe laa kitorang kat situ.. Mak aku involved untuk leraikan pergaduhan tu dan last skali lerai laa..
Jadi, sejak dari tu aku dah renggang dengan dia sebab aku rasa aku dah penat dengan dia.. Dia pun tak cakap sgat dengan aku. Ada lagi gaduh sampai jadi renggang.. Tapi dengan adik aku pulak.. To let you guys know adik aku ni lelaki pastu baran jugak .. Kesian aku hmm. Kitorang gaduh sebab aku penat cari dia tak jumpa-jumpa nak balik dari sekolah.
Aku marah laa dia sebab lambat pastu aku kena pergi cari dia sebab nak balik rumah. Tapi adik aku yang marah-marah aku.. Masa tu kitorang dah sekolah menengah kitorang beza satu tahun je.. Tak silap aku masa tu aku 14 tahun adik aku 13 ataupun aku 15 adik aku 14.
So, kitorang gaduh kat kereta pastu sambung kat rumah.. Ni kat rumah ni nak kata bodohnya perbuatan adik aku ni.. Aku terpaksa cakap sebab it is so stupid of him..
Aku masa tu tengah dalam tandas dan aku tak tahu dia pikir apa masa tu so dia tendang pintu tandas tu.. Pintu tu terbuka laa. Aku masa tu terkejut marah semua ada. Aku rasa tak syak lagi budak ni memang nak wwe dengan aku..
Aku yang banyak experience kena pukul dengan abang2 aku ni ada berfikir secara rasional kalau aku bertumbuk dengan dia confirm aku yang victimize sebab adik aku bukan kurang bengis dia tu.. Haih aku terpaksa cakap jugak..
Kalau tak korang tak faham kenapa kitorang gaduh. And disebabkan perkara ni hubungan adik beradik aku dengan adik aku musnah macam tu je. Sebab tindakan bodoh dia tu yang pergi tendang pintu tandas.. Aku macam kenapa budak ni buat macam ni.. Aku sedih gila sebenarnya hubungan aku dengan adik aku renggang.. Sebab kitorang masa kecil rapat sangat dah la kitorang beza setahun je..
Aku sayang gila dia sebelum kitorang gaduh disebabkan hal ni. Tapi apa aku boleh buat.. Kerana baran hubungan adik beradik tak dapat diselamatkan.. By the way family aku memang jenis “bekeng” means garang degil, jenis lempar barang.. Boleh kata it is in our blood.. #genetic. Aku doakan mana-mana adik beradik aku yang ada anak nanti anak-anak diorang tak mewarisi baran ni sebab it is very poisonous to any relationship.. Yang terpilih je boleh survive. Aku rasa macam jauh pulak cerita aku dengan tajuk.
Sambungannya. Disebabkan banyak pergaduhan maka hubungan adik beradik jadi renggang.. I kinda don’t have place to reachout to my brothers sebab most of them pernah pukul aku.. Aku macam jadi awkward dengan diorang plus takut.
Next, my anxiety hit me when i was 14. This is the worst point of my life and everything turns upside down. Benda ni start masa aku dalam bilik sorang-sorang. That time, aku baring atas katil.. Aku tengah pikir pasal future aku pastu aku pikir aku boleh survive tak hidup.. Macam mana hidup aku lepas ni bila mak ayah aku takde..
When this happends to me keesokannya aku jadi pelik and i continued to be very anxious about everything. Aku nak cakap ni laa point yang tak disangka-sangka jadi dalam hidup aku. Aku tak tahu kenapa tiba-tiba aku pergi fikir macam tu sekali.
My anxiety hits me so freaking bad. And aku start tak nak pergi sekolah sebab ada something yang jadi but benda tu start jadi masa aku umur 13 which means bila aku start my sekolah menengah life.
Then benda ni pergi imbau balik apa yang jadi setahun lalu dan membuatkan anxiety aku jadi teruk gila. That one day aku rasa aku kena panic attack.. Kenapa aku kata ni panic attack? Sebab aku sesak nafas, i was trembling aku menggigil kaki aku shaking… Dah laa ni kat sekolah kalau kat rumah takpe lagi. Satu hari aku duduk dalam kelas tak pergi mana-mana sebab aku terlalu takut, malu and anxious.
So my life after this mula jadi huru-hara.
Aku mula taknak pergi sekolah. Aku seorang yang pendiam pemalu. Aku takde kawan. Aku selalu diperguna. Aku banyak kali kena tipu. I have trust issue. Aku kena pukul dengan family sendiri also aku pukul balik in terms of surviving (why aku rasa mengarut ayat aku yang ni?) tapi betulla diorang pukul aku.. Aku terpaksa lawan balik.
Aku ni budak yang tak banyak cakap aku bukan extrovert. Masa sekolah dulu aku tak pernah ada geng.i think i never had true friends and aku menumpang dampingan orang lain. What a sad life huh. Aku nak cerita yang sekolah menengah laa aku start ada masalah emosi dan mental health ni.
Sekolah menengah was hell for me because masa ni susah nak survive tambahan aku ni generasi tahun 2000 maksud aku budak yang start hidup zaman naiknya smartphone. Means attractiveness, berduit, lawak,famous is significant to our lifestyle.
Aku bukannya pendiam sangat masa umur 13 dulu aku berkawan jugak dengan budak lain tapi disebabkan aku ni berbeza dengan yang lain aku takde orang yang nak kawan dengan aku. Aku budak yang tak berapa bising dalam kelas.. Aku biasa biasa je. Lepastu aku bukan budak yang bercouple and aku malu nak bercakap dengan lelaki sebab background aku sekolah agama.
Satu lagi aku ni budak yang dengar kata kot sebab aku rasa kalau dekat sekolah cikgu tak bagi buat benda tu benda ni aku tak buat. So i consider myself as budak baik. Hahaha. So aku ni budak yang takde kawan.. Aku tak kelakar aku tak reti nak buat kelakar lepastu aku ni pemalu.. Dengan cikgu aku tak boleh nak rapat sebab iam shy. Aku tak selesa laa..
Aku kat sekolah selalu jalan sorang-sorang.. Masa rehat aku tak makan kat kantin sebab aku tak tahu nak duduk dengan siapa.. Kalau aku duduk makan dengan budak kelas yang aku kenal.. Last last sekali aku kena tinggal.. So it feels pointless makan dengan sesiapa berjalan sekali. Senang cerita aku tak fit in dengan sesiapa.. And it continues sampai sekarang.. Ye sampai sekarang.
Sekarang ni tahun 2020 means aku yang tengah sambung diploma ni pergi mana-mana sorang-sorang. I always try to make myself feel comfortable dengan diri sendiri tapi honestly it is so hard.
Sambung balik kisah zaman sekolah menengah.. Aku ada banyak events yang menyebabkan aku selalu tak nak pergi sekolah… And disebabkan aku tak pergi sekolah confirmlaa ada cerita disebalik tu.. Meanwhile dekat rumah, cara aku buat aku tak pergi sekolah ialah dengan mengunci pintu bilik so that no one boleh heret aku keluar pergi sekolah.
Tapi… Tak pergi sekolah pon bukan indah pon.. Kat rumah pulak aku kena soal dengan ayah aku kenapa aku taknak pergi sekolah.. Aku tak cakap kenapa aku taknak pergi sebab that time the only reason aku taknak pergi sekolah sebab my mental health and my school surrounding is fucked up.
Kat rumah ayah aku ada hilang sabar dengan aku sebab aku selalu taknak pergi sekolah.. Aku pernah kena pukul dengan ayah aku sebab tak pergi sekolah.. Kadang-kadang aku tak kesah kena pukul sebab aku harap dengan kena pukul tu laa aku harap aku mati..
So korang pon dah tahu yang aku ni banyak kena pukul dengan keluarga sendiri tapi sebenarnya aku tak pernah pon berdendam dengan diorang yang pukul aku tu sebab aku pon jenis gaduh balik tapi.. Mestila ada dark side yang ada dalam diri aku disebabkan kena pukul dengan family sendiri. Aku rasa disebabkan aku ni kena pukul dengan family sendiri aku macam develop satu masalah, masalah yang aku belum kenal pasti lagi apa..
Disebabkan aku ada history kena pukul.. Wwe dengan adik beradik aku jadi tak kesah kalau orang nak pukul aku nak belasah aku.
Zaman sambung belajar ni adalah zaman yang paaaaling perit bagi aku. Aku lonely kat tempat aku belajar aku tak suka course yang aku dapat.. Tiap2 hari pergi kelas aku stress, aku ada negative thougts, aku insecure.. Aku ada banyak masalah.. Aku kalau boleh nak cerita betul- betul apa yang jadi dalam hidup aku, sebab aku rasa tulisan aku ni tak menyampaikan kenapa aku depressed.
Skip beberapa hal. Aku ada masalah dengan family. So korang, bermulanye aku selalu berkurung dalam bilik.. Membuatkan aku tak dihormati lagi dengan family aku.. Aku selalu makan dalam bilik dah laa aku takde bilik sendiri.. Bilik aku kena bagi dekat adik beradik lain atas sebab tak nak bagi aku berkurung..
Korang bayang laa aku ni takde tempat unutk privacy.. Asal aku nak tido ada orang lalu memang laa diorang rase diorang nampak aku. Tapi diorang tak tahu yang aku rasa maruah aku tercalar. Aku sedih .. Everytime aku makan dalam bilik macam orang gila ada orang lalu.. Sebab nak makan dekat meja makan aku malu.
Tapi bila makan dekat bilik ada pulak orang lalu kat bilik tu sebab tempat yang aku duduk tu sebenarnya bilik mak ayah aku.. Cuma ayah aku devidekan bilik tu jadi dua so .. Pintu bilik satu jelaa.. Aku takboleh laa nak kunci bilik masa aku makan sebab nanti ada yang nak masuk dalam bilik.
Mak aku pulak aka rasa dia macam bagi fake attention dekat aku.. Sebab dia tnya pasal aku bila ayah aku ada.. Lepastu aku jadi tak suka dekat mak aku sebab dia tak nak faham aku … Selalu bila aku open up dekat mak aku dia mesti macam tak nak layan aku.. She don’t even listen when i open up..
Pastu dia kata kalau tak cerita masalah macam mana dia nak tahu… Tapi bila aku cerita dia pulak yang buat layan tak layan.. Apa lagi aku nak buat.. Siapa tempat aku nak mengadu.. Aku sakit aku tertekan dengan semua ni..
Bila aku balik rumah aku rasa kehadiran aku tak diterima oleh sesiapa pon. Rasa macam diora g sendiri pon tak nak aku balik. Tapi.. Aku nak pergi mana? Aku takde tempat nak pergi..
Aku pon kalau boleh tak nak balik rumah sebab.. Sama je rasa bila dekat rumat dengan ipt. Dua-dua tempat ni buat aku rasa drained. Aku selalu ada suicidal thougts tapi aku takut nak buat. Sebab kalau aku buat sepanjang hidup aku yang sekarang dengan afterlife dua-dua hidup merana. Aku penat dah lawan semua ni. Tapi apa aku boleh buat..
Aku stress aku banyak menangis aku memendam aku takde tempat nak cerita masalah aku.. Aku taknak cerita masalah aku sebab i have this same problem for almost 6 years. Aku tertekan and aku keseorangan.
And to add some points.. Aku jadi hilang kepercayaan dekat orang sebab orang datang dekat aku bila diorang nak aku toolong diorang aku ni pulak pergi tolong.. Sebab aku tak pandai nak tipu kata aku tak boleh nak tolong..
Baru-baru ni aku dengan roommate aku yang sem1 satu minta aku balik sekali dengan dia.. Aku pulak terngiang-ngiang dalam kepala teringat ayah aku suruh berpakat dengan orang kalau nak balik. Tapi last2 budak tu balik sebelum hari yang kitorang sepatutnye balik sekali. Dah laa dia tak bagi tahu awal2…
Kalau bukan aku yang tanya dia pasal ticket, confirm dia senyap je… tak bagi tahu aku apa2. Memang selfish gila perempuan tu, kenapa aku still beranggapan baik kat dia kenapa aku ikut cakap dia balik sekali… Kenapa hidup aku macam ni.. Selalu kena guna. Selalu kena tinggal kena palau dengan family.
Honestly.. Aku rasa tak sampai aku punya cerita yang aku ni tertekan tapi takpelaa aku rasa atleast aku tulis sikit pasal hidup aku.
Kepada sesiapa yang senasib dengan aku.. Aku nak korang cuba yang terbaik.. Even ada rasa nak commit suicide cuba jangan buat sebab kalau boleh mesti nak hidup afterlife happy sebab sekarang hidup tak happy.
Teruskan berjuang.
– Aloner (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit