Depression

Hai dan selamat sejahtera readers sekalian. Aku kembali pada confession kali ni untuk share satu cerita berkait depression. But first, alhamdulillah Ustazah Nurfarhana dah ditemui dengan selamat. Namun aku sedih juga pada mereka yang kecam beliau. Ada yang cakap “orang beragama sendiri boleh depression ke?” dan pelbagai lagi komen yang tak sepatutnya. Ya, mereka yang tak mengalami dan cetek pengetahuannya tentang depression takkan faham tentang ni.

Ok, back to cerita aku. Depression ni bukan aku yang alami tapi kawan aku. 4 tahun lepas, masa tu kami di tahun akhir pengajian di utara tanah air. Masa tu pengetahuan tentang depression ni tak meluas seperti sekarang. Aku tak pernah kenal dengan mereka yang ada depression ni dan tak tahu pun tentangnya. Kawan aku ni nama dia Nur, seorang yang baik, menjaga kehormatan diri dengan pakaiannya yang sopan mengikut syarie dan jenis yang tak banyak cakap tapi bukan pendiam tau. Kami menyewa di luar tapi masih berdekatan dengan universiti. Tapi aku rumah lain, dia rumah lain di taman yang sama. Dia sewa bersama kawan baik dia iaitu classmate kita orang juga.

Di awal fasa dia kena depression perangai dia mula berubah. Dari tak banyak cakap dia makin jadi pendiam. Hubungan dengan housemate dan roomate pun jadi kurang elok. Dia dengan dunia dia. Sebelum tu mereka satu kepala je. Mula tu aku ingat dia gaduh je dengan bestfriend dia sebab setiap kali makan kat cafe diaorang tak makan sekali, balik pun tak sekali. Bila tanya housemate yang lain pun semua tak tahu punca. Setiap assignment berkumpulan pun dia tak ambil tahu sangat dah. Benda ni mengeruhkan lagi hubungan antara kawan baik dia, housemate dan classmate. Rutin dia hadir kelas, balik dan menyendiri dalam bilik.

Perangai dia makin melarat hingga minggu belajar. Dia akan keluar bilik untuk mandi dan beli makanan kat kedai makan berdekatan rumah sorang-sorang tak kira masa. Kadang pukul 11 pun dia keluar. Masuk sem kedua tahun akhir, aku tak nampak muka dia. Aku ada tanya housemate dia. Mereka cakap dia ada datang beberapa hari then dia balik kampung. Kelas tak pergi. Seminggu lepas tu, mak ayah dia ada datang rumah sewa untuk packing barang dia. Bila mereka tanya, mak ayah dia cakap Nur kurang sihat. Dekat rumah dia banyak menyendiri. Keluar bilik untuk makan saja, banyak tidur dan tak mandi. Bila bawa jumpa ustaz, ustaz cakap Nur terkena tempias santau yang ditujukan dekat kedai makan. Urusan pengajian dia ditangguhkan buat sementara. Masa kami dah konvo baru dia sambung balik. Time tu dia dah okey dah.

Sampai sekarang aku masih rasa bersalah sebab akulah salah seorang kawan yang tak cuba untuk faham dia masa dia dalam situasi tu. Semua menyalahkan dia bila mana assignment tak siap, makin lama kami makin menjauh dari dia seolah-olah nak memulaukan dia. Lepas konvo aku ada contact dia balik untuk minta maaf. Alhamdulillah aku masih berpeluang untuk minta maaf dengan dia, dia pun dah maafkan dan kami masih berhubung sampai sekarang.

Bagi aku dia bukan terkena santau tapi sebaliknya depression. Kurangnya info tentang depression mendorong mak ayah dia bawa jumpa ustaz untuk perawatan Islam, bukannya jumpa doktor yang pakar dalam hal sebegini. Mungkin masa tu dia stress dengan projek akhir tahun, exam etc. tapi dia banyak pendam sorang-sorang menyebabkan benda ni memakan diri dia secara diam. Bukan sebab iman yang tipis atau tiada iman buatkan dia jadi macam tu.

So, buat readers sekalian please jangan jadi macam aku. Seorang kawan yang teruk sebab tidak cuba memahami kawan. Buat netizen semua, tolong berhenti kecam orang yang ada depression ni. Depression is a real diseases. Ok lah, jumpa lagi di lain confession.

– Nor

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc. com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *