Assalamualaikum, malam ni aku nak bercakap mengenai depression. Pertama sekali, aku nak mintak maaf kalau ayat aku berbelit sebab aku tak sembuh sepenuhnya lagi. Nama aku Wang. Aku berketurunan melayu dan cina. Aku dilahirkan dalam family yang mementingkan status. Family aku terdiri dari 3 golongan. Pertama, politik. Iya, ada ahli keluarga aku dalam kerajaan sekarang. Kedua, kerajaan. Ahli keluarga aku mempunyai peranan penting dalam satu kementerian ni. Ketiga, business. Keluarga aku banyak business.
Sejak kecil aku dididik untuk berusaha sampai Berjaya. Kau gagal? Usaha lagi. Gagal lagi? Usaha sampai mampus. Tak ada erti gagal dalam kamus hidup family aku. semua orang kena buat yang terbaik. Barulah masa depan cerah. Aku ingat lagi, masa kecik umur berapa aku tak ingat. Aku dapat number puluh2 dalam exam. Mummy aku tgk buku rekod tu pastu marah2 aku. kena rotan tu perkara biasa, tapi yang buat aku sedih mummy aku tgk buku rekod aku tu sambil nangis. Aku rasa aku berdosa sangat. Aku derhaka sbb aku dpat number puluh2. Aku anak tak guna sbb buat mummy aku nangis. Sejak dari haritu, aku push hard diri aku. aku cuba buat yg terbaik. Tak senang apatah lagi otak cam aku ni tapi aku yakin kalau aku usaha Allah SWT mesti tolong.
Kakak2 dan abang aku semua pandai2. Jadi aku tak nak ketinggalan. Kalau diorang pecut 80 aku pecut 120. Semuanya sbb aku nak mummy daddy aku bangga dengan aku. setiap kali dapat number no 1, aku tak sabar balik nk tunjuk. Look mummy, I did it. You proud right? Apa2 pertandingan aku masuk sbb aku nk diorang happy, bangga ngan aku. Look daddy, I won! Setiap kali diorang happy, tersenyum tgk kejayaan aku, aku rasa happy. Segala penat lelah hilang bila diorang happy. Mana2 anak pun nak tgk mak ayah dia happy kan. But, I pushed myself too hard. Not for me but for them.
Aku masuk aliran sains sbb ahli keluarga aku yang lain semua masuk aliran ni. Seperti biasa aku tak nak kalah. Aku tak boleh kalah. Aku kena jaga air muka mummy daddy aku. sedara lain puji mummy daddy pandai jaga didik anak. Semua menjadi. Yes! I’m one of them. Tgk diorang happy bila bercakap soal anak2 depan orang lain, I feel lifted. But deep inside, I’m not happy. Takdelah tak happy langsung sbb subjek aliran sains aku boleh carry tapi otak aku more to seni. Aku suka melukis, aku suka imagine things, draw, build model.
Habis spm, aku berjaya masuk university. Yes, after all of those effort, finally, I made it! Course yang aku idam idamkan. Mummy daddy support aku. aku terkejut. Mum, dad betulke? Aku study dengan happy. Sampai tahun kedua..pagi tu, mummy call aku suruh berhenti. Aku terkejut, kenapa? Aku tak hiraukan walau ape pun yang mak aku kata. Aku habiskan final exam dengan jayanya. Cuti tu aku balik rumah, mummy aku tak nak cakap langsung dengan aku. Derhakanya aku. aku dah letih, penat jaga hati orang. Hati aku? siapa nak jaga? Aku mula memberontak. Aku pun tak cakap ngan mummy aku. Daddy aku pun sama. Aku fed up. Tapi hati anak mana sanggup melukakan hati ibu dan ayah. Sudah takdir, akhirnya aku berhenti jugak demi masuk course pilihan mak ayah aku. aku dah macam orang gila. Tapi takpe as long as diorang happy. Walaupun terluka tapi tak dapat dibandingkan dengan senyuman di wajah mereka.
Lecturer dan kawan2 kat university dulu terkejut kenapa tiba2 aku berhenti. Pointer aku elok sejak foundation year sampailah ke last final exam aku kat university tu. Aku selalu perform subject favourite aku. Kenapa tiba2. Aku stress. Aku tukar number phone. Aku jauhkan diri aku dari semua orang. Mummy daddy belikan aku kereta baru. Thanks, I’m not impressed. Aku masuk tempat baru. Perasaan aku? zero. Mummy daddy kata kat sini ‘terjamin’ sbb family aku ada connection kuat. Aku senyap. Biar je diorang dua cakap. Kat tempat baru, aku makin memberontak. Stress aku naik mendadak. Aku tak hormat senior, lecturer.
Diorang pun tak berani sound aku. Mungkin diorang tahu status keluarga aku. ah lantaklah. Personality aku berubah dari periang ke pendiam. Aku ada panic attack. Aku tak boleh turun tangga. Tiba2 kepala pening, hati berdebar tak henti. Sumpah aku penat melalui hari2 aku kat sana. Setiap kali aku berjalan rasa macam jalan tu bergerak macam air. Hasilnya aku jalan macam org khayal. Aku tak boleh tidur malam, insomnia. Aku selalu sorang2. Berbeza dekat u dulu aku bnyak kawan. Kat tempat baru aku mengasingkan diri. Aku tidur sepanjang kelas. Seperti biasa takde sape yg tegur. Kalau tegur bolehlah aku behave sikit.
Aku rasa macam future aku ni gelap. Sbb aku tak dapat nak buat ape yang aku suka. Aku dah plan siap2 ape yang aku nak buat lepas grad nnti. Aku tak minat politik atau sebarang tempat di kementerian mahupun business. aku nak hidup cara aku. Aku cuba melukis tapi tgn terketar ketar. Kenapa? Sama macam masa nak isi borang keluar u dulu. Terketar tgn sambil menangis. sbb aku tak tau bila lagi aku dpt buat ape yg aku suka. Aku pernah berhalusinasi, nampak diri aku berjalan dari pintu bilik ke beranda pastu terjun dari tingkat 5. Darah keluar. Berderai semua. Sumpah aku takut. Insomnia aku makin teruk. Kawan2 aku suggest aku jumpa pakar. Aku buat tak tau. Aku menyampah dengan orang yang acah2 tau ape aku rasa. Semak.
Akhirnya, aku pergilah jugak jumpa counsellor ni. Dia tgk aku, aku tgk dia. Dia tanya aku jawab sepatah. Aku ada trust issue. Aku jadi susah nk percaya orang. Masa tu memang biadap gila. Aku mulai tunjuk yg aku memberontak. Aku melawan cakap. Aku jadi tak kisah pasal perasaan orang lain. Yang aku tau time tu, aku sakit, semak, stress. Apa yang aku tau masa tu aku nak jaga hati aku dulu sebelum peduli pasal perasaan orang lain. Aku rasa lemas bila orang duk tanya2 aku. sumpah rasa nak cekik je semua orang. Tapi setiap kali lepas maghrib aku tak tinggal baca Al Quran. Al Quran jelah peneman setia aku. setiap kali tidur aku letak Al Quran tepi aku. aku berdoa sungguh2 supaya Allah SWT beri aku petunjuk. Aku selalu overthinking sampai pening kepala. Cara aku release stress?
Aku pasang radio kuat2, drive laju2. Gila laju. Tambah2 kalau dekat highway memang laju. Aku tau aku salah sbb bawak laju. Masa tu aku bukan diri aku. aku jadi lain. Aku pun tak ingat macam mana aku boleh jadi macam tu. Yang aku tau satu je, aku nak lari dari semua ni. Polis? Aku tak takut, nak saman silakan. Duit bagi aku no hal. Alhamdulillah Allah SWT masih sayangkan aku. aku pernah accident sekali je, tu pun sorang2. Aku tak pernah langgar orang lain. Sekarang had laju aku 100 je.
Suara bisikan? Jangan cakaplah, selalu dengar. Nasib aku kuat iman. Aku sentiasa jauhkan diri aku dari pisau, gunting, pembaris. Air dalam baldi pun aku tak boleh tgk lama2 sbb aku jadi lemas. Ada halusinasi yg mana aku nmpak aku lemas kat lautan. Lama2 aku jadi benci diri sendiri. Rasa cam loser. Setiap kali tgk cermin dalam toilet aku rasa loser gila. Ada dua suara yg aku dengar. Satu, yg positive, satu lagi negative. Kalau satu bersuara satu lagi mesti bersuara. Contoh ‘ weh, kau akan okay, berjaya cam org lain’, ‘kau loser, end everything’. Mistik kan, aku dah biasa. Aku buat tak tau je. Kadang2 aku balas ‘kau diam’. Hari2 aku lalui dengan tabah. Aku penat, tapi aku tahan. Aku nak lari tapi fikir maruah mummy daddy aku, harapan diorang buat aku sebak. Sejak dari kecik aku tak pernah happykan diorang ke? Aku tersekat.
Akhirnya aku cuba untuk terima kenyataan. Aku cuba untuk terima course baru ni. Aku stop tidur dalam kelas, bnyak rujuk lecturer, baca notes, aku stop melukis. Buku melukis aku simpan dalam laci. Tapi, apakan daya otak aku tak dapat terima ilmu baru ni. Maafkan aku Ya Allah, aku tak dapat terima ilmu ini. Mungkin sbb masa tu aku tgh kena depression yg teruk. Apa yang aku baca tak masuk dlm kepala aku. aku cuba berulang kali. Tetap tak dpt paham. Last sekali aku cuba teknik menghafal. Tapi sampai bila perlu menghafal? Aku perlu paham.
Satu hari lecturer panggil aku jawab soalan kat depan, aku yakin aku boleh jawab sbb aku HAFAL terms semua. Tapi setiba aku kat depan, otak aku blank. Aku malu, aku buntu. At that time, from that moment, aku dah tekad, I wanna end everything. Cukuplah. Ni hidup aku. Aku yang akan melalui hidup ni. Orang lain tak layak atur hidup aku. lepas kelas, aku tenangkan diri aku. aku bakal buat keputusan yang penting. Keputusan ni akan buat mummy daddy aku sedih tapi aku terpaksa. Aku dah tak sanggup nak hadapi semua ni. Aku menangis. Tak tau tanda bersyukur atau sedih. Tapi seolah olah Allah SWT bagi aku jalan keluar. Hati aku tenang tiba2. Malam tu aku jalan2 kejap ambik angin luar. Otw balik tu aku dah tekad, yup aku akan gagalkan diri aku sendiri. Hari seterusnya aku bahagia, stress aku dah kurang. Depression tu tak hilang macam tu je. Even sekarang depression masih ada Cuma kurang lah. Aku dah pandai handle sikit2.
6 bulan berlalu, final exam tiba. Soalan cukup senang. Aku tgk soalan dan jawapan. Sengaja aku bulatkan jawapan yang salah. Aku ulang kaji sungguh2 hanya kerana nak elak dari menjawab jawapan yg betul. Gila kan. Hahaha. Oleh kerana kat sini, untuk ke sem seterusnya kau perlu lulus ujian semasa dahulu. Kalau kau tak lulus, boleh kemas beg lah. Alhamdulillah aku seorang yang tak lulus. Aku happy sebab aku tgk sendiri effort kawan2 aku nk sangat lulus ujian tu. Diorang lebih layak dari aku. diorang memang dari awal tau ape aku nak, diaorang support aku walaupun ada sesetengah kata aku tolak takdir dan rezeki. Lantaklah. Yang penting aku happy. Aku harap next ujian diorang dapat keputusan elok dan dpt menjadi pegawai yg baik.
Aku dapat keputusan tu kat rumah. Aku berdebar debar cakap kat mummy, ‘I’m sorry mummy, I’ve let you down’. Mummy, peluk aku dari belakang, dia mintak maaf. Mummy kata dia takkan pernah paksa aku buat benda yang aku tak suka lagi. Daddy aku pun mintak maaf kat aku. masa ni aku rasa berdosa sangat. Sbb aku yg gagalkan diri aku sendiri. Tapi aku terpaksa buat begitu demi menyelamatkan diri aku sendiri. Ilmu Allah SWT dalam dunia ni bnyak. Tinggal kita je nak cari yang mana paling sesuai dengan kita. Yang boleh kita terima dan gunakan ilmu utk agama bangsa dan Negara. Tulah cerita dua tahun dulu, anxiety dan depression masih ada dlm diri aku. tapi dah kuranglah. Mungkin bagi orang masalah aku ni tak besar mana, kecik je tambah2 lagi dengan status family aku tapi bagi aku sangat besar. Kau takde kat tempat aku jadi kau tak rasa.
Rasa tersekat, kau nak keluar tapi tak boleh. Lepas tu, aku cuba mintak balik dekat bnyak tempat yg offer course yg aku ambik dulu. Hampeh, satu pun tak terima aku. lepas tu aku depressed lagi. It’s not easy sbb aku dah tua. Course tu pulak tak open utk part time. Aku pulak malu nk apply dekat u lama. Aku mulai mempersoalkan balik tindakan aku dulu. If I don’t do that what will happen to me? Mungkin still in depression. Aku tak menyesal. Pengalaman pahit tu dah jadi pengalaman manis bagi aku. lepas pada tu, aku okay balik. Aku ambik A-level. Dalam masa yg sama aku buat business. Tapi satu sen pun aku tak guna duit family aku. modal aku hanyalah 100 je mula2 start business. Lama2 business aku makin okay. Takdelah besar macam yg lain tapi at least dptlah title bos tu walaupun pekerja aku beberapa orang je hehe.
InshaAllah, tak lama lagi aku akan sambung balik pengajian aku dalam bidang yang aku minat. Kat mana tu aku tak nak cakap cuma yang pasti bukan kat Malaysia sbb aku perlukan suasana baru utk pulihkan diri aku sendiri sbb macam yg aku cakap tadi aku tak pulih sepenuhnya lagi. Yang pasti semuanya pakai duit aku. aku pun dah tak kisah apa pandangan orang terhadap aku. aku Cuma nak fokuskan lebih kat diri aku je. Tu target aku utk 2019 ni. Beberapa hari lepas aku ada tgk video seorang mak cik takde duit nak makan nasi. Pastu ada orang belanja dia makan, sambil nangis mak cik tu makan. Barulah aku tau, masalah aku ni kecik je kalau nak dibandingkan dengan mak cik tu. Tapi duit tak membahagiakan hidup pun kalau kau tak dapat achieve ape yg kau nak. Tak semua benda duit boleh beli. Contohnya, minat dan passion terhadap something. Aku harap tahun ni aku dapat lebih bnyak bersedekah dari tahun sebelum ni. Aamiin. Dah pukul 5 pagi aku kena tidur dah ni.
Nasiblah insomnia. Pukul 6.30 dah kena bangun. Hah, lagi satu, untuk yang mengalami depression macam aku, aku sarankan korang kalau ada masa lah baca bnyak2 Al Quran. Macam aku, pagi aku amalkan lepas subuh surah Yaasin, Al Waqiah dan 10 ayat awal dan akhir Al Kahfi, lepas Asar pulak Surah Al Waqiah, An Naba, Al Kahfi, lepas Maghrib satu helai bacaan Al Quran, Ar Rahman, Al Waqiah, Al Mulk, Al Hasyr, Ad Dukhan, As Sajadah, Al Kahfi, Al Qadr, 99 nama Allah SWT. Ni yang aku amalkan. Moga kita dilindungi Allah SWT. Aamiin. Takde masa boleh pasang audio. Kejap je aku baca. 1 jam 15 minit je. Tengok movie 2 jam boleh. Ok lah Gong Xi Fa Chai, semua.
– Wang
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit