Depression and Anxiety

salam and hi everyone. thank you admin if confessions ni disiarkan.
tujuan aku menaip ni sebab tadi aku terbaca confession Neet about depression. aku bukan nak ulas pasal confession dia. tapi aku nak share pengalaman aku. ya, aku seorang pesakit wad psikiatri.

aku perempuan, awal 20-an, pelajar medic. aku didiagnos menghidapi major depressive disorder awal bulan april 2017. berdasarkan apa yang confessor tu cerita, yes aku dapat relate. luaran aku seorang yg ceria, bubbly, cheeky, peramah. tapi rupanya dalaman aku sakit. aku tak happy. aku hipokrit pada dunia untuk tutup apa yang aku rasa sebenarnya.

bila depression aku getting worst, aku habiskan masa hampir 18 jam tidur setiap hari. aku bangun pergi kelas, balik tidur sampai esok pagi. tak makan tak minum. memang tu rutin harian aku. aku memang on medication yang buatkan aku sentiasa drowsy and mengantuk. tu yang sampai kadang2 aku tidur lebih 21 jam sehari. dah depressed, ubat lagi buat aku makin mengantuk dan lemah.

makin lama makin teruk. walaupun aku on medication, aku tak rasa aku makin sembuh. jadi aku toreh lengan aku. toreh peha aku. toreh yang sampai mengalir darah tu. sambil menangis tanpa henti. boleh bayang betapa penyakit aku ni buat aku semakin hilang kewarasan? makin hari makin aku hilang diri aku. its eating me from inside. in this period, aku dah stop bergaul dan bercakap dengan manusia. aku ponteng kelas. aku habiskan masa tidur, bangun menangis then toreh lagi.

one day, something spiked. benda tu kecik je bagi orang lain. tapi dengan condition aku, bagi impak yang besar. aku takboleh handle. jujur takboleh. jadi sepanjang minggu aku battle dengan diri aku sebab minggu tu aku nak final exam. aku takboleh study. aku takboleh fokus. aku memang hilang terus diri aku. minat hilang. minat nak hidup pun memudar. at the end sebab terlalu tak dapat menahan sakit yg aku rasa, aku ambil jalan mudah. aku cuma nak semua ni berhenti. nak end all this. aku telan hampir 20 biji pil. pil apa? pil tidur, campur dengan antidepressants medication. last aku ingat, aku dah disorong masuk dalam ambulans. housemate aku perasan last tweet aku kat twitter yang berbunyi “its time to end all this” and check bilik aku since aku tak keluar bilik langsung sepanjang hari.

since then semuanya berubah. kenapa? bila dah sampai tahap ni, bila aku dah tak mampu, baru orang sekeliling aku aware. baru parents aku yang in denial, akhirnya mengalah dan akui aku sakit. aku bukan tak reach for help. tapi stigma masyarakat kita yang deny orang yang sakit mcm aku. aku uruskan semuanya sendiri. aku merangkak mencari bantuan. macam kelemasan and desperate nak cari tempat berpaut. daripada depression, aku jadi terlalu protective over myself untuk protect diri aku yang fragile.
aku tak minta perhatian. aku tak minta orang bagi aku full attention. aku cuma mintak ditolong. bantu aku yang semakin hari semakin lemas

so dear confessor, aku faham perasaan kau. aku faham apa yang kau rasa. been there, done that. nasihat aku, jangan biarkan benda ni makan diri kau. macam mana ia makan diri aku. jangan sampai kau ada di tahap aku, reach for help now sementara kau masih boleh. aku nak tolong kau, tapi aku cuma mampu tolong dengan mengatakan, you are sick my dear, please seek help. aku rasa masyarakat kita perlu didedahkan tentang kesihatan mental sebab dalam case aku, orang sekeliling deny aku bila aku cuba mintak tolong. sebab? in denial. depression ni tak nampak. hakikatnya sama je macam kalau kau sakit cancer. cuma cancer, you can see the signs and the symptoms.

pada yang terfikir kenapa aku tak dekatkan diri dengan tuhan, aku hilang tuhan waktu tu. aku lost, lenyap dalam dunia aku. aku salahkan diri sendiri, orang salahkan aku walaupun hakikatnya, brain chemicals aku tak normal, stressors dan penyakit ni yang jadikan aku begini. aku tak mintak. orang yg ada depression tak mintak. bukannya sama macam stress. ia dua benda yang berlainan. tapi kerana masyarakat kita kurang ilmu, kami dikatakan mengada2. manja, tak tahan dugaan.

to all the people that is having depressions, its not your fault. reach for help. dont ever be at my shoes. i faced the worst state, suicide attempt dan selamanya akan dicop budak bermasalah yang terpesong dari agama. tapi semuanya ada hikmah. akhirnya my silent cries were noticed. but it was never the solution okay. cry out loud now to help people to help you. parut akan kekal, tapi its better than the non-stop bleeding.

– a patient

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit