Bismillah. First of all, aku hanya manusia biasa. Tak terlepas dari dosa, jauh sekali mulia. Segala nasihat dialukan tapi seeloknya dengan cara yang baik dan kata-kata yang baik. Teguran kasar tak bawak apa manfaat pun. Kau pun, tak suka ditegur dengan kasar bukan?
Aku 16 tahun,masih bersekolah. Ambik science stream. Orang selalu kata, “Ada orang nasib dia lebih teruk dari kau” Yes, aku sedar. Aku tak buta untuk menilai. Cuma, ramai orang tak sedar tak semua orang ada hati kental, hati tabah. Ada orang, even dah lalu macam2 pun hati masih fragile sebab dia memang macam tu. Jangan sebab kau tabah, kau boleh label and judge orang sesuka hati kau. Aku dari kecik kena molested with my own brother, tapi aku diamkan sebab aku nak jaga nama dia. Plus, aku sayang dia. Aku taknak sebab aku, hubungan dia dengan abah yang sedia retak tu, makin teruk sebab aku. Yes, aku tak patut macam tu. Aku tahu. Tapi aku manusia. Sejahat mana pun dia, dia abang aku. (Dia stop molest waktu aku form 1). Family aku kucar kacir. Parents pernah nak bercerai tapi disebabkan anak-anak ramai and masing2 muda lagi, dorang still bersama. Tapi tula bergaduh setiap hari. Aku lupa bagaimana rasanya parents boleh berbincang, duduk tanpa perselisihan. Jujur, aku cemburu dengan orang yang parents bahagia. Marriage parents aku diaturkan. Aku cemburu bila mana orang boleh peluk ayah dia, bergurau dia. Aku, kadang seminggu tu tak cakap langsung dengan abah aku. Aku start ada depression when I was 9. Mungkin sebab childhood, mungkin sebab orang sekeliling. Aku tak tahu. Bila keluarga sendiri cakap “kau ni baik mati jela dari menyusahkan” “hidup kau pun takda guna” “kau hidup ke mati ke sama je” Aku tak boleh ignore. Sebab dorang paling aku sayang. Dorang darah daging aku. Tapi betulla “the ones u love the most, hurt you the most”. Aku pernah kena kejar dengan cangkul, parang. Pernah kepala kena hentak dekat dinding. Kena tampar sampai terlanggar meja. Bagi orang tu biasa, tapi aku, hati aku serapuh kaca.
Bila mana kawan aku cerita dia ada kakak yang boleh berkongsi cerita, abang yang selalu menjaga, aku hanya mampu senyum. Aku tak sepatutnya cemburu dengan kebahagiaan orang,but I still did. Masa aku upsr, kakak aku pmr. Dapat result upsr, balik rumah macam takda apa. Cuma aku menangis sebab rasa gagal banggakan mak bapak sebab dapat 4A bila semua orang expect aku 5A. Kakak aku balik, dapat 7A1B, mak cium peluk, cakap tahniah kata mak bangga. Kakak yang lain belikan pizza, celebrate. Aku ignore perasaan sedih aku, mungkin sebab pmr taraf dia lagi tinggi dari Upsr. Dan 2013,aku hilang dua orang paling aku sayang, pak ngah and moyang. Masuk form 1,aku kenal someone. Dia buat aku percaya kan dia, aku cerita semua benda kat dia. Orang selalu label aku secretive, tapi tak tahu macam mana aku boleh terbuka nak cerita dengan dia. Tapi aku tak sangka dia sanggup betray aku padahal aku dah letak sepenuh kepercayaan kat dia. Sebab dia,i became more secretive and distant. Sampai form2,i met the nicest and the most amazing girl I ever knew. Her name was Farah. Sampai sekarang,kalau bercerita pasal dia, aku tak boleh kalau tak mengalirkan air mata.
Dia terlampau baik. Bila aku menangis tak boleh tidur sampai 3am sebab anxiety and depression, dia yang selalu ada bagi aku tenang. Even orang cakap orang depressed macam aku ni cuma attention seeker, seinchi pun dia tak pergi tinggalkan aku. Aku mula redha dengan pemergian pak ngah &moyang. Aku mula terima hakikat aku dikhianati dengan orang yang paling aku percaya. Sampailah Allah tarik Farah dalam hidup aku. Bila ibu dia teresak menangis bagitau Farah dah takda, aku terdiam. Aku matikan call. Aku tak pergi lawat Farah sebab aku tahu aku takkan mampu terima dia dah pergi tinggalkan aku. Aku akan meraung bila nampak wajah dia yang selalu buat hati aku tenteram dah tak mampu ukir senyum. Dan aku menyesal sebab tak dapat cium dahi dia buat kali terakhir. Aku ingat lagi macam mana susahnya aku pergi sekolah buat macam takda apa sebab classmate tak kenal Farah.
Orang tak tahu macam mana aku struggle senyum padahal kalau boleh aku nak je peluk sesiapa, cakap aku tak kuat. Aku down, depression aku makin teruk tapi aku tak tunjuk sesiapa pun. Naik form 3,check mata, doc kata aku ada cataract left eye. Dia kata dari kecik, so dah lama. Aku pandang mak, mak nampak menyesal. Ye. Sebab dari tadika aku bagitau left eye aku tak clear macam kanan, tapi mama ignore. 8tahun mak aku tak percaya aku. Dan dia menangis. Dia tak tahu hati aku pun terluka sama, dipulaukan oleh orang yang paling aku cintai, hanya tuhan tahu sakit tu. Aku tak terkilan ada penyakit tu. Aku terkilan sebab mak tak percaya aku. Aku start toreh tangan. Depressed je, toreh tangan. Aku tak bagitahu sesiapa pun,sampai ada kawan selak lengan aku. Dia terkejut, aku sengih. Aku tenangkan dia cakap aku okay. 3hari after pt3,terus masuk wad. Operation untuk cataract. But aku still tak dapat melihat dengan jelas. Doc suggest laser, aku takut tapi sebab mak setuju, aku ikut. Mak syurga aku. Buat laser, still tak nampak. Doc kata takda harapan, left eye aku mungkin buta. While kanan aku power makin teruk sebab penat guna satu mata je (power 500) . Dapat result pt3,8A. I expect ada celebration macam kakak aku dapat. Nothing. Lebih sakit, ramai pertikaikan result aku. Aku boleh dapat straight A kalau tak main phone. Tapi, Allah yang tentukan rezeki bukan?
Kita usaha macam mana pun, kalau Allah nak bagi rezeki setakat tu, kita kena terima. Tu pendapat aku. Masuk form 4,dapat sc aku terus jumpa counselor nak tukar stream. Pengetua tak bagi, dia kata harapan aku cerah. Tak. Aku cuma penat dengan expectations manusia. Aku penat kena compare. Im tired of being not good enough. Orang hanya nampak hasil, dia tak pandang usaha kita. Tapi aku pujuk hati terima yang Allah dah rancang sesuatu untuk aku. I thought my life started to get better. Aku silap. Kakak aku accident, kucing aku mati depan mata aku sendiri (pencinta kucing je faham),kawan aku coma, cousin meninggal. Wow. Then, insecurities,anxiety,
Aku masih perlukan manusia. Aku manusia, fitrah aku untuk ada seseorang yang memahami. At some point, aku jadi suicidal. Aku tanya orang sekeliling ada tak tempat jual sleeping pills. Dan bila orang tanya kenapa, aku jawab aku susah nak tidur. Tapi Alhamdulillah Allah panjangkan umur. Aku selalu sakit sebab emotions selalu terganggu, tidur tak cukup. And sometimes i starve myself sebab depression and insecurities. Aku insecure tengok perempuan yang cantik dan kurus. Aku pun suffer dengan social anxiety,even fam keluar mana2 pun aku tak ikut, aku prefer duduk sorang2. Sampai sekarang, depression aku tak cure lagi even dah beberapa kali jumpa counsellor and dah attend beberapa session dengan Psychologist. Aku mintak kalau korang ada kenal orang depressed macam aku, tolong jangan judge. Ramai orang tak sedar how much words can impact someone’s life. So please kalau tak mampu memahami, tolong jangan buat orang lain bunuh diri. Aku solat, aku doa. Mungkin cuma Allah memang nak uji dengan depression. And whoever reads this till the end, May Allah heals whatever is hurting you and gives you happiness you always wanted. Dan untuk orang yang depressed macam aku, you’re not alone. Percayalah, sayang tuhan tu sentiasa ada.
– Anis
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit