Salam semua.
Confession ni lebih pada meluahkan perasaan sebab aku da tak mampu nak pendam lagi sebab benda ni melibatkan sikap dan apa yang aku terpaksa lalui. Banyak dugaan dan ujian yang terpaksa aku tempuh sepanjang bulan syawal ni sampai aku dah tak tahu nak bangkit kembali macamana.
Semuanya disebabkan oleh sikap aku. Tapi aku dah mengaku salah., cuma orang tidak habis2 cuba untuk memberi tekanan dan membuat berbagai kesimpulan. Tidak cukup dengan itu, sikap tidak profesional mereka sehingga membuatkan hampir semua mengetahui apa yang telah terjadi.
Mungkin kerana mereka merasakan diri mereka terlalu maksum sehingga berhabisan menghentam dan menekan sesorang sehingga mempengaruhi mental aku sendiri. Aku cuba untuk kuat, tapi apakan daya, aku tidak mampu untuk menahan “depression” ini lagi. Aku telah merayu dan mengakui silap aku, tapi manusia ni selalu merasa maksum sehingga terlupa akan keturunan mereka yg mempunyai perjalanan yang masih panjang.
Seringkali terlintas di dalam fikiran aku untuk menamatkan je semua ni dan juga menamatkan hayat ku. Tapi aku tidak kuat usai teringat akan keluarga ku. Kenapa manusia yg merasakan diri mereka maksum tidak punya silap begitu susah ingin memaafkan manusia lain?
Aku sedar, aku manusia yg hina, puas aku merayu dan mengakui silap aku tapi tidak diendahkan malahan dianggap sinis oleh mereka yg maksum itu. Takut, perasaan bersalah yg sangat menebal, ku sangka silap ku hnya biasa kerana ku lgsg tidak sedar itu merupakan silap yg besar dan aku sedia menanggungya. Tapi.. Manusia yg maksum itu tidak henti ingin menolakku kebawah.. Ye, aku berada dibawah.. Di tempat paling bawah sekarang.
Tolong aku. Aku hampir putus harapan. Aku mahu berhenti.
Tolong.
– Hambanya
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit