Nama aku Farah. Aku dah diagnosis, ada depression 2 tahun lepas dan masih menjalani rawatan dengan pakar. Terima kasih admin jika cerita aku ini di siarkan.
Aku cuma nak luahkan apa yang sesetengah orang yang ada depression ini rasa dan tolong lah rakyat malaysia dalami juga ilmu depression ini. Jangan lah pandang kami seolah tiada agama. Penyakit ni bukan kami minta. Kami juga manusia biasa, iman boleh naik turun dan faktor keliling kita berbeza. Hina sangatkah kami yang ada depression sehinggakan sesetengah masyarakat menganggap kami ini seperti orang gila.
Ya benar kami di beri rawatan, di beri ubat. Sejujurnya itu tidak memadai untuk kami lawan diri kami. Kami perlukan tangan yang pimpin tangan kami untuk bantu kami kembali pulih. Sakit nya tidak kelihatan tapi keperitannya amat dirasai.
Saya minta kita sama sama ambik berat dengan ahli keluarga sahabat handai kawan sekerja isteri suami jiran atau sesiapa sahaja yang ada disekeliling kita. Jangan nanti jiran sebelah rumah kita terjun bangunan akibat depression atau ahli keluarga kita bunuh diri sebab depression.
Tekanan hidup masa kini amat tinggi dan pengaruh dari media. Kita tidak tahu apa yang orang sekeliling kita pendam, sebab itu ada pepatah, cakap siang pandang pandang, cakap malam dengar dengar. Berhati-hati juga upload kemewahan kita di media sosial. Berhati-hati juga tunjukkan kebahagiaan kita di media sosial mana tahu ada rakan fb/ig kita terasa tertekan dengan semua itu. Setiap rezeki manusia itu berbeza, miskin lawannya kaya, sihat lawanya sakit.
Akhir kata, kami perlukan sokongan orang sekeliling untuk bantu kami atasi masalah mental ini bukan tambahkan lagi beban kami. Berilah kata-kata semangat kalian buat kami. Jangan lah berkata tidak baik mungkin itu akan menyebabkan kami lebih trigger.
Maafkan aku jika bahasa aku tunggang langgang dah 2 hari aku tak boleh tidur akibat trigger dengan kes adik Adam, semoga ibu bapa adik Adam dalam peliharaan Allah swt. Al fatihah buat adik Adam.
Pergilah google apa itu depression kerana ia bukan tekanan perasaan ia bermain dengan mental membawa ke perilaku.
Assalamualaikum…
– Farah
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit