Assalamualaikum semua and hai. Aku cuba untuk menulis sebab dah lama terpendam dalam hati. Sejujurnya ketika aku menaip air mata aku jatuh sebab terkenangkan kenangan pahit.
Tahun 2020 tahun yang paling pahit buat aku sebab tahun 2020 aku banyak kali pergi hospital atas masalah MDD (MAJOR DEPRESSION DISORDER).
Pagi tu aku pergi kerja macam biasa and tiba tiba aku ketawa sorang sorang manager aku nampak and bawa aku ke hospital dari situ la doctor diagnosed aku dengan depression.
Ada satu ketika aku ambil pisau dan toreh tangan aku sampai puas sebab aku terlampau stress dengan diri aku. Aku selalu salahkan diri aku sendiri dengan apa yang jadi dan aku juga selalu berfikiran negative.
Hujung tahun 2020 macam biasa aku pergi kerja happy happy dengan kawan balik kerja aku sedih aku menangis, meraung dan aku ternampak ubat depress aku.
Aku telan sebanyak 20 biji dengan air coke dan alhamdulillah Allah selamatkan nyawa aku.
End up aku dimasukkan ke ward psychiatry dalam masa yang sama dipantau oleh doctor medical sebab kandungan ubat dalam darah aku terlampau tinggi.
Sebenarnya dari kecik lagi aku selalu tertekan dengan parents aku. Aku pernah jerit kat mama aku kenapa aku selalu kena pukul and kena maki.
Jawapan mama aku dia stress dengan perangai arwah abah aku jadi dia lepaskan kat aku anak sulung dia.
Aku malu dengan jiran2 sebab tiap2 minggu suara mama aku bising sebab pukul dan maki2 aku. Jiran2 semua dengar apa yang jadi dalam rumah.
Bila meningkat dewasa aku tak rapat dengan parents aku. Aku banyak habiskan masa duduk dalam bilik.
Sebelum aku kawin pon aku selalu kena maki bila dah selalu kena maki aku rasa down sangat sangat.
Bila doctor diagnosed aku dengan depression doctor cakap aku trauma dengan zaman kecik aku dan menyebabkan aku depression.
Masa aku telan ubat 20 biji sebelum ambulance datang ambil mama aku bising bising kat aku cakap aku macam macam sedangkan time tu aku perlukan support dan kata kata positive dari mama aku.
Tapi yang aku dapat time tu cuma makian dari mulut dia.
2019 aku berkahwin kadang2 depan husband aku pon aku dimalukan dimaki. Husband aku tak mampu nak cakap apa2 sebab dia menantu dia hanya mampu peluk aku dan bagi kata2 semangat.
Sejujurnya banyak lagi aku nak cerita tapi cukup la setakat ni je.
Alhamdulillah sekarang aku dah ada anak sorang dan aku pon dah berjanji aku takkan buat benda yang sama kat anak aku macam pukul atau maki anak atau malukan anak depan orang lain.
Sejujurnya aku tak salahkan parents aku maybe aku ni memang anak tak guna seperti mana mama aku selalu cakap kat aku “kau memang tak guna satu sen pon” .
Terima kasih
– Cik bunga (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit