Assalamualaikum semua. Di sini saya teringin berkongsi tentang depression. Yes, beza ya antara stress dan depress. Orang yang depress ni adalah penyakit.
Pada mulanya, tak sangka pon yang kita ni ada depression. Simptomnya adalah almost dua bulan tak boleh tidur, jadi insomnia. Hari hari menangis tanpa sebab. Sebelum nak pergi kerja tu menangis dulu. Yes time tu dalam fasa murung.
Sampai la satu tahap rasa nak jumpa dr. Hidup ni sentiasa berfikiran negatif. Rasa diri ni tak berguna, rasa nak mati, nak bunuh diri, masa depan jadi gelap. Selalu menyalahkan diri sndr. Dan setiap hari berlalu sangat berat untuk lalui. Di tambah dengan rasa takut, sakit dada dan terasa seolah olah bermacam perkara buruk akan berlaku.
Dalam fasa ni, badan jadi lemah, rasa malas, rasa nak tidur tak mau bangun, badan jadi lesu. Nak bangun solat pon menangis sebab rasa berat sangat, tapi apa pun saya push diri saya supaya nampak okey depan family dan orang lain walaupun dalam jiwa sebenarnya penuh kegelapan.
Bencinya pada diri sendiri, benci rasa nak hidup. Saya rasa hidup ni kosong dan sampai satu tahap saya rasa taktaw apa lagi yang nak dalam hidup ni. Rasa diri tak dihargai.
Perasaan tu ada hampir dua bulan lamanya. Sampai la diri ni rasa nak sangat jumpa dr. Dan akhirnya tewas. Dr buat surat rujukan ke dr pakar hospital. Bila set appoiment dengan dr psikiatri di hospital dr kata tahap kita dah teruk. Tak stable.
Dr kata nasib baik datang awal hospital time tu. Sebab time ni dah ada suicide attemp. Dah overdose ubat apa semua. Dah rasa hidup ni nak mati sangat. Sampai la first appoiment tu kena tahan ward. Almost 3 kali dah keluar masuk ward dalam bulan 3 dan 4 tu.
Saya cuma ingin ingatkan bahawa depression tu bukan menda main main. Ianya sejenis penyakit yang perlu dirawat. Saya doakan pejuang pejuang depression diluar sana kuat menghadapi cabaran ini. Kita masih dalam lindungan Allah. Depression ni sama macam sakit kronik yang lain. Cuba depression ni melibatkan mental yang luarannya memang nampak ok. Nampak sihat.
Pada netizen diluar sana. Cukuplah kata orang depression ni buat buat. Main main. Ianya sangat bahaya. Sampai saya haritu kena tahan ward seminggu lamanya.
Saya masih dalam rawatan dr. Dan masih on ubat. Kalau saya tinggal ubat saya akan relapse. Saya sebenarnya taknak bergantung dengan ubat. Mohon doakan saya kuat dan tabah hadapi ujian Allah ini.
Assalamualaikum…
– No nama (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit