Depression or Attention Seeker

Assalamualaikum. Pertama sekali, terima kasih admin sebab publishkn confession ni. Aku berusia 25 tahun dan sudah berkahwin. Aku Baru sahaja melahirkan zuriat pada september 2018. Aku di diagnosed dengan Major Depressive Disorder dan masih dalam meneliti apakah aku juga borderline personality disorder. Sudah hampir setahun Aku dalam rawatan dan masih lagi bergantung pada “happy pills” yg diperskripsi.

Permulaan punca invisible illness ini sejak aku masih di sekolah rendah. Dibuli dan masalah keluarga. Dua benda ini aku pasti memang ramai yg pernah hadapi. Perbezaan nya cuma.. Aku lemah. Dari darjah 1 hgga 4 aku dibuli, di persisih. 2 tahun terakhir di sekolah rendah, aku pula ambil langkah berani membuli. Puas.. Aku lepaskan kemarahan, dendam pada org yg tak bersalah. Menginjak ke sekolah menengah, tragedi BULI bermula kembali, aku disisih, tiada kawan, di ejek bertubi2.. Aku cuma mampu diamkan diri.. Aku tak nak ulangi kesilapan aku lg. Semasa tingkatan 2, aku sudah mula mencederakan diri sendiri. Bagi aku itu satu2 nya jalan pintas bagi aku meluahkan rasa. Kenapa aku tak cerita pada family?? Sebab aku tak rasa diorg perlu tahu. Aku tak nak bebankan mak ayah aku dengan masalah “kecil” aku.

Tragedi buli berlarutan sehingga aku tamat persekolahan, aku hidup dalam dunia aku sendiri. Aku berbeza dari rakan2 sebaya. Aku terasing dari dunia nyata. Aku pernah ditolak jatuh tangga, ditampar, dimalukan dengan ejekan, pandangan sinis mereka pd keluarga aku, setiap hari aku dengar penghinaan tu, “sudah lah mak ayah berniaga tepi jalan, tak malu ke? ” “kau kutuk aku kan? Baik kau mengaku sebelum aku belasah kau ramai2” aku diugut dgn benda yang aku tak buat, mereka cuma cari alasan untuk buli aku..setiap bait kata yang keluar dari mulut mereka.. Aku tak pernah lupa smpai sekarang.

Aku pernah difitnah rakan sekelas, aku dihina dengan guru kelas aku sendiri. Aku ingatkan, seorang guru akan cuba membantu, tapi hakikatnya, tak langsung.. Aku dihina .. cikgu aku bg gelaran “DRAMA QUEEN”.. Aku tebalkan muka pergi ke sekolah.. Sebab aku tahu… Apa jadi sekalipun.. Aku tetap kena teruskan. Aku dianggap pelajar bermasalah kerana ada guru yg tak suka kan aku. Aku kerap ke kaunseling untuk membina kembali kekuatan.. Tapi aku tak mampu nak ceritakan masalah aku. Aku cuma mampu diam dan menangis.

Sejak dari tingkatan 1 aku sudah mula membantu parents aku berniaga. Balik dari sekolah, aku terus pergi ke gerai. Kerja sekolah, kerja khusus, semua aku bawa ke sana, kalau sempat siap, siap la… Kalau tak… Humm… Rutin harian aku berpusing ke arah yg sama. Pergi sekolah, balik petang, pergi niaga, balik niaga pukul 10 lbh malam. Bangun waktu subuh, aku tak cukup rehat, aku penat, even masa aku sakit sekalipun.. Aku tetap kena pergi ke gerai, sebab tak ada orang lain yg boleh tolong parents aku… Mungkin sebab aku anak bongsu dan jarak umur dengan adik beradik lain… Agak jauh. Aku sangat tertekan, di sekolah aku dibuli, balik pula berhempas pulas, sewaktu tingkatan 3, aku cuba untuk bunuh diri, masa tu, parents aku hampir bercerai, aku dengar mak ayah aku bergaduh setiap hari, pukul memukul memang tak pernah lekang setiap kali bergaduh. Dr aku kecil smpai besar aku hidup dalam suasana yg gelap.

Ayah aku kaki mabuk, judi. Aku tertekan, tahun tu aku fikir PMR, aku terbeban dengan expectation mak aku yg selalu bandingkan aku dengan orang lain yg jauh lebih bijak. Aku nekad kali ini, aku telan paracetamol 30biji dan berharap semua nya akan berakhir. Aku siksa diri aku.. Parut yang penuh di tangan ni, tak mungkin hilang. Orang kata aku gila, aku tak hargai diri. Mungkin ya.. Mungkin tidak.

Setiap kali aku sedih dan terluka, aku tak boleh kawal lagi hati aku, aku nak sangat mati masa tu, aku capai apa saja yang ada depan aku dan mula toreh lengan.. aku tenung darah yg mengalir, aku puas. Kesakitan dalam hati aku berkurang. Kehidupan aku sadis dan penuh duri. Sehingga ke tahun ini sudah lebih dari 6 kali percubaan aku untuk bunuh diri, ternyata Allah masih mahu aku hidup. Semasa tingkatan 5, aku banyak berubah, aku solat, mengaji, menangis dan mengadu sepuasnya pada Allah. Tapi aku tetap rasa sakit dan kosong.

Masuk ke alam University, aku di serang cultural shock. Aku yang tak pernah merasa bebas, bila dapat bebas dari segala beban di rumah dan sekolah, aku happy, aku tak solat, aku hampir convert ke agama lain, aku berubah 360 darjah. Aku hidup tak keruan, sampai lah aku gagal pada semestar 4. Dan aku tak mampu untuk teruskan. Aku berhenti belajar. Aku sambung ambil sijil kemahiran, alhamdulillah.. Aku lulus. Waktu ni aku banyak berubah, aku menyesal dengan perbuatan aku… Aku mula dektkan diri semula pada Allah..aku dapat rasa ketenangan tu, tapi kenapa hati aku masih sedih dan kosong.

Ada satu lelaki yg terselit dalam setiap kisah hidup aku. Dia yg pada mulanya nampak baik, rupanya cuma syaitan bertopengkn manusia. Dia banyak membantu keluarga aku dan aku semasa belajar, dia kata dia ikhlas kerana dia sudah anggap keluarga aku seperti keluarga sendiri, rupanya dia mengharapkan balasan, dan reward itu adalah aku. Dia nak aku. Aku pernah kena pukul dengan dia, sebab aku tak nak pilih dia, dia kawal hidup aku sampaikan aku langsung tak boleh berkawan dengan sesiapa, dia ugut aku, dia pernah cabul aku.

Aku menangis semahunya ceritakan pada mak dan ayah aku. Tapi mak aku sokong dia. Hancur nya hati aku. Seorang ibu yg sepatutnya menyokong darah dgg sendiri, percaya kan org luar. Aku pernah larikan diri dari rumah, sebab aku tak tahan dah. Aku letih. Akhirnya, aku nekad, aku cari alasan untuk bergaduh dengan si lelaki tu, ya. Aku berjaya. Aku sudah buang dia jauh dari jalan hidup aku dan keluarga.

Tapi Sangkaan aku ternyata salah. Aku fikirkan Dia tak akan ada lg dalam cerita hidup aku, rupanya dia pergunakan setiap gambar peribadi aku untuk malukan aku. Aku tak tahu bila dia ambil semua gambar2 tu. Dia cipta akaun facebook dan twitter palsu atas nama aku. Add semua rakan2 sekolah dan kolej aku. Dia post benda2 lucah, dan fitnah aku jual badan. Kononnya page tu aku guna untuk cari pelanggan. Paling aku kecewa.. Ada sesetengah dari rakan2 kolej aku percaya dengan perkara tu. Paling aku malu, bila ada seorg lelaki yg aku tak kenal langsung… datang ke gerai mak aku, dan tiba2 dia cakap “eh? Bukan kau ke yg dalam fb tu? Kenapa lain kt luar? ” dia persoalkan dengan pandangan sinis, sebab aku masa ni sudah mula bertudung labuh.

Aku menangis semahunya. Aku tertekan, aku sudah pernah ambil tindakan, report polis, report di jbtan komunikasi dan multimedia, jumpa keluarga dia minta dia hentikan perbuatan dia. Tapi tetap sama. Sampaikan aku rasa sangat malu, takut untuk keluar rumah. Aku takut orang buat apa2 yg tak sepatutnya pada aku. Aku fobia. Perkara ni berlarutan selama 6 tahun, dan dalam 6 tahun tu aku tak pernah rasa selamat. Mana aku pergi dia tahu, mana aku kerja, jauh mana sekalipun.. Dia tahu. Dia selalu perhatikan aku dari jauh, aku dapat rasa setiap langkah aku diperhatikan. Aku rasa hidup aku sangat tak selamat. Dia pernah kata, dia akan buat aku dan keluarga aku menderita dan datang merayu sujud di kaki dia. Aku bnyk berdoa, minta Allah lindung kami sekeluarga… Allahu.. Sekian lama aku hidup dalam ketakutan. Aku susah untuk tidur, pernah 2 ke 3 hari aku tak akan tidur.. Sebab aku rasa tak selamat.

Aku hidup macam ni sampai la sekarang. Walaupun FB dan twitter tu dah tak ada, tapi aku tetap takut, aku sudah pindah jauh . Suami aku nak aku mulakan hidup baru. Kalau nak aku ceritakan setiap bait kisah aku.. Masih sangat bnyk perkara yg jadi.. Kalau ada kesempatan di hari lain.. Aku ceritakan lg supaya boleh dijadikan pengajaran. Aku hidup dengan rasa sedih yg tak terungkap, sunyi yg tiada sebab selama lebih dari 10 tahun.

Aku akhirnya ambil langkah berani untuk ke klinik, ambil ujian dass, dan terus rujuk ke psikiatrik. Aku sudah siapkn mind set, aku tak hiraukan stigma masyarakat, aku cuma mahu sihat dan hidup seperti manusia normal. Aku pernah dipanggil gila, takda didikan agama, bodoh, pentingkan diri, drama queen, attention seeker. Aku tak marah, sebab mereka tak tahu jalan hidup aku. Sekarang aku rasa ok sedikit, sudah boleh gelak tawa, perasaan kosong sudah mula rasa terisi, walaupun aku terpaksa hidup bergantung dengan ubat seumur hidup.

Nasihat aku, kalau kau betul2 rasa diri kau ada yang tak kena, pergilah check, beranikan diri dan sama sama kita ubah stigma masyarakat pada pesakit mental seperti kita. Kita juga manusia. Terima kasih.. Ikhlas dr sy seorang Depression Fighter.

– Blackbutterfly

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *