Assalamualaikum semua. Aku lebih gemar membahasakan diri sebagai Zul. Haha, aku perempuan ya jangan salah faham. Tajuk kali tentang Depression. Tentang kehidupan aku yang terlalu lurus bendul sanggup diperlakukan seperti hamba abdi.
Harap kalau dah baca ni, ambillah iktibar. InsyaaAllah.
Aku merupakan anak sulung daripada 4 orang adik beradik. Aku sering berimaginasi yang hidup aku indah seindah pengakhiran kisah dongeng disney princess, hahaha…
Bila aku masuk pra pada tahun 2010, aku kena marah sikit tak pernah melenting. Sebab yelah, budak-budakkan.. mana nak kenal apa itu kena marah.. yang tahu melenting je kerja keras kepala.. Masuk tahun 1 pada 2011, aku sekolah kat Miri (nama sekolah dirahsiakan).
Masatu, aku merupakan pelajar contoh sebab keputusan baik2 belaka. Staright A. Oleh kerana aku jenis peramah, aku banyaklah kawan-kawan keliling pinggang. Semua orang aku layan. Semua orang aku share benda, haha.
Tapi sampailah satu hari ni, ibu aku kena transfer pergi tempat lain. (Maaf lokasi biarlah rahsia) Sebenarnya, nenek aku nak jaga aku dan biarkan adik2 aku yang lain pindah ikut ibu abah aku. Tapi hakikatnya, takdapat dan aku pun ikut dorng pindah sana jugak.
Masuk tahun 2, aku sunyi. Sebab takda kawan. Yeah, jujur.. aku jenis yang alone tanpa kawan sebab seumur hidup aku, aku tak pernah sunyi. Mesti ada kawan tak kesahlah patung ke apa. Dan memandangkan aku peramah, aku tegurlah sesiapa je dahtu bawa jadi kawan.
Aku bawak classmate aku jadi kawan aku ramai2 tapi aku tak tahu pun yang ada diantaranya tak suka dengan kehadiran aku. Dorang tak suka tengok aku bahagia. Walaupun sedikit. Asal ada je aku, dorang step kaki. Dorang tarik tudung dorang buli aku.
Tapi aku ni tak terfikir pun aku kena buli masatu. Sebab aku masih kanak2 so aku fikir dorang nak ajak bergurau. Makanya saya senyumlah bila diperlakukan sebegitu haha. Dirumah pula, aku duduk dengan ibu je. Abah aku pula kerja jauh jarang balik rumah. Jadi jaranglah nak bermanja minta kasih sayang seorang bapa tu.
Nak dijadikan cerita suatu hari ni, aku sorang2 duduk kat meja.. tiba2 ada sekumpulan perempuan yang buli aku dulu ni nak berkawan dengan aku. Aku pun apa lagi, terimalah! Tapi tak sangka, dalam senyuman mereka terkumpul 1001 makna yang tersirat.
Rupa2nya, dorang jadikan aku kawan hanya nak jadikan aku hamba abdi. Oleh kerana aku jenis yang terlalu mengikut arahan orang, mudah percaya, lurus bendul, bodoh… dorang buli aku. Kalau aku tak buat, dorang ugut aku dorang tak kan kawan aku kalau aku tak ikut. End up, terpaksalah ikut.
Aku sedar sebenarnya, dorang berkawan dengan aku bukan sebab ikhlas. Yelah, kalau ikhlas takdanya dorang berkawan dahtu putus tiba2 takda salah silap apa pun yang kita buat. Terus tarik muka meluat tengok kita kat depan mata.. pi hasut orang cakap jangan kawan dengan dia.. Aku sedar semua tu.. tapi aku pendam.. aku mulai matang bila masuk tahun 4. Tapi, aku tak nak tunjuk yang aku matang so aku still dengan perangai budak2 aku. Sampai sekarang.
Skip, Tahun 5 hujung tahun tu mak aku kena transfer lagi pergi kat tempat lain lagi. Haih penat tau pindah2 ni hmm. Aku kat daerah ni sampai sekarang. Aku sekarang tingkatan 3. Masa hujung tahun 2015, waktu bulan 10 aku masuk sekolah.
Waktu aku sunyi sangat. Takda nak jadi macam dulu nak pergi kat meja orang tanya nama siapa jom jadi kawan. Aku tak buat macam tu dah. Aku pendiam mula2. Oleh kerana tempat asing, culture dia asing, jadi tu buat aku jdi janggal. So aku takda kawan. Kalau ada pun classmate yang camtu2 je. Aku start kena buli masa tahun 6.
Masa tahun 6, aku selalu kena pukul. Selalu kena herdik. Apa yang aku buat semua salah. Cikgu2 pun tak suka aku hanya sebab aku ni nampak macam pelajar nakal yang bermasalah. So, bila dah tau benda macam ni jadi aku just mampu diam. Tak mampu nak cakap apa2.
Aku waktu tu lebih memilih untuk memendam. Aku tak da tempat meluah. Ibu aku sibuk kerja memandangkan dia masih baru jadi busy. Abah aku pulak still kerja jauh2. Nak harapkan cikgu kaunseling, cikgu kaunseling tu pun tak boleh pakai.
Boleh cakap bagi aku, tahun tu memang aku rasa teruk sangat. Bila aku pindah sana aku rasa hidup aku teruk nasib aku malang dan sejak dari situ aku mulai berubah. Oleh sebab aku kekurangan kasih sayang dirumah dan stress angkara pembulian disekolah sampai beg aku pun dorang selongkar, dorang sorok dorang gantung, dahtu takdak sapa pun nak dengar luahan aku, dahtu cun aku upsr, family aku push aku untuk belajar dan terus belajar.
Bila aku tak belajar, family aku bandingkan aku dengan orang lain. Yeah aku mengaku sejak aku pindah2 ni aku makin bodoh. Aku malu dengan cousin sendiri. Aku dah usaha tapi hampeh takdapat apa2. Tapi syukur alhamdulillah lah upsr lulus masatu. Cukup2 makan je.
Oleh kerana semua benda diatas, aku mengalami tekanan jiwa yang teruk. Aku down gila masatu. Tapi yang paling sakit, aku pretend yg semua tu tk pernah terjadi. Aku pretend semuanya OKAY walaupun tak. Bila aku dah tak tahan betul2 baru aku menangis. Tapi menangis tu memang tak lah aku nak tunjuk depan orang. Even family sendiri. Aku akan berkurung dalam bilik. Menangis sepuas hati. Time tu satu je aku fikir..
Aku nak bunuh diri.
Tapi kuasa Allah, aku masih lagi waras dan aku elakkan nak berfikir benda macamtu. Jadi apa yang selalu aku buat untuk luahkan adalah dengan dera adik adik aku sendiri. Sampai ibu abah aku boleh lawan. Keputusan aku merosot gila. Aku kuat mencarut. Aku bermasalah gila. Sebab apa? Aku didera dari segi fizikal dan mental. Lawa bukan? Sorang pun tak support aku. Dan aku sedih gila sebab apa yang aku harapkan apa yang aku imaginasikan semuanya dongeng. Tipu belaka.
Masuk sekolah menengah, perangai aku berubah gila. Aku tak macam dulu. Aku takda kawan. Aku pemalu. Ada pun kawan rapat, tapi tak semua kita boleh harapkan. Kawan rapat tulh yang jadi lawan. Yang jadi duri. Yang jadi tali menarik kita jatuh kebawah. Aku selalu kena pukul. Aku kena buli. Apa yang dorang nak semua aku bagi. Apa yang dorang tak suka,aku kena ikut. Dorang tak pernah fikir perasaan aku. Dorang mintak aku belikan tu aku belikan. Kalau tak habislah aku. Aku hanya mampu cover yang aku okay.
Aku happy. Aku tak kesah. Tapi itu tipu. Semuanya tipu. Haha. Dirumah pula, abah aku kerja tak tetap. Sekarang ni dia tkak erja jauh dah. Dia bussiness kecil2 je. Tapi itulah… abah aku sekarang suka letakkan semua kesalahan keatas aku. Dan itu yang buat aku rasa lagiii down and depression yang gila2 teruk. Aku kecik hati gila bila dia buat macam tu.
Adik2 aku dia tak marah teruk macam tu sekali pun. Dan gurauan dia kasar sangat. Kadang2 dia panggil aku “kakak anak pungut sebab tu kakak bodoh.” Aku nak menangis pun tak boleh. Terpaksalah ketawa jugak. Walaupun kecik hati tapi takpalah. Redha je. Dia selalu kata aku anak pungut.
Meanwhile mak aku just mampu diam. Aku sedih gila. Dahlah tahun ni aku pt3. Aku perlukan support dari someone. Tapi sorang pun tak dak nak membantu. Yang dorang tau aku hanya perlu ikut kehendak dorang.
Sedih gila. Depression aku langsung aku taktau nak handle macam mna. Kadang2 kalau aku dah hilang kawalan, aku akan tumbuk cermin tapi aku tak luka. Cermin just pecah. Dahtu datang abah aku pukul aku cakap aku gila. Aku selalu didoakan oleh kawan2 aku supaya aku mati awal. Aku tak tahu kenapa.
Dan bila aku meluah pada Allah, aku tak tahu kenapa aku rasa kosong macam…. bila orang meluah pada allah semua menangis kerana dia rasa menyesal tak ingat Allah bila dah senang.. yeah aku macam tu tapi yang kurang aku tak menangis dan aku rasa kosong gila. Macam… depression ni memamg dah sebati dalam diri aku dan aku redha nak jadi gila pun dah lantaklah tak kesah.
Boleh aku tahu cara untuk mengatasi nya?
Baiklah sekian dari saya.. maaf panjang, huhu.. terima kasih kerana sudi membaca.
– Zul (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit