Assalamualaikum.
Aku N. Kali ni aku nak cerita pasal suicidal thoughts yang sentiasa menyerang aku saban hari. Apa yang aku lalui hari-hari, hidup dengan suicidal thoughts.. Sebelum tu, aku nak bagitahu yang aku ada MDD psychosis dan borderline personality disorder (bpd).
Sebelum ada yang datang nak bagi ceramah agama, jadi ustaz ustazah jadian kat confession aku, atau ada yang cakap aku ni kafir, aku ni takda iman, aku nak tanya orang tu:
Pernah tak masa kau tengah makan, kau pegang sudu dan garpu, tiba-tiba secara tidak sedar, kau terfikir…
Garpu tu tajam tak?
Kalau tikam kat pergelangan tangan kau, berapa lama masa yang diambil untuk mati?
Kalau tikam kat leher kau, mana lokasi yang sesuai dan berapa lama masa yang diambil untuk mati?
Kalau tikam kat jantung, boleh tembus tak.
Garpu tu cukup tak untuk matikan kau?
Bila kau masuk toilet, kau nampak sabun dan barang pencuci.
Kau terfikir.
Kalau aku minum sabun ni, boleh tak aku mati?
Berapa lama masa yang diambil untuk aku mati, sebelum orang sempat jumpa aku.
Bila kau pergi ke hospital untuk appointment jumpa Dr atau melawat pesakit dan berada di tingkat 4, tiba-tiba kau terpandang ke bawah dan tanpa kau sedar kau terfikir…
Kalau kau terjun, apa akan jadi?
Terjun macam mana yang boleh buat kau mati dengan cepat?
Bila kau sedang memandu seorang diri, kau nampak lori dari lorong bertentangan, tiba-tiba kau terfikir…
Kalau kau drive kereta laju-laju dan langgar lori yang sedang laju tu, kau mati tak?
kalau mati, cepat atau lambat?
Bila kau potong sayur dan daging kat dapur sebab nak memasak untuk keluarga, bila kau pegang pisau tu dan secara tiba-tiba kau terfikir…
Pisau tu cukup tajam tak untuk kerat nadi kau?
Pisau tu cukup tak untuk menusuk jantung kau supaya cepat mati?
Bahagian badan mana, kalau ditikam dengan pisau tu, boleh buat kau mati sebelum orang sedar dan bantuan tiba?
Setiap hari kau berhempas-pulas melawan benda macam ini yang sentiasa bermain di fikiran kau tanpa kau sedari. Setiap hari kau paksa diri kau untuk sedar dari “lamunan bisikan syaitan” ini dengan sedaya-upaya. Kau cubit diri kau. Kau tampar muka kau. Kau tumbuk diri kau, kau tumbuk dinding hanya sebab kau nak paksa diri kau sedar dari fikiran yang sentiasa menghantui diri kau sehingga badan kau penuh dengan lebam.
Tidak kira macam mana pun kau cuba untuk bergembira dan tidak kira macam mana pun kau paksa diri kau berlakon ceria, bergelak tawa dan tersenyum di hadapan semua orang, dengan harapan kononnya kau akan temui juga kebahagiaan kau, walau banyak mana pun kau berdoa, paksa diri untuk mengingati Tuhan dan orang yang tersayang, fikiran dan bisikan untuk menamatkan nyawa kau sentiasa menghantui sehingga kau takut untuk hidup. Takut untuk bersendirian. Tapi apakan daya yang kau ada, apabila kau cuba luahkan perasaan takut dan bimbang itu, keluarga dan kawan-kawan hanya berkata:
Oh! Kau hanya stress. Jangan risau. Sekejap je tu. Aku pun dulu macam tu jugak! Bukan kau seorang.
Ish! Kau jangan fikir yang bukan-bukan! Jangan terlalu ikut perasaan! Kalau kau layan memanglah jadi begitu!
Ah! Kau tu tak pernah sembahyang. Memanglah syaitan mudah menghasut. Pergilah sembahyang dan banyak-banyak berdoa!
Ceh! Masalah kau apalah sangat. Bukan besar mana pun. Masalah aku lagi besar dari kau. Rileks jer aku. Tak pernah pun fikir yang bukan-bukan. Tak pernah pun terfikir nak bunuh diri. Kau tu suka sangat layan perasaan!
Bila kau luahkan pada doktor.
Respon yang kau dapat hanyalah
“Bukankah awak memang dah lama ada suicidal thought?” Seolah-olah suicidal thought tu suatu benda yang remeh. Hingga menyebabkan kau merasakan seperti kau sengaja mencari perhatian. Bukan mudah sebenarnya untuk memberitahu seseorang yang kau punya keinginan untuk mati. Hakikatnya, bila kau memberitahu, ia bermaksud kau cuba mendapatkan pertolongan.
Semua kata-kata ini sungguh pahit dan perit pada pendengaran kau. Kau diamkan, kau pendam dan kau takut hendak meluahkan perasaan kau sebab tiada siapa yang akan faham. Kata-kata sinis itu semakin mendorong kau menjauhkan diri dari orang kerana semakin kau mendengar kata-kata “nasihat” mereka, semakin kau terasa sakit yang teramat sangat dan ingin menamatkan sahaja segala kesengsaraan yang kau alami dengan menamatkan riwayat.
Aku belum cakap lagi yang ketawakan kau, memperlekehkan kau dan mengejek kau gila! Selagi kau tak pernah mengalaminya sendiri apa itu depression, bolehlah kau gelakkan orang dan buat bahan jenaka seolah-olah benda tu lucu. Kalau kau dah kena, baru kau tahu rasa sakitnya bertarung dengan perasaan dan keinginan bunuh diri!
Kalau kau tak pernah mengalami apa yang aku tulis di atas tu, jangan cuba cakap macam kau tahu apa itu depress!
Kalau kau setakat stress sebab kau banyak masalah dan tak tau apa nak dibuat tapi tak pernah ada peristiwa begitu, jangan cuba samakan dengan depress!
Kalau kau masih sedar dan kawal apa yang kau buat, tak pernah fikir yang bukan-bukan tanpa kau sedari, maka, kau hanyalah stress, bukan depress!
Kalau kau tak faham apa itu depress, jangan cuba bagi nasihat macam kau faham apa yang dia alami! Kalau betul kau nak bantu orang depress, mulut kau diam dan jangan membebel entah apa-apa! Jadi pendengar yang baik dan nasihat dia untuk dapatkan bantuan dari yang pakar.
Berhenti bercakap macam kau tahu apa itu depress! Kau hanya akan mendorong orang yang depress untuk menuruti keinginan bunuh diri!
Aku meluat dan menyampah membacanya!
Kau tidak kenal mereka untuk kau membuat andaian pukul rata dan menjatuhkan hukum!
– N
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit