Untuk part I, (https://iiumc.com/depression-yang-tak-dijangka/)
Assalamualaikum wbt semua. Terima kasih IIUM Confession kerana siar kan confession saya sebelum ini. Mungkin ini babak terakhir saya untuk confess di platform yang bagi saya sangat bermanfaat.
Untuk permulaan nama saya Noah, Seperti tajuk di atas saya di diagnosed kan dengan depression.
Sebelum ni saya ada confess di platform IIUM Confession ini untuk sekadar melepas kan apa isi hati yang saya pendam selama ini dan saya dapat rasa sedikit kelegaan sedikit sebab dapat lepas kan beban di penjuru hati.
Saya baru sahaja selesai kan checkup kedua bersama doctor di klinik, tak sangka mereka sangat membantu atas masalah saya ini.
Mereka naik kan dos ubat saya sebelum ini dan tambah kuantiti ubat (Lunox) dan ubat tidur. Cuma nya ubat tersebut agak menganggu hidup harian saya.
Selama ini saya boleh ‘wayang’ kan perasaan saya. Tapi kini saya lebih beremosi, sentap, dan lebih lemah dari sebelum ini. Buat yang tak tahu ubat ini membuat kita cirit birit, lemah, kurang selera makan dan emosi.
Bergantung how many dos. Doctor cakap ia akan kurang effect dalam beberapa minggu. Effect effect ini untuk menstabil kan badan kita dahulu.
Akan tetapi bantuan doctor hanya la sekadar sementara, saya dapat rasa kelegaan itu sepanjang perbualan bersama doctor tersebut sahaja.
Masalah saya akan kembali di mana saya keseorangan, di tempat kerja, rumah dan apabila mahu tidur istirehat. Perasaan sedih, cemas, cemburu dan marah membuak-buak di hati.
Untuk pengetahuan semua saya merasa perasaan dan masalah ini sejak awal tahun 2021 dan saya tidak pergi checkup sebab saya rasa ini perkara biasa orang lain mungkin tempuh masalah yang sama.
Cuma nya baru baru ini saya checkup atas dasar tidak tahan sangat dengan masalah ini.
Saya sejak kecil ada masalah keluarga di mana daily life saya penuh dengan keganasan dan kekasaran. Saya dimaki, dihina, dipukul dengan keluarga saya sendiri.
Saya ada masalah komunikasi bersama mereka sehingga la besar. Dengan satu perbualan ringkas boleh mencetus pergaduhan.
Kamar saya adalah safe zone saya, satu satu ruang yang boleh saya berteduh. Saya juga pernah bertunang pada tahun 2019 dan putus pada awal 2021. Semua ini membuat saya putus harapan terhadap manusia. Saya seringkali di kecewa kan oleh mereka.
Saya di fasa dimana saya sudah meluat dan jijik dengan orang persekitaran. Sudah merasa bosan dengan karenah manusia. Saya tidak mengata kan saya lebih bagus atau apa, cuma itu adalah perasaan yang tercetus di hati, itu sahaja.
Ibu ku tidak memberi support moral yang betu betul saya perlu kan. Saya faham sebab nya, dia mungkin ada masalah dan urusan nya sendiri. Sekurang-kurang nya saya sudah ada platform yang boleh membantu saya iaitu doctor tersebut.
In sha Allah akan sembuh dalam masa terdekat jika Allah izin kan. Tidur ku masih terganggu, di mana saya akan berfikir tanpa berhenti sehingga subuh. Ada nasib yang baik saya akan dapat lelap sejam dua tapi akan bangun semula.
Di tempat kerja kadang kadang saya akan merasa panic secara tiba-tiba. Setakat ini tidak ada kesudahan dengan simtom saya hadapi. Masih belarutan.
Saya sudah ada percubaan membunuh diri, setakat ini digagal kan oleh Allah swt. Ye saya tahu bunuh diri adalah satu dosa besar. Tetapi saya nak semua ini berakhir. Saya tidak tahan lagi. Mudah untuk semua kata ini sekadar kesedihan.
Tidak, ia sangat susah. Saya butuh ketenangan di mana ia hanya la angan-angan. Saya nak babak hidup saya berakhir dengan segera. Saya penat setiap hari berjuang, memalsukan perasaan sedih dengan bertopengkan keceriaan. SAYA PENAT.
Mengevakuasi kan diri dari alam ini adalah cara ringkas saya. Akan tetapi percubaan dua kali digagal kan. Saya anggap sahaja Allah tidak membenar kan ia terjadi.
Bangun di awal pagi dengan lesu dan cuba berpura-pura menjadi kuat adalah satu perjuangan hidup ku. Ia adalah rutin, di tempat kerja saya tidak tunjuk sifat sebenar saya. Cuma baru-baru ini sahaja kerana ubat yang diberi. Ia meletih kan fizikal diri ku.
Masih saya kuat kan diri untuk berkelakuan normal. Masalah ini jangan ditunjuk. Kerana manusia takkan ambil peduli terhadap kita. Peradaban sudah mati di mana mengambil berat itu sudah pupus di hati manusia.
Nasihat dari saya, periksa lah orang tersayang anda semua. Senyum bukan bererti ia kurang masalah atau tidak terbeban. Senyum adalah satu penipuan besar semesta. Tanya lah khabar mereka, bantu lah mereka dengan sebenar-benar nya.
Depression boleh meragut nyawa dan perkara ini terjadi di mana-mana. Kita di butakan dengan ego diri di mana depression adalah satu kesedihan. Percaya lah, ia bukan kesedihan semata.
Takkan ada kedamaian di kamar saya, takkan ada kententeraman di hidup jika masalah ini berlarutan.
Saya minta jasa pembaca untuk tidak mengasihkan, menilai atau merendahkan seseorang dengan depression. Kemungkinan pemergian mereka dengan membunuh diri dari kata kata kalian.
Babak akhir ku tamat di sini. Sampai sini sahaja perkongsian saya. Tak ada yang tahu kapan bila kita mencapai tujuan kita dan bukan urusan kita untuk menjawab pertanyaan itu. Saya bersandar pada waktu. Saya evakuasi kan diri dahulu.
Assalamualaikum dan terima kasih.
Sincerely,
– Noah (nama idaman + bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit