Assalamualaikum para pembaca Nama aku Wana.
Tujuan aku menulis kisah benar ini adalah untuk kita semua mengambil ibrah, jadikan pengajaran dan panduan dalam kehidupan kita.
Yang mana ada mengalami penderaan aku mohon, dapatkan bantuan kaunseling. Sebab apa?
Kena stopkan cycle dera mendera ni. Kalau takde bantuan atau ada kesedaran untuk dapatkan bantuan, dera mendera ni akan berterusan cycle ni over and over and over again.
Masa aku tau kisah perempuan ni, aku memang takleh brain.
Takleh nak percaya wujudnya seorang perempuan yang ada 3 orang anak, mendera anak sendiri dari umur sangat muda sampai dah dewasa.
Dera fizikal, apa saja di tangan, apa saja yang boleh capai, semua belasah anak.
Hanger, batang penyapu, getah paip, buku, belasah macam nak membunuh. Hilang akal bagai dirasuk setan.
Sambil mulut mecarut, memaki hamun, menyumpah seranah si anak macam kesalahan besar sangat, padahal cuma tak bingkas bangun segera dari tidur aje. Ini contoh aje.
Pernah anak ditarik belakang baju, diangkat dan dihumban ke pintu hanya sebab merengek menangis.
Teka umur berapa? Budak tu tak sampai 2 tahun pun masa tu. Gila kan? Wujud perempuan macam ni.
Di usia perempuan ni sekarang 57 tahun, tak dapat dah la nak dera anak secara fizikal, tapi dera cara lain masih berterusan.
Anak2 membesar jadi narcissist, jadi panas baran, jadi trauma dengan ibu sendiri, jadi moody, ada sindrom Dunning-Kruger yang teruk. (Google la ek apa sindrom ni).
Anak2 takde adab, takde akhlak kepada parents.
Panas baran yang langsung tak boleh kawal sehingga sanggup bertumbuk dengan ayah sendiri.
Dengan ibu dapat jumpa sekejap je, sekadar ada tanggungjawab untuk berbuat baik kepada ibu.
Ibu ni seorang guru yang sentiasa mengejar untuk naik pangkat, pergi kursus, dan akhirnya dapat la pangkat yang dicita-citakan iaitu menjadi pengetua sekolah.
Ada mutiple personality, dengan orang luar, tersangatlah ramah, tersangat baik.
Semua orang luar menganggap perempuan ni adalah sebaik2 kawan, sebaik2 cikgu, sebaik2 pengetua.
Tapi sebenarnya dialah seburuk2 ibu, seburuk isteri pada anak dan suami.
Sentiasa salahkan suami yang tinggalkan keluarga, padahal suami, dari mula kawin sejak ada anak, tak pernah tinggalkan keluarga tanpa maid.
Mesti ada maid untuk bantu ringankan beban isteri yang ditinggalkan demi tugas.
Suami orangnya baik sangat. Suami bertugas badan beruniform, maka kerap meninggalkan keluarga.
Namun isteri, setiap kali suami keluar pasti dibekalkan dengan sumpah seranah, maki hamun dan doa yang tak baik.
Anak yang sulung bagitahu, antara doa mama dia untuk ayah bila ayah bepergian, “Pergi mampus la kau. Aku doa kau accident atas jalan tu. Senang hidup aku”
Cukup lah dulu aku cerita. Kalau nak tahu cerita selanjutnya, boleh la komen kot. Aku tunggu response dari pembaca semua.
– Marina (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit