Dera dan Narcissist II

Untuk part I, (https://iiumc.com/dera-dan-narcissist/).

Okay, aku sambung. Aku Wana. Marina pun boleh lah. Sebelum itu, untuk senang faham, Pengetua = Mama. Maaf lah, kadang aku tunggang terbalik bercerita.

Kesan dari dera si Mama yang sekarang ini bergelar pengetua, anak sulung (Ira, umur 30) telah putuskan hubungan dengan Mamanya. Ira dah block segala bentuk komunikasi dengan Mama.

Anak kedua (Im, 27) masih mencuba menjaga hubungan dengan Mama, tapi setiap kali jumpa mesti berakhir dengan bergaduh, maki hamun sesama sendiri. Anak ketiga (Mai, 25) juga berusaha menemani dan menjaga Mama. Dia je yang masih bertahan.

Dari cerita Ira, Mai ni paling kurang kena dera, paling kurang kena maki, jadi sebab itulah dia kurang trauma dengan Mama berbanding Ira dan Im. Dan Mai ni anak kesayangan ayahnya. Bongsu kan…

Cerita Mama ni didera sejak kecil baru diketahui aku. Noraini (ibu si Mama) dengan bapanya bercerai sejak Mama masih kecil. (Nenek dan atuk tiga beradik ni lah). Noraini ni juga didera sebab dia anak angkat.

Pada mulanya, masa kecil, Noraini diambil orang sebab mereka tiada anak. Tapi sejak ada anak kandung sendiri, Noraini ni mula didera. Tak disekolahkan sebab kena jaga adik-adik, masak, kemas rumah.

Apabila Noraini ni dewasa, berkahwin dan bercerai di usia muda dengan anak kecil (Mama), maka bermulalah episod dera ni sekali lagi.

Noraini perlu bekerja keras untuk menyara diri dan anak, heret anak ni merata. Hidup susah, rumah tak ada, kerja dari pagi sampai malam, menumpang bilik tokey-tokey tempat Noraini kerja.

Macamana susah hidup, Noraini ni tetap sekolahkan Mama. Balik dari kerja, cek kerja sekolah—kalau tak siap, dipukul, diherdik dengan caci maki. Seolah melepaskan dendam pada si anak atas apa yang berlaku dalam hidup dia.

Jadi, dari didera tu, Pengetua ni cemerlang lah dalam pelajaran. Dapat lah sambung belajar dan bergelar guru. Tapi hubungan Mama dengan ibunya semakin teruk. Caci maki, sumpah seranah antara dua beranak berterusan sampai sekarang.

Sekarang ni, di usia Noraini 89 tahun, dia tinggal berseorangan, padahal Mama tinggal 2km sahaja jarak rumah mereka.

Memang tak boleh berjumpa lama—”Aku maki kau, kau maki aku.” Antara maki hamun kepada ibu sendiri… “Hidup menyusahkan aku, bodoh, sial!” Mereka berdua jadi narcissist.

Noraini dengan anaknya masing-masing tak boleh bertolak ansur walaupun usia dah tua dan lanjut. Nauzubillah… seramnya aku bila dengar cerita sebegini.

Pengetua hanya hantar makanan masak seminggu sekali kepada Noraini. Lauk-lauk siap masak dibeli berbungkus-bungkus, kemudian disimpan dalam peti ais. Yang basi ke masih elok ke, semua bercampur-campur. Entah lah.

Jadinya… pada generasi anak-anak Mama ni, cycle ketiga penderaan berlaku. Aku sedih tengok tiga beradik ini—dah besar panjang, fully grown adult—tapi bagi aku, mereka broken fully grown adult. Mereka ni tak sedar mereka takde akhlak, takde adab. Personaliti sama Mama mereka tu.

Dengan orang luar, PA mereka cukup baik, cukup ramah. Tapi bila dengan famili, terutama dengan ayah, semua kurang ajar, takde adab.

Bercakap dengan ayah macam kawan-kawan. Tapi semua amat trauma dengan Mama. Mama cakap sikit, boleh gaduh teruk. Mama tegur sikit, boleh tendang barang, tendang pintu.

Bila datang baran, tak kenal dah itu ayah, tak kenal dah itu mama. Apa-apa terjadi antara Mama dengan dorang, semua dilepaskan pada ayah. Cakap kurang ajar dengan ayah. Layan ayah bila perlukan ayah. Bila takde keperluan, tak peduli pun kat ayah.

Ira datang kesedaran tentang kritikalnya hubungan kekeluargaan mereka ni apabila masuk belajar di SBP. Mula kenal kawan-kawan dari keluarga normal, baru tahu betapa toksiknya keluarga dia sendiri.

Hubungan antara adik-beradik mula goyah, mula renggang apabila Im pula masuk asrama. Im mula pandai memberontak, melawan, dan mula memukul sesama adik-beradik.

Im mula maki hamun adik-beradik, maki hamun Mama, maki hamun ayah. Im mula membalas apa yang Mama belasah.

Im pandai memukul Mama sendiri sebab dia dah mula baran yang tak dapat dikawal. Yang utama, sebab Im dah besar, fizikal dah mampu membalas apa yang Mama belasah selama ini.

Then Mama ni mula play victim. Anak-anak dicanangkan tak kenang budi, anak derhaka, diberitahu kat kawan-kawan terutama sesama cikgu—dia tak tahu kenapa anak-anak dia jadi begitu.

Dengan anak-anak, dia sentiasa ingatkan diri sendiri dan juga anak-anak… “Aku ni mak, aku boleh buat apa sahaja. Aku tak ada salah. Yang salah ayah kau. Yang salah korang semua yang tak reti jaga perasaan aku. Aku ni mak.”

Setiap kali gaduh dengan suami, Ira lah yang akan dipersalahkan. “Kau suka kan ayah kau benci aku!”, “Kau lah yang salah!”, “Kau tepuk tangan lah kalau aku bercerai dengan ayah kau kan?” Ini di usia Ira dah boleh ingat—as early as 5-6 tahun.

Dan akhirnya memang Ira tepuk tangan bila ayah dan Mama bercerai setelah 28 tahun kahwin. Ira confess memang dia suka sangat parents dia divorced.

Nanti sambung naa~

– Wana (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *