Derhaka 1bu B4pa

Aku tulis ni dalam keadaan hati yang sangat hancur. Maaf kalau penulisan aku tunggang langgang.

Aku merupakan anak kedua dari 4 adik beradik. Aku dilahirkan dalam keluarga yang mempunyai ibu bapa yang pilih kasih terutama terhadap anak yang lebih memberi wang.

Ibu abah memang tak pernah beri perhatian dekat aku. Ibu abah selalu cakap aku anak yang menyusahkan.

Tahun ni genap aku umur 25 tahun. Aku bekerja di sebuah syarikat swasta. Untuk pekerjaan aku perlu ulang alik setiap hari antara dua buah negeri.

Setiap hari ambil masa 2 jam untuk sehala perjalanan. Sebab utama aku ulang alik ibu abah larang aku untuk menyewa walaupun diikutkan kos menyewa lebih rendah dari ulang alik.

Setiap kali aku suarakan untuk berpindah mereka akan persoalkan soal duit. Ayat mereka seperti ini “menyewa luar ada pula duit duduk rumah selalu sahaja tak ada duit” .

Definisi selalu sahaja tak ada duit adalah kerana aku tidak mampu memberi wang yang lebih banyak dari kakak.

Untuk pengetahuan, gaji aku hanya sekitar RM1.8K – RM 2K. Kos ulang alik menelan belanja sekitar RM500 sebulan. Belum termasuk bayar loan kereta, loan belajar dan lain lain keperluan.

Setiap bulan aku ditugaskan bayar bil air. Aku tak kisah soal tu sebab sama sama pakai. Aku juga akan beli barang dapur semampu ku setiap bulan tapi tak pernah cukup di mata ibuabah ku.

Paling terkilan ibu abah ungkit dekat aku almost every day duit belanja RM100 yang diberi setiap bulan sepanjang aku belajar.

Aku bayar setiap bulan kepada mereka tiap kali gaji tetapi sentiasa ada sahaja yang tak cukup.

Ayat paling aku terkilan setiap kali ibu akan ungkit “aku hantar kau belajar kau hutang aku RM30,000”. Sering kali aku dipersenda di hadapan ahli keluarga besar yang lain.

Dari kecil aku memang sentiasa dipinggirkan. Ibu abah setiap kali marah aku akan ulang ayat “menyesal tak serah kan kau dulu kalau tahu kau macam ni”.

Setiap kali ibu abah kecewa dengan anak lain mereka pasti akan herdik maki aku.

Aku adalah satu satunya anak yang pernah disepak dan di belasah sekuat hati oleh ibu dan abah. Sampai tahap tangan aku retak.

Walaupun setiap tahun dapat anugerah cemerlang aku takpernah nampak ibu abah datang untuk tengok aku naik pentas.

Semakin aku besar semakin jauhnya aku rasa kasih sayang mereka. Aku selalu diherdik soal wang.

Mereka mengatakan aku terlalu banyak pakai elektrik walhal bilik aku hanya menggunakan kipas dan aku hanya ada di rumah pada waktu malam.

Berbeza dengan kakak dan adik adik aku yang menggunakan aircond setiap hari. Mereka melarang aku menggunakan hair dryer alasan mereka terlalu banyak penggunaan elektrik.

Padahal aku hanya guna selepas mandi sehari sekali itu pun pada waktu malam sebelum tidur. Mereka sampai bertindak mengambil dan menyorok hair dryer yang aku beli sendiri.

Banyak lagi cerita yang aku ingin luahkan tapi tak terluah.

Bekas makanan yang dilarang pakai, meriahnya majlis pertunangan kakak, melarang aku memakai harta kepunyaan mereka, memakai barangan aku sesuka hati mereka.

Sesak dada aku menahan tangis. Aku dah banyak kali terfikir untuk suicide attempt. Hanya solat, doa dan Al Quran benteng aku.

Kepada ibu abah sayangi lah anak sama rata. Dengar lah luahan anak kedua. Sungguh anak kedua adalah anak yang paling memendam perasaan dan makan hati.

Ibu abah curahkan lah kasih sayang sebelum terlambat.

Doakan aku kuat…

– Ayra (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *