Assalamualaikum aku ucapkan kepada readers semua..Pertama sekali terima kasih admin kerana sudi siarkan confession aku..kpd readers, andai ada nasihat mahupun kecaman, katakan saja aku cuba terima dgan hati terbuka..
Derhaka? kenapa derhaka? benarkah aku ini anak derhaka? entahlah.. aku pun taktahu mengapa hati aku ni jd batu..sudah tak nak ambil pusing bila dilabel sebegitu..Sumpah demi Allah..andai mampu aku tunaikan semua permintaan ayah bonda takkan aku bekira2 nak tunaikan..
Aku anak manja emak..apa2 pun mesti nak ada emak.. emak lah nyawa aku.. Emak mmg syg aku jauh beza dgan ayah..Dari kecik smpai besar ayah mmg slalu panas hati dgan aku..Apa sja tak kene semua nak lepas kat aku. dalam adik beradik semua dia utamakan bila tang aku hmm nak ckp elok2 pun payah .becakap dgan aku sentiasa nak memekik2..Ada je gaduh yg dia nak crik dgan aku ..pd asalnya aku tak anggap benda ni masalah..lantak dia la kan nak buat apa..
Tapi perangai ayah makin lama makin teruk..ayah dah tak nak kerja..aku dipaksanya kerja..kata dia dia dah penat besarkan aku dgan adik2..takkan asyik dia aja kena kerja.Aku kata sabar, bagila aku ruang habiskan pelajaran aku.. baru aku mampu kerja bagus2 gaji besar untuk bantu mak ayah..aku tak pernah kata aku tak nak bantu..Yang aku minta sabar.. Tapi ayah tak nak sokong aku smbung belajar..dia kata buang masa, dia pun tak ada duit nak hantar aku blaja tinggi2..baik aku kerja je tolong dia sara keluarga..Kerja apa yg boleh diharpkan ? lepasan spm..dpt kerja supermarket..itu yg dia harapkan sara keluarga?
Tak lama lepastu, kawan lama aku dtg..Berkawan rpt dan tibe2 dia lamar aku, ajak kawin..katanya dah lama dia tunggu aku cuma masa tu aku sekolah lg jd dia tak nak ganggu..waktu tu aku awal 20 an..Aku ckp dgan emak..Emak senyum kata mak ikut engkaulah kalau kau suka dan bersedia kawin jelah..along aku pun kawin muda…lain benar dgan ayah aku..dia mcm tak puas hati dpt tahu ade org nak meminang aku.. lain sgt dgan masa along dlu..masa along dlu, along tk terpikir nak kawin..tp ade org pinang dia melalui ayah .suka betul ayah walaupun along msih muda..bru 20..along bercinta lepas nikah..kenduri pun meriah..
Bila aku ayah perlekehkan..ayah kata ia ke org tu betul2 nakkan aku..Pada si bakal suami aku dah cerita a to z kehidupan dan keluarga aku mcm mana..aku tak nak dia terkejut bila dah kawin nnti..Alhamdulillah bakal suami paham dan dia pun sedia nak bantu keluarga aku walaupun aku tahu tu bukan tanggungjawab dia pun..aku sedih kdg2..Aku taktahu mcm mana tp mungkin sbb emak pujuk kot..setelah pelbagai halangan dan rintangan ayah bg..aku tetap dpt kahwin pd tahun 2014..Sebelum nak kahwin tu ya Allah mcm2 cara ayah bg nak ksi aku hilang sabar..ayah tetapkan syarat nak pendahuluan hantaran 3k dalam masa 2 bulan mcmtu..masa tu aku bru dpt kerja bru dekat syarikat yg mcm menjamin skit..Terus ayah bsg2 katanya kalau bakal suami tak dpt bg duit tu maknanya dia tak besungguh pun nak kan aku..tak payah sbuk2 pkirkan hal kahwin..kerja je elok2..bantu mak ayah kesiankan skit adik2 tu…Aku hanya diam..bukan aku tak kesian mmg niat aku aku nak tolong keluarga aku..kenapa ayah ni beria2 tak nak ksi aku kahwin..
Alhamdulillah sblum tamat tempoh yg ditetapkan bakal suami bawa duit yg ayah nak.Yg memalukan aku, selamba badak je ayah ambil duit dan blah mcmtu je takde terima kasih ke spatah dua kata ke..terkedu aku dgan bakal suami..Kami pun teruskan persiapan mcm biasa. nak dekat2 tarikh nikah lagi skali ayah buat perangai, ayah mintak lg 2k dr aku.. buat pengetahuan, duit hantaran, bulat2 aku bg pada parent..belah aku tak ada kenduri pun..belah suami je buat..yg lagi sedih kenduri aku ayah tak ksi jemput sesiapa saudara mara pun..kata dia dia tak nak buat kenduri, kalau jemput buat malu je..kau jemput jela sape kawan2 kau yg nak dtg..malu aku dgan belah mentua..pihak perempuan hanya ade kawan2 karib aku, dgan keluarga aku je..lepas nikah, begerak ke kenduri belah lelaki..ayah cuma tunggu tk smpai stgah jam..belum smpat makan adab2..terus dia ajak mak dan adik2 balik.. sumpah aku malu,smpai skg aku pikir apa salah aku smpai begini skali ayah layan aku..
oh yaa ayah juga letakkan syarat, kalau kahwin wajib duduk dgan dia..tp katanya segala perbelanjaan rumah dikongsi dibahagi dua..Aku bincg dgan bakal suami dr sblum kahwin..dia kata okay kalau itu yg ayah nak walaupun dia keberatan..Tp aku pun berat hati cuma bertahan sbb memikirkan nsib emak dgan adik2 je..aku dah agak ayah ni ckpnya hanya indah khabar dr rupa, sejak kami kahwin ayah bayar bahagian dia sewa rumah dgan belnja dapur yg dah dibahagi dua dgn kami tak lebih 3 kali..lepas pada tu dia dah tak nak langsung keluar bekerja..kami bukan bekira..kami cuba bayar mana mampu..gaji suami aku tak besar mana..2k je sebulan sewa rumah je dah 500 belanja dapur lg..bulan2 mmg kami tk dpt menabung..aku ?mmg suami aku dah tak izinkan bekerja..sbb dia nak ayah turut bertanggungjwab, biarlah berbahagi dua dgan dia..kata dia kalau aku yg bekerja mmg smpai bila2 ayah tak nak kerja..aku malu..bukan tnggungjawab suami nak tanggung keluarga aku..ayah pun bukannya cacat mahupun sakit..dia sihat walafiat shj..Masih dalam 40an ..cuma ada penyakit M yg dah menular lama dlam badan dia..walhal beban dia dah bekurangan bila aku dgan along dah kawin..tggal emak dan adik je..
Kami cuba bertahan hampir 4 bulan tp malangnya tuan rumah halau kami semua keluar sbb seblum kami kawin, ade tertunggak sewa sebulan(dri sebelum kawin mmg keluarga aku dah duduk rumah sewa tu)..tuan rumah minx ksongkan rumah ..Ayah naik angin katanya kami ni sengaja buat mcmtu supaya boleh dduk rumah lain, abaikan dia,mak dan adik2..aku minx dia besabar je..balik rumah nenek dlu.. sementara kami tumpang rumah mentua,bg masa kami kumpul deposit bila kami dah sewa rumah baru kami ambil semula mak ayah duduk skali..demi Allah..mmg ini niat aku, aku tak tipu..nak kumpul deposit bukannya mudah kan rata2 dekat 2k. makan 2 3 bulan jugak..sementara menunggu rupa2 ya mcm2 fitnah ayah dah tabur dkat mak..ayah hasut mak benci aku..smpaikan mak msg aku marah2 ..kata aku ni anak derhaka..aku sengaja tinggalkan mak sbb nak duduk dan lebihkan mentua..ayah maki2 aku kata aku ni dah berlaki terus lupa mak bapak, aku anak tak tahu malu belum senangkan mak bapak dah sibuk nak kawin..Sbb tak tahan dgn tohmahan aku persoalkan kenapa along boleh aku tak boleh?ayah terdiam sekejap..lepastu dia belit2 cerita kata dia aku ni busuk hati dengki dekat along ..Allah..takterfikif pun nak berdengki dgan sesiapa..tapi adilkah aku ni dimaki2 sbb dah bertemu jodoh? sedangkan along dirai dgan penuh kasih syg.. aku hanya persoalkan keadilan
ya Allah sakit sungguh hati aku dituduh mcm2..Ayah pun makin naik minyak selalu msg2 aku dan suami maki2 minx2 duit..katanya kami ade hutang dgannya duit hantaran.. Aku mengaku kami hanya bg 3/4 dr yg ayah mintak..aku yg halang..sbb hantaran tu tak digunakan untuk perkhwinan pun..ayah buat apa aku pun tak tahu..manalah kami byk duit nak buat kenduri lgi..nak bg duit hantaran bulat2 pd dia lg..
Sejak pd tu kami dijadikan musuh..mak pun ikut marah sbb dihasut yg aku ni lebihkan suami. Bukan aku nak lebihkan sbb aku syg suami..aku tak suka sikap menindas pada sesiapa pun..bg aku masing2 ada batas masing2..kalau suami aku kurang ajar pada mak ayah aku pun aku marah kalau suami aku dibuli keluarga aku sndri pun aku marah..bygkanlah gaji suami aku sesen pun tak dpt bg pd keluarga dia..yg sewajibnya..kdg smpai terpaksa meminjam sbb nak bg makan kat adik aku..salahke aku nak betulkan yg salah?
niat aku nak ambil mak ayah dduk semula terkubur bgitu sje..Sampaikan aku bgtau mak, mak nak dpt cucu..skit pun mak tak snyum.Mak buat2 tak dgr aja..entah apa lagi ayah hasut mak..Aku skg masih dalam proses nak sambung pelajaran aku..niat aku bila aku berjaya nnti aku nak bg apa yg mak nak selama ni..Aku tk pernah kata aku tak nak tolong..yg aku minta sabar..sementara aku belum berjaya kita sama2 kongsi dlu susah senang.. bila aku dah berjaya biar aku sorg kerja tolong mak ayah pun tak apa..tapi ayah tak pernah nak fahamm..dia tuduh suami aku jahat sengaja tak kasi aku kerja..ye salah satu sbb suami aku tak ksi aku kerja sbb nak ayah aku galas jugak tanggungjawab dia..salah satu sbb lagi kata dia kalau aku kerja..mcm mana aku nak sambung belajar?dgan kerja dgan keluarga..
Sekarang aku sendiri taktahu mana mak dan ayah pergi..pernah aku balik kg terjumpa kawan lama ,kawan ckp ayah cerita kat dia kata aku anak derhaka..Asalnya aku sedih..tp bila dah selalu dngr aku tak tahu nak rasa apa dah..kepada emak..tahu tak emak tak ada sehari pun dalam hidup ni angah lupakan mak, tak tedetik pun angah nak abaikan mak..angah cuma minx mak sabar..mak lebih kenal angah dri ayah kenal angah..mak patut lebih tahu mana hal yg betul mana hal tokok tambah..maafkan angah..kalaulah angah ni kaya suatu hari nnti mak nak beguni emas pun angah snggup hadiahkan..kepada ayah , angah taktahu kenapa dr dlu ayah cukup tak puas hati dgan angah..apa angah buat semua buruk di mata ayah..angah harap ayah akhirnya puas hati dpt pisahkan angah dengan emak, angah harap ayh jaga emak dan adik elok2..
kepada semua..maafkan aku dgan coretan panjang aku ni..sekadar perkongsian, takda niat untuk aibkan sesiapa..aku harap korang dapat doakan aku berjaya dan kaya dpt bagi apa yg mak ayah aku nak..mungkin wang ringgit lg berharga dr aku seorg angah..
sekian Assalamualaikum..
– B
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit