Derhaka Ke Aku?

Salam semua, aku Bunga, 20 an. Anak bongsu dari 4 adik beradik. Adik beradik aku semua lelaki, aku jelah perempuan. Aku anak yatim, lahir lahir memang tak ada bapak. Ayah aku meninggal umur aku 4 bulan dalam perut.

Waktu membesar aku memang rasa susah. Susah sebab aku taktau & tak pernah rasa peran seorang ayah. Aku & adik beradik sangat tak rapat. Sangat jarang nak bercakap. Aku selalu nangis waktu aku umur 5-6 tahun. Boleh dikatakan setiap malam.

Sebab aku tertanya kenapa tuhan kasi aku ujian tak ada bapak macam ni. Waktu aku sekolah aku budak yang agak pandai, aku selalu bagitau mak & abang abang aku result aku. Honestly, diaorang tak ada reaction.

Waktu aku dapat result SPM, aku pujuk mak aku teman aku ambil result sebab aku nak rasa dirayakan. Kau tau mak aku cakap apa? “Taknak lah, nanti kalau result tak cantik aku kecewa”. Aku ingat ayat tu sampai mati.

Bila aku start sambung belajar, abang abang aku tak pernah kasi aku duit satu sen pun. Mak aku ibu tunggal & suri rumah ya. Aku apply UPU sendiri, uruskan daftar masuk IPT sendiri & apply PTPTN sendiri. Tak ada siapa tolong aku.

Aku bergantung harap dengan PTPTN. Pandai pandai la ko hidup dengan duit tu sampai habis semester. Nasib baik sem 3-5 online class sebab pandemik.

Waktu aku umur 19, masa tu aku sem 2. Abang sulung aku dapat anak pertama. Mak aku mesti lah excited, cucu sulung kan? Dia jaga. Mak aku ni dah tua. Tapi anak buah aku ni agak fussy time baby. Mak aku stress & paksa aku balik ke rumah tiap tiap weekend.

Aku study di Negeri Sembilan, rumah aku lebih kurang 4 jam perjalanan dari Negeri Sembilan. Aku tak ada kereta, aku balik naik bus. Tiap tiap minggu. Selalu kena demerit sebab langgar curfew. Pointer aku drop sem tu sebab penat jaga budak. Sebelum tu aku dekan je.

Sekarang umur aku dah 24 tahun, aku dah bekerja. Anak buah aku dah ada 2 orang. Mak aku masih jaga budak budak tu sepenuh masa. Aku? Terpaksa ikut.

Aku bukannya jahat sangat nak biar mak aku buat semua kerja. Jadi siang aku kerja, balik aku masak untuk makan esoknya & makanan budak budak tu. Aku mandikan budak budak & bagi makan dan segalanya. Dari berat aku 47kg, sekarang berat aku dah 60kg.

Aku gain weight sebab overstressed kerja & urus benda yang bukan tanggungjawab aku sebenarnya. Aku bukan tak sayang anak anak buah aku, mereka dalam hari pun aku yang mandikan kot.

Tapi sejujurnya, semua orang yang dengar kisah aku ni cakap yang semua ni tak fair. I should live my 20s. Aku muda lagi. Ini bukan tanggungjawab aku.

Mesti ada yang tanya, kenapa abang aku tak cari babysitter? Entahlah korang. Aku mungkin bongsu. Tapi aku dah banyak kali bertekak pasal hal ni. Aku bukan nak burukkan keluarga sendiri, tapi aku tau abang & kakak ipar aku suka gunakan aku untuk anak anak mereka.

“Bunga, pergi beli bubur untuk anak aku”

“Bunga, cepat amik diaorang ni. Aku lambat nak g kerja”

“Bunga, keluar beli mainan anak aku”

“Bunga, tolong mandikan diaorang”

Aku dah serupa bibik. Aku type pun sambil menangis ni. Oh ya, lupa bagitau. Kakak ipar aku kerja shift & abang aku pula kerja PJJ.

Betapa asingnya aku ni dianggap dalam rumah diaorang tu sehingga tahap aku pernah bergaduh dengan kakak ipar aku pasal hairdryer. Bunyi simple kan?

Waktu tu, anak buah aku merengek bergaduh nak mandi & nak makan. Aku ni baru balik kerja. Aku baru lepas mandi. Aku nak pinjam hairdryer dia, jadi aku masuk bilik dia semasa dia tak ada.

Aku pinjam 5 minit je dan aku letak balik. Cuma aku tertinggal tuala aku dekat bilik dia sebab anak buah aku menangis tak henti. Aku berlari turun uruskan anak anak dia. Dia balik dia hempas hempas barang. Aku tak faham kenapa jadi aku biar.

Esoknya aku nampak tuala aku kat tangga. Dia campak. Aku macam kenapa? Tau tau abang aku call aku marah marah “kau jangan masuk bilik tu kalau Rose (kakak ipar) takada”. Salah aku sebab tak minta izin, tapi sehina itu ke aku dalam rumah mereka? Sedangkan aku jaga anak diaorang.

Diaorang balik, anak anak mereka dah wangi, dah makan. Tinggal bawa tidur sahaja. Seteruk itu ke aku? Aku tak bercakap dgn Rose selama setahun tentang kes tu. Mak aku? Mestilah backup menantu & abang aku.

Mak aku ni pula perangai selalu marah marah sebab penat. Yang jadi mangsanya, aku. Aku dah hadap benda ni 6 tahun. Mestilah aku dah faham perangai mak aku ni kalau dia penat.

Jadi aku selalu garang dengan anak anak buah aku. Sebab aku tak nak mak aku marah dulu & aku  mak aku stress. Nanti darah tinggi dia naik. Tapi dia selalu salah faham.

Dia selalu cakap, “kau ni selalu marah marah kenapa? Diaorang ni budak lagi. Kalau kau rasa semak kau keluar je”. Aku ni dah cukup bertanggungjawab, aku let loose myself sampai gain weight almost 20kg. Apa lagi kurangnya kat aku?

Aku tak pernah tak belanja anak anak buah aku makanan & mainan setiap kali gaji. Aku bukan dera diaorang. Aku tak pernah lift a finger to them. Aku cuma marah suruh makan suruh mandi dan betulkan apa yang salah.

Aku tak pernah berkira bab makan dgn adik beradik. Aku jaga diaorang. Aku selalu bagi mak aku duit, but one time aku takboleh kasi, “ni la sebab gaji kau tak berkat”. Wow.

Sebenarnya panjang lagi confession ni. Tapi sejujurnya, pada mata pembaca, aku ni teruk sangat ke? Aku sebenarnya stress sampai tahap menangis sendiri & pernah breakdown depan budak budak ni. Tapi tak lepas to them.

Anak buah aku yang sulung tu ada tanya, “kenapa maksu?”. Aku cuma jawab, “maksu penat work”. Padahal aku penat dengan rumah ni. Aku tak pernah dihargai langsung & pada mata mereka aku cuma budak kecil.

Tolonglah bagi nasihat, apa lah patut aku buat lagi? Aku tak nak pergi kerja jauh sebab aku sorang je yang belum kahwin. Jadi aku nak jaga mak aku. Mak aku dah tua. Tapi hati, perasaan, tenaga dan masa 20s aku macam mana?

Sesungguhnya, mereka ni influence aku untuk tak nak berkahwin & taknak ada anak. Aku tak nak orang lain susah sebab aku. Aku takut.

– Bunga (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

9 Comments

  1. Awak, lari je. Tak perlu banyak cakap tak perlu defend yourself, find opportunity untuk awak keluar dari tempat tu. Saya doakan yang terbaik untuk awak. Saya boleh faham keadaan awak sbb saya pun macamtu, (tapi kes awak lebih berat). Awak muda patut belajar hidup sendiri bukan kena tanggung beban orang. Hugs. Semoga dipermudahkan urusan awak dan diberi rezeki yg luas

  2. pergi je kerja jauh..or duduk rumah asing…anak dia tu..pandai2 la abg kau fikir sendiri…sayangi diri sendiri dlu…mak kau belom melarat lagi…nt melarat baru fikir..

  3. kalau saya berada di situasi awak, saya akan luahkan segala penat lelah yang terbuku di dada dekat mak dan adik beradik lain. Lepas dari tu saya akan keluar dari rumah tu. Kadang-kadang manusia ni buta pada hati, apa yang kita buat semua tak nampak. Ingat Allah bersama-sama dengan orang yang sabar.

  4. Lepas ni kalau ada yang halau kau, kau mengamuk and keluar je rumah tu, stop la jadi bibik pastu meroyan macam ni. Kita kena kuat lama2 diorang sendiri yang akan cari kau

  5. Bunge, dah sampai masa awak keluar dari rumah tu.. fikir pasal hidup awak jugak.. pasal anak2 buah awak tu, dah kalau mak awak keras nak jaga jugak, biarkan je dia jaga.. kalau dia tak larat, nanti pandai la dia bgtau abg ngn menantu dia tu.. awak buat keras sikit utk beberapa bulan.. dah cukup awak berkorban hidup awak utk org yg tak pandai nak bersyukur n hargai org nie..

    biasa la..duduk dekat biasanya bau tahi, dah jauh2 baru bau bunga..

  6. thats not your weight to carry. when your brother or sil call, tell them to stArt taking car of their children. Enough to set a boundary if you want to take care of yourself. you have put yourself in complicated position.

  7. Yg kau sibuk2 lg nk dok umh dorg tu buat apa?? dh tntu2 dorg tu gunakan kau je.. blaa jela dh keje kan lgpon itu bkn tnggungjwp kau pon nk jaga ank2 dorg.

  8. Pindah jelah kluarb rumah, itu pun nak tanya orang.. Dah kenapa? umur dah 20an, pandai2 laa fikir sndri.. haihh..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *