Derhaka Ke Aku

Assalamualaikum. Aku gelarkan diri aku Ms M, sudah berkahwin dengan seorang penjawat awam.

Suami aku selalu tak ada di rumah kerana selalu tugas luar berbulan-bulan.

Ada sepasang cahaya mata. Aku anak kedua daripada 5 beradik. Dua orang adik lelaki dan perempuan masih bersekolah.

Ada ayah yang masih bekerja, ada mak yang kuat berbisnes.

Hari ini hari kedua, hati aku rasa sangat berat. Hentaman yang aku dapat kali ini sangat-sangat membebankan aku.

Di saat aku tiada bahu untuk bersandar, suami aku jauh di sana. Keluarga mertua jauh di luar Semenanjung. Aku hanya mampu bersandar disokong oleh kedua anakku.

Dua orang adik aku masih bersekolah. Seorang perempuan bakal duduki SPM. Lagi seorang bongsu lelaki usia 12 tahun. Adik-adik aku sangatlah problematic. Selalu buat hal. Buat kacau, buat jahat. Segalanya jadi hal lah apa yang mereka buat.

Aku sebagai kakak kedua, peranan aku dalam keluarga memang seorang yang paling tegas dan garang. Lagi-lagi bila si bongsu buat hal. Memang aku terus angkat tangan je lepas banyak kali cakap guna mulut tapi tak didengar.

Manakala adik perempuan aku pula dah besar, nak dipukul rasa malu. Apa lah sangat aku boleh buat selain dari rampas phone dia.

Adik perempuan aku sejenis yang sangat liar. Jarang bantu mak aku di kedai apatah lagi buat kerja rumah. Kerja dia hanya pergi sekolah, balik, keluar. Itu saja. Sampaikan mak aku perlu menyusahkan diri sendiri sebab malas nak bising dekat adik perempuan aku.

Adik aku sejenis suka keluar. Beberapa bulan yang lepas dia accident naik motor aku yang aku nak jual dah, sudah pun aku iklankan di Marketplace.

Dan sudah ada yang bertanya. Tahu-tahu je motor aku barai. Tak ada orang nak beli. Adik aku tak ganti apa-apa. Aku susah tapi aku mampu maki hamun saja.

Adik perempuan aku selalu bertukar-tukar jantan. Masalah dia, semua jantan yang dia kenal semuanya dibawa datang rumah, atau dia menunjuk jantan dia pada kami sekeluarga.

Itu tak kisah. Benda bagus kalau dia nak kenalkan. Yang aku kisahnya kalau setahun ada 10 jantan dia kenal. 10 orang lah kami sekeluarga tengok jantan tu.

2 minggu lepas, adik aku beritahu mak aku yang dia nak keluar. Itu dah biasa lah. Dia sejenis yang beritahu, dan terus hilang. Bukannya nak minta izin dan tunggu orang membenarkan dulu. Tapi tahu-tahu hilang je.

Aku track location dia. Merata dia merayap. Aku cari tahu sampai dapat. Dia keluar naik kereta dengan jantan dari petang sampai malam baru balik. Walaupun kami dah marah, maki hamun, ugut semua, tetaplah malam juga sampai.

Dengan muka tak bersalah dia bawa barang-barang yang dibeli dengan jantan tu. Aku minta phone dia baik-baik. Dia tak nak bagi. Aku punya angin aku rampas, boleh dia jerit depan muka aku kuat-kuat. Hinggaplah penampar sulung aku kat dia.

Situasi kejadian kami di kedai mak aku. Memang ada mata yang memandang. Mak ayah aku marah aku, katanya aku buat kecoh kat tempat cari rezeki. Aku diam. Aku merajuk dengan diorang lama.

Sampailah kejadian dua hari lepas. Punca yang sama. Adik aku yang ni keluar dengan jantan lain pula tanpa pengetahuan keluarga. Tapi mak aku nampak.

Bila aku tanya, dia tak menjawab soalan aku. Seperti menidakkan pertanyaan aku. Waktu ni, aku tengah bekerja. Jadi aku simpan dulu amarah aku. Sampailah aku balik kerja.

Aku terus ke kedai yang ada mak dan ayah aku. Aku tanya mak aku soalan. “Mak tahu kan dia keluar dengan jantan tu. Kenapa bila orang tanya, jawab tak?” Mula lah mak aku mengamuk dan kami bergaduh mulut.

Mak aku seorang yang bad temper dari dulu. Dibalinya makanan dekat aku, diambil basikal adik aku dan dihempas, berkali-kali tengking aku dan hempas meja.

Aku sebagai anak kedua, korang tahu lah anak kedua punya kepala baran kan? Aku tengking semula. Aku marah semula. Sampailah ayah aku halau aku balik.

Tapi aku jadi keras kejung kat situ sambil menangis. Punca yang buat aku sakit sangat ialah bila mak aku ungkit jahat dan nakal aku 10 tahun lepas.

Tak dinafikan dulu aku nakal. Tapi apa yang aku buat, walaupun sekadar lepak dengan kawan perempuan pun aku kena getah paip, tali pinggang, hanger, rotan, penyepak dan penerajang semua aku dah makan sebagai pengajaran aku ketika tu.

Anak aku pun dikatanya, iaitu cucu dia sendiri, suka tengok tab, sebab dulu aku selalu marah adik bongsu aku banyak main phone, tukar-tukar phone dan jahanamkan phone.

Padahal anak aku tu baru je nak masuk 4 tahun, dengan mak ayah yang sibuk bekerja, apa lagi yang dia boleh buat sangat.

Mak aku suruh aku jaga anak sendiri je. Jangan sibuk ambil tahu hal anak dia. Mak bapak dia masih hidup lagi katanya.

Aku sedih bila aku pernah dihukum macam aku bukan manusia dulu. Childhood aku sangat trauma bagi aku. Tapi bila adik-adik aku buat silap, mak ayah aku selalu tutup mata.

Remuk hati aku. Mak aku salahkan aku yang cuba untuk lindung adik-adik aku. Disebabkan aku nakal dulu lah aku tak nak adik-adik aku jadi macam aku.

Aku masuk kereta, menangis sepuasnya. Tersedu-sedu. Hanya suara anak aku yang sulung je aku dengar masa tu, “Mama jangan nangis.” Aku drive kereta ke rumah. Aku sambung lagi menangis.

Memang silap aku. Sepatutnya aku tak perlu ambil tahu dah pasal adik-adik aku lepas daripada kejadian yang lalu. Hanya aku yang dipersalahkan. Adik-adik aku buat salah macam mana pun tetap dirajakan.

Aku memang bersalah, sebab aku marah dan tinggi suara pada mak aku. Aku memang berdosa. Sampai ke hari ini lagi aku masih rasa bersalah.

Aku buang keluarga aku yang toxic jauh-jauh. Kalau boleh aku lari jauh. Aku lari sehabis tenaga aku. Kalau kewangan aku dan suami stabil, aku dah ajak suami aku posting jauh dari keluarga aku.

Tapi apa lagi aku mampu buat. Rumah yang aku duduk pun rumah kedua mereka. Walaupun kami ada rumah sendiri, tapi untuk mulakan hidup baru di tempat yang baru sangatlah susah.

Teruntuk mak dan ayah yang selalu pejam mata silap anak. Tahulah, satu hari nanti bila adik-adik tak jadi manusia. Dipijaknya mak dan ayah. Masa tu mungkin mak ayah akan tahu kenapa aku buat macam ni, jaga macam ni.

Untuk pengetahuan, adik-adik aku sangat nakal dan jahat. Aku pernah confess sebelum ni jahat dan nakal mereka. Bertajuk Pilih Kasih. Nama penulis Ms M. Kalau korang nak baca, carilah.

Kalau boleh minta pendapat. Patut ke aku berdiam diri bila adik-adik aku buat salah yang berulang kali? Menyusahkan orang tua?

Aku bukan mendoakan, aku takut kalau esok lusa mereka dah tak jadi orang. Sebab sekarang pun dah nampak bayang mereka macam mana.

Terima kasih dengar luahan aku hari ini.

– Ms M (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *