Derhaka Seorang Ibu

Hi assalamulaikum wahai pembaca-pembaca setia IIUM Confessions. Saya di sini ingin berceritakan tentang kehidupan saya yang beribukan wanita dari neraka.

Tujuan saya menulis ni adalah untuk menyedarkan masyarakat bahawa ibu derhaka ternyata wujud walaupun tidak dihighlight-kan sekerap macam kisah-kisah anak derhaka.

Nama saya Fazlina (bukan nama sebenar) dan saya berusia pertengahan 20-an. Saya mempunyai seorang adik lelaki yang dilahirkan dengan autisme bernama Darwish (bukan nama sebenar).

Kami dibesarkan tanpa kasih sayang seorang ayah, kerana ibu bapa kami bercerai sebanyak 2 kali dalam usia kami masih mentah.

Kali pertama ketika saya dalam 2 tahun & Darwish masih belum dilahirkan lagi, kali kedua ketika saya berusia 12 tahun & Darwish dalam 4 tahun.

Kedua-dua talak dijatuhkan di hadapan mata saya sampaikan ianya menjadi trauma saya hingga ke alam dewasa. Ayah saya culas dalam bab tanggungjawabnya sebagai ayah termasuklah nafkah.

Mula-mula sahaja dia tunaikan namun dia berhenti melakukannya sebaik sahaja dia berkeluarga baharu.

Impak penceraian ibu bapa saya telah membuatkan mak saya mengalami kemurungan. Hingga kini, dia masih lagi bergelut dengannya.

Ya, saya faham dan simpati akan keadaannya tapi saya tak boleh terima apabila dia jadikan saya & Darwish sebagai tempat dia melepaskan amarahnya.

Kami kerap didera fizikal dan mental daripada kami kecil lagi. Kami hidup susah dan merempat angkara sikap ayah kami.

Kerana masalah keluarga saya, saya bergelut dengan masalah kesihatan mental hingga mendorong saya nak bunuh diri dan cederakan diri saya.

Saya juga adalah mangsa amang seksual dan mangsa cubaan rogol oleh adik ibu saya, ketika usia saya masih kecil lagi.

Bertahun-tahun saya simpan ianya sebagai rahsia kerana saya takut ibu saya akan dera saya, sehinggalah ibu saya memaksa saya beritahu pasal hal sebenar menggunakan kekerasan.

Ternyata selepas saya berterus terang, saya dipukul teruk oleh ibu saya & victim blamed atas apa yang telah terjadi.

Pada mulanya, ibu saya mahu heret kes saya ke polis namun dia membatalkannya kerana fikirkan aib dan maruah keluarga besar kami.

Akibatnya, keadilan dan hak saya untuk tuntut keadilan sebagai mangsa pedofil and sumbang mahram tanpa kerelaan tiada untuk saya.

Di sekolah menengah pula, saya menjadi bahan ejekan dan pernah dipulaukan oleh rakan-rakan sekelas saya, kerana saya tidak normal seperti students lain.

Perasaan minat belajar saya tiada sebab masalah keluarga saya dan di sekolah asyik menghantui saya, lagi-lagi ibu saya suka pressure saya melebihi had yang saya mampu lakukan terhadap diri saya. Kerana itu, kemurungan saya semakin teruk.

Tidak seperti remaja-remaja lain, hidup saya dikawal macam hamba. Saya tidak dibenarkan melepak dengan sesiapa pun dan segala duit raya saya, duit tip yang diberikan atas ihsan orang pun ibu saya makan.

Remaja-remaja sebaya saya yang lain dapat merasa beli pakaian/telefon baharu dengan duit raya + simpanan harian, saya? Semuanya ibu saya ambil, sikit pun dia tak bagi kat saya walau satu sen pun.

Dia hanya longgarkan kawalannya ketika saya sudah berusia 17 tahun, tu pun hanya dibenarkan keluar untuk urusan group study.

Menjengah ke usia 18 tahun ternyata lagi mencabar bagiku. Keputusan SPM saya dikira bagus untuk student seperti saya namun di mata mak saya, saya dikira sebagai a big failure & the biggest embarrassment dalam keluarga saya.

Dia meletak pressure kepada saya, ingin saya menjadi peguam namun minat saya dan cita-cita saya betul-betul jauh panggang daripada api, daripada impian mak saya.

Saya ambil STPM pun dia tak suka, sebab di matanya hanya orang-orang yang masuk tingkatan enam adalah orang-orang bodoh.

Setakat ini cukuplah untuk part 1 saya. Part 2 akan berkisarkan masalah mental saya yang makin parah hingga menyebabkan saya ingin bunuh diri sekali lagi dan kehidupan saya selepas berhenti tingkatan 6.

Saya akan bercoret kembali kisah saya di masa akan datang, jika cerita saya mendapat sambutan daripada pembaca-pembaca semua.

Terima kasih untuk yang setia membaca coretan hati saya. Jumpa lagi di masa yang akan datang.

– Fazlina (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

One comment

  1. Fazlina 🥺

    are you okay?? hugssssss
    saya mungkin tiada dalam situasi awsk. tapi baca confession awak buat mata saya berkaca.. saya sayang awak.. Allah sayang awak, sbb tu dia uji awak tau. ada syurga yang indah di sana. jauh sekali indah dari semuaas keindahan yang ada di dunia ni tau. . dan.. even pintu syurga itu tidak akan dapat dihidu oleh orang yang membunuh diri. it’s not a good way langsung utk lari dari masalah ni. so please sgt3 cari jalan ya sayang. tolonglah keluar jauh dari situ. cari pertolongan org luar, doa byk2 pada Allah. bawa adik awak sekali. dia boleh jadi tiket untuk awak ke syurga tau. jangan ya lagi cuba untuk bunuh diri.. fikir byk kali, istighfar.. Allah takkan tinggalkan awak. rasa nak peluk sgt awak.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *